Bab 54

833 67 23
                                    

BAM!

Bam!

Bam!

Jantung berdegup laju. Sudah sehari suntuk Tiara menumbuk kaca cermin itu. Namun, tiada balasan dari orang di sana. Dia dapat rasakan betapa hancurnya gadis itu tatkala melihat suami yang baru dinikahinya itu. Sudah dua hari tidak bersua. Dua hari itu juga, mereka terperangkap di dalam bilik gelap itu. Tanpa makanan dan minuman. Panas yang hanya Allah tahu.

Tubunya juga lemah, pinggangnya mula sakit. Perut semakin membukat kehadapan. Kesihan anaknya tidak mendapat tenaga, sudah lama dia tidak merasakan tendangan pada perutnya. Terselit juga rasa risau.

"Tiara... diorang tak boleh atau dengar. Sudahlah, aku penat tengok kau Tiara" Ayra menggamit Tiara duduk disebelahnya. Suaranya terputus-putus dek kelelahan.

Dahi merinik-rinik dengan peluh. Tangan tak lepas menekap di perut.

"Macam mana ni? Tak kan kita nak duduk sini sampai bila-bila? Tolonglah Ayra kuat...kuat untuk Farhan, aku dan Farha. Please bestie please" tangan kurus itu naik menggenggam tangannya.

Farha. Nama yang menjadi pilihan buat anaknya. Meskipun jantinanya masih belum diketahui, namun isi hati kuat mengatakan ia perempuan. Nama itu juga dipilih sempena nama Farhan sendiri.

"Aku tak boleh..."

"No. Kau kena kuat, kau kena tahan. Kita akan keluar dari sini. Kalau aku kena pecahkan pintu ni pun, aku sanggup. Tolong kuat, Ayra" rayu Tiara seraya menarik Ayra dalam pelukannya. Mengalirkan kekuatan pada si bakal ibu itu.

•••

"Berhenti bermain dan bagitahu mana anak aku" Haji Anuar menumbuk meja. Geram dengan Zahrin yang gian bermain tarik tali dengannya.

Zahrin tarik sengihan sinis. Masih tenang ditempatnya.

"Ganti apa yang kau ambil dulu"

Haji Anuar terngadah. Kemudian bangun dari duduknya. Bertindak hendak menyerang lelaki itu. Namun, tubuhnya cepat ditahan oleh Farhan. Nafas naik dan turun menahan amarah yang terkurung di dada.

"Aku dah ganti semua benda pada mak ayah kau. Apa lagi yang kau nak?"

"Every single thing you have. Duit tak boleh hidupkan mak ayah aku. Unfortunately, tak boleh puaskan aku juga" Zahrin bangun menghadap Haji Anuar sambil berpeluk tubuh. Mata mencerlung memandang panahan tajam bapa mentuanya itu.

"So?"

"Well, hutang darah dibayar darah. Hutang nyawa dibayar nyawa. Aku nak kau mati dan rasa terseksa macam mana yang aku rasa suatu masa dulu"
Serentak itu, segenap ruang tamu dipenuhi lelaki-lelaki serba hitam bersama senjata ditangan yang diacukan kepada mereka. Tidak senang duduk Farhan jadinya, tangan naik memegang hujung glock yang berada dipinggangnya. Sebelah tangan turut didepakan buat melindungi Haji Anuar disebelahnya.

"Kalau kau kata aku gilakan harta, aku tak berapa nak akui sangat sebab, I'll just take it as...a bonus for me. But, you... suffer... is what i want the most"

"Tembak"

Bang!

















TBC

Mmg pendek.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now