48: BUKAN PENGAKHIRAN

360 18 1
                                    

Malam yang di tunggu tunggu, rumah Ian penuh dengan sanak saudara belah Ian, belah aku hanya Mak dengan Ayah saja, abang Adi dengan Kak Yana tak dapat datang , katanya mereka sibuk dengan 'final exam'. AKu melihat dari jauh susuh tubuh Ian lengkap berbaju melayu putih dan bersongkok, begitu juga aku, disuruhnya pakai baju melayu yang sama warna sepertinya.

**FLASHBACK

"sayanggg... oooo sayang... mana sayang abang ni?" laung Ian dalam bilik

"sini... bang ssshhh sengahhh ghosok hihi" laung aku kuat dari dalam bilik mandi yang sedang gosok gigi, mulut penuh buih, macam mana nak cakap jelas?

"ouhhh.. sini.. "Ian membuka pintu bilik mandi, dia melihat Yadd hanya bertuala di pinggang

AKu hanya menjungkitkan kening tanda 'kenapa, ada apa?' 

"ouh, ni Ibu Ayah abang semua dah sampai, Mak dengan Ayah sayang pun dah sampai, cepat la, baju saya dah sedia kan ada atas katil, pakai tau" arah Ian

Sedang Yadd berkumur kumur menghilangkan bekas buih di mulut "okay bang, kejap"

"cepaattttt" Ian mula tersenyum nakal, dia melucutkan tuala Yadd, kini dia hanya bertelanjang bulat.

"AAABBBAAANNNGGG!!" 

HAHAHHAHAHAHAHAHA

Lantas Ian berlari keluar dari bilik. Kalau bab nak menyakat Yadd, jadi nombor satu.

Yadd melihat tualanya di bawah kaki, tiada, mana pulak tuala ni? 'jangan cakap dia bawak pergi depan' bisik aku. Aku hanya keluar dari bilik mandi bertelanjang bulat, apa ada hal. Tak ada siapa nak tengok. 

Yadd melihat sepasang baju melayu berwarna putih dan berbutang merah delima. Cantik buataannya. Bahu baju pun terletak elok dek orangnya. 

**END FLASHBACK

Malam itu, acara majlis berjalan dengan lancar, tiada halangan yang berlaku dan semua berlaku dengan kehendakNya.

Yadd mempelawa Tuan Berahim dan Mak Yah tidur di sini kerana Ibu dan Ayah Ian juga tidur disini juga. 

"alaaaa mak ayah jom la tidur sini, esok mak boleh jalan jalan keliling rumah ni, tak pun esok boleh Yadd bawak jalan jalan pusing KL" pujuk Yadd

"hahahaha, KL tu dulu tempat mak dengan ayah kamu merempit, dah muak tengok bangunan tinggi tinggi tu" balas Mak Yah

"kami tak nak menyusahkan kamu berdua" tambah Tuan Berahim

"apa pulak menyusahkan Ayah Mak, bilik dalam rumah ni banyak, Mak Ayah pilih je bilik mana nak tidur" muncul Ian dari arah belakang Mak Yah dan Tuan Berahim untuk memujuknya juga

"betul" sokong Yadd

"esok la balik ayah, lagi pun dah malam ni, kalau jadi apa apa tengah jalan macam mana?" tambah Ian lagi

"betul" sokong Yadd lagi

"haihhh kamu berdua ni kan, yelah yelah, ayah ikutkan jela, kamu Yah?" soal Tuan Berahim kepada Mak Yah pula, malu malu sebenarnya

"Yah ikut je bang, abang yang drive" ujar Mak Yah tanda setuju

"hahahaha jom Yadd tunjukkan bilik" Yadd mengorak langkah dahulu, kedua ibu bapa Yadd hanya membututinya untuk pergi kearah bilik untuk mereka berehat

Ian hanya tersenyum melihat gelagat kekasihnya ini

________

Setelah semua selesai, Yadd hanya duduk di atas katil sambil menunggu Ian masuk ke dalam bilik tidurnya. 

Pintu bilik di kuak, muncul susuk tubuh Ian dengan masih lengkap dengan berpakaian baju melayu. 

"kenapa sayang pandang abang macam tu?" soal Ian sambil menuju kearah aku dan duduk disebelah aku

"handsome sangat pakai baju melayu" ujar Yadd jujur, sesungguhnya Yadd amat tertarik dengan aura Ian bila memakai baju tradisional

"hahahhahaha, sayang lately banyak la puji abang, sayang nak apa ni?" soal Ian sambil berseloroh. Dia mengambil tempat untuk baring di sebelah Yadd

Yadd juga baring di sebelah dan berbantalkan lengan Ian yang padat itu 

"sayang jujur la" ujar Yadd "abanngggg~~~" panggil Yadd manja

"ya sayangggg~~" sahut Ian manja

"I love you" ucap Yadd "I love you so much"

"I love you more" balas Ian

Malam itu mereka tertidur dalam keadaan berpakaian baju melayu serba putih

_______________________________

Yadd bangun dari pembaringan, ternyata hari telah terbit pagi bila dia terdengar bunyi sahutan burung burung di luar jendelanya

Dia melihat Ian masih kaku tidur tidak bergerak. 'penat sangat agaknya dia melayan tetamu semalam' tebak Yadd di dalam hati

Yadd mencuit hidung Ian, tiada tindak balas, malah keningnya juga tidak memberi apa apa respond. 

"abanggg?" aku mula menggoncangkan bahunya sedikit "abang bangun bang, dah pagi" ujar aku yang kerisauan akan tiada tindak balas dari Ian

"abangggg???? jangan la memain, gurau kasar tau lately, bangun la bang, abang jangan bagi sayang takut" lagi sekali Yadd cuba menggoncang bahu Ian dengan kasar

Badan Ian terasa lemah dan longlai

Yadd lantas bangun dan keluar dari bilik tidurnya "IBUUUUU AYAHHHH!!!!! MAAAKKKK AAAYYYAAHHH!!!" kini air matanya tidak dapat ditahannya lagi, berjurai jurai air mata Yadd tatkala memanggil Ibu dan ayah Ian serta kedua ibu bapanya.

________________________________

**Guys, agak agak apa nasib Zeeyad Naufal? adakah ada sinaran dan harapan untuknya? korang rasa apa kesudahan jalan cerita Kesuma Jiwa?

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now