Tujuh puluh tiga

1.4K 202 401
                                    

"My queen, jangan marah." Jisung berusaha memujuk Hyunjin daripada mereka berada di pantai sehingga lah tiba dalam rumah penginapan. Changbin dan Chan memutarkan mata dan cuba fokus menonton kartun daripada menonton drama murahan ibu ayah mereka.

"Malam-malam juga diorang nak buat drama." bisik Changbin.

"Kan, tak senang kita nak tengok kartun." bisik Chan pula.

"Baby, abang cuma nak bergurau. Abang tak pernah menduakan sayang, you're my one and only." pujuk Jisung, Hyunjin memandang suaminya dan memeluk tubuh.

"All men do is lie!"

Jisung memegang dada, kata-kata Hyunjin bagaikan pedang yang menghunus tepat ke jantung. Dia meraih tangan Hyunjin.

"Baby, abang tak tipu."

"Tipu! Lelaki semua sama, semua penipu!"

"Baby, kalau betul all men do is lie abang sanggup jadi Sajat. Abang sanggup buat demi buktikan yang abang bukan pembohong."

"Pftt." pipi Hyunjin sedikit mengembung kerana menahan ketawa. Jisung tersenyum, Hyunjin terhibur dengan lawaknya.

"Sayang, perlu ke abang berguru dengan Sajat untuk jadi macam dia baru sayang nak percayakan abang? Atau mungkin dengan Safiey Ilias? Cakap sayang, mana satu yang patut abang berguru." tanya Jisung.

Hyunjin tak mampu menahan lagi, dia ketawa disebabkan wajah Jisung seperti tidak bermain-main dengan pertanyaannya tadi.

"Dummy!" marah Hyunjin diselangi ketawa.

"Aww, my baby ketawa." Jisung menekup wajah Hyunjin lalu ketawa bersama-sama. Changbin mengambil plastik dan memberi satu kepada Chan sebagai persediaan awal.

"Abang, janganlah buat lawak. Munah tengah marah kat abang ni." ujar Hyunjin.

"Jangan marahkan abang, sayang. Abang minta maaf tahu." pinta Jisung. Hyunjin tersenyum dan memeluk leher Jisung.

"Okey, Munah tak marah dah."

"I love you, my queen."

Hyunjin menggeselkan hidung mereka.

"I love you too, my king."

"Bluek!" makanan ringan yang dimakan tadi akhirnya terkeluar semula. Changbin dan Chan sengaja menguatkan bunyi muntah agar Jisung dan Hyunjin sedar ada manusia lain yang berada di ruang tamu.

"Bluek get a bluek room bluek please!" perli Changbin.

"Dasar bocah single. Jom sayang, kita sweet sweet dalam bilik. Nanti takut bocah-bocah tu muntah sampai keluar usus pula." ajak Jisung. Hyunjin ketawa melihat anak-anaknya menjeling Jisung.

"Jom, bang. Sian bocah-bocah tu rasa single."

"Huh, akhirnya!" Changbin bersorak apabila pasangan tak tahu tempat itu sudah masuk ke dalam bilik. Kini Changbin boleh menonton kartun dengan aman dan sentosa.

Klek

"Cinta..."

"Oh God! Why?!" Changbin berdiri dan masuk ke dalam bilik ketika Yongbok dan Jeongin masuk ke dalam rumah. Alangkan Jisung sahaja Changbin sudah termuntah, ini lagikan Yongbok. Boleh termuntah usus betul-betul dia nanti.

Jeongin menyahut panggilan Yongbok dengan deheman kecil. Changbin datang semula untuk menarik Chan masuk ke dalam bilik.

"Abang Riz, kenapaー"

"Diam, aku tengah selamatkan mata dengan telinga kau daripada adegan yang memualkan."

Jeongin duduk di tempat Chan tadi dan menunggu Yongbok mengatakan sesuatu.

Han FamilyWhere stories live. Discover now