XI

50 9 0
                                    

"Series lah ni pertama kali korang nampak this side of Abang Aqil?" Terkejut salah seorang daripada 4 jejaka itu. Mereka bertujuh kini berada di salah sebuah bilik yang hanya setingkat daripada bilik mereka tadi

"Iye! Sepanjang kitorang bekerja dengan Abang Aqil, dia tak pernah tengking-tengking, mengamuk macam tu. Harini, pertama kali kitorang nampak dia macam tu.."

"Tapi Layla seorang je yang kena.. semuanya sebab.." Putri tidak menyambung ayatnya. Dia memandang ahli kumpulannya, kemudian memandang 4 jejaka dihadapannya lalu menunduk memandang jarinya. Dia tak mahu salahkan sesiapa, tapi sampai keadaan jadi macam ni

4 jejaka itu dapat tangkap apa yang hendak disampaikan oleh gadis yang bertubuh kecil dihadapan mereka

"Salah kitorang.." salah seorang yang bertubuh tinggi itu menyambung

"Kalau kitorang tak datang sini, semua ni tak akan berlaku. Korang tak akan kena marah, Layla tak akan kena tengking macam tu"

"No please, jangan buat kitorang rasa bersalah. Kitorang pun tak tau kenapa dia tak suka sangat dekat korang. Well kitorang pun pernah tak suka dekat korang, tapi dia nampak macam benci sangat. Sejak dari awal kitorang masuk agensi ni, mana pernah kitorang bekerjasama dengan kumpulan lelaki"

"Betul, Abang Aqil je satu-satunya yang kitorang dapat bekerjasama dengan baik"

"Of course lah. Dah Abang Aqil yang bawa korang masuk agensi ni kan"

"Macam mana korang tau?" Terkejut 3 gadis itu apabila diorang tahu siapa yang bawa mereka masuk untuk menyertai agensi itu

"Kitorang pun sebenarnya datang dari tempat yang sama macam korang. Kitorang pun suka dan minat gila dengan ejen rahsia semua ni, sampai lah Abang Aqil jumpa kitorang

Mula-mula kitorang tak percaya. Ye lah kan, siapa je yang nak mengaku yang diri dia tu seorang ejen rahsia. Lepastu dia cerita dekat kitorang pasal korang. Dia tunjuk gambar korang, pencapaian korang, kes-kes yang korang pernah selesaikan sebelum-sebelum ni

Kitorang memang masa tu macam kagum dan makin minat untuk sertai agensi ni. Kalau kitorang jumpa Abang Aqil je, dia tak pernah berhenti cerita pasal korang. Dia kata.."

"Adelia, ketua kumpulan yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh bawa ahli kumpulan dia dengan mudah. Dia ketua kumpulan, tapi macam seorang kakak sulung yang menjaga adik-adik dia

Shawara pula dah macam penghibur kumpulan. Selalu bising dengan suara kuat dia je. Tapi dia cekap. Walaupun perwatakan dia ceria, tapi setiap kerja dia semua kemas. Walaupun kadang-kadang dia seorang yang clumsy, tapi dia bagus buat kerja

Putri pula, pendiam saja orangnya. Lembut saja bila bersuara. Memang sejuk mata memandang. Tapi, dengan keupayaan dia bila menggunakan gajet, sangatlah terer! Seorang ahli kumpulan dengan pemikiran yang sangat lancar. Kalau bagi dia telefon nokia sekalipun, silap-silap boleh main PUBG dalam tu

Dan Layla. Waktu pertama kali abang jumpa dengan dia, dia tak nak langsung bercakap apatah lagi pandang abang. Kalau abang bercakap dengan dia, sepatah je yang dijawab. Tapi lepas lama-lama abang selalu jumpa diorang, dia dah terbiasa. Abang ingat abang tak akan ada langsung peluang untuk berbual dengan dia, tapi tengok lah sekarang. dia dah jadi salah seorang ejen rahsia yang cemerlang

Setiap kes dengan kerja dia semuanya bagus. Dia nampak macam seorang yang bila tegur je dia akan mengaum. Tapi sebenarnya hati dia lembut. Dia sayang ahli kumpulan dia macam ahli keluarga sendiri. Kalau kena pada tempatnya, baik saja dia"

𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]Where stories live. Discover now