XVI

60 8 0
                                    

"Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun telah menjumpai sekujur tubuh di persisiran pantai ketika sedang bercuti bersama ibu dan bapanya. Kanak-kanak tersebut dikatakan sedang bermain berseorangan di persisiran pantai yang berhampiran dengan kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok yang redup apabila ternampak ada sekujur tubuh tidak bernyawa yang terdampar disitu

Kanak-kanak tersebut kemudian menjerit memanggil kedua ibu dan bapanya sebelum mereka menghubungi pihak polis

Tubuh mayat tersebut banyak diperkatakan adalah salah seorang mangsa kepada kejadian yang pernah menghantui penduduk sekitar kawasan itu dengan pembunuhan bersiri yang telah meragut ramai nyawa hampir 2 tahun yang lalu

Kini pihak forensik sedang membuat bedah siasat untuk mengenal pasti identiti sekujur tubuh yang sudah mereput itu. Siasatan lanjut akan dilakukan selepas dapat mengenal pasti identiti tubuh tersebut"

»»————-  ————-««

Sekarang mereka sedang berada di markas. Tetapi seperti kebiasaan, tiada apa yang mereka dapat lakukan. Putri membelek ciptaan-ciptaan miliknya, Adelia membaca buku dan Shawara yang sedang menonton anime

ira : cehhh sempat lagi kau ye mai?

mai : kita kena gunakan masa dengan sebaik mungkin

mia : woi woi fokus fokus!

yana : HAHAHAH

Sedang mereka membuat hal masing-masing, pintu bilik itu diketuk beberapa kali sebelum dikuak terbuka. Abang Aqil muncul disebalik pintu itu bersama-sama dengan ahli kumpulan lelaki mereka, Shah, Naufal, Lutfy dan Hariz

Serentak 3 gadis itu berdiri sekaligus berhenti daripada membuat kerja masing-masing

"Tak apa, duduk" arahan yang mudah itu dituruti

"Okey girls, pihak atasan baru maklumkan pada abang tadi. Korang dah tak dibekukan daripada misi lagi dan korang dah boleh mulakan misi dalam masa terdekat ni" maklum Abang Aqil

"Terima kasih abang Aqil" serentak 3 gadis ejen itu bersuara. Selepas itu, Abang Aqil pun keluar dari bilik itu meninggalkan 4 lelaki ejen itu bersama dengan 3 gadis ejen

"Yey kita dah boleh buat misi sama-sama dah lepas ni!" Riang Naufal yang masih lagi berdiri di hadapan ruangan bilik itu. Lutfy, Shah dan Hariz turut tersenyum

"Eik? Asal korang macam tak gembira je? Hello, korang dah tak kena beku daripada jalankan misi lah girls!" Kata Hariz pula, bercakap seolah-olah seperti diva dengan tangannya yang melembut ke hadapan

"Nak buat apa gembira kalau ejen Ruby tiada?" Balas Adelia dengan buku yang masih di tangannya

"Alah korang..."

"Walau kitorang dah diberi untuk sambung mejalankan misi sekalipun, rasa dia tak sama kalau Layla tak ada sekali" video anime itu dijedakan. Shawara kemudian bersandar malas pada kerusinya

"Walaupun mayat yang entah siapa siapa itu dilabel sebagai mayat Layla, kitorang pasti yang Layla masih lagi hidup dekat luar sana"

"Kitorang faham. Dia pun ahli kumpulan kitorang juga kan walaupun tak pernah ada peluang untuk bekerjasama dengan dia. Kitorang pun tumpang sedih"

"Tapi takkan lah korang nak putus asa macam ni je? Tak nak take revenge atas apa yang diorang dah buat dekat Layla, dekat korang? Kalau aku dekat tempat Layla, aku mesti nak korang balas balik apa yang diorang dah buat dekat aku. Biar diorang terima balasan atas apa yang diorang dah buat dekat ahli kumpulan korang" sambung Shah untuk membakar semula semangat dalam jiwa 3 gadis ejen dihadapannya itu yang sudah lama terpadam

𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang