BAB 13 | DENDAM CINTA 2

7.9K 724 284
                                    

"KAMI minta maaf, Doktor Adam. Kedua-dua bayi Puan Marissa tak dapat diselamatkan. Bayi lemas dalam kandungan disebabkan si ibu kehilangan darah yang banyak dan dihantar lewat ke hospital. Manakala keadaan Puan Marissa masih lagi lemah."

Adam meraup wajahnya. Dia terduduk selepas mendengar berita buruk itu. Terpejam matanya menahan pelbagai rasa yang mencengkam sukma.

Kecewa kerana tidak dapat membawa Marissa ke hospital lebih awal. Kecewa kerana dia tiba di rumah Datin Kalsom sedikit lewat.

Sedih kerana wanita itu kehilangan bayi yang dikandung. Sedih apabila terbayang wajah sugul Marissa tatkala menerima berita ini nanti.

Tapi yang lebih bermaharajalela tika ini adalah perasaan marah. Marahnya lebih terhadap Harraz Daniel. Kenapa? Kenapa Harraz sekejam itu? Kenapa dikurung isterinya di dalam bilik sedangkan wanita itu tengah berperang menahan sakit untuk melahirkan zuriatnya?

Masih segar bugar lagi di minda Adam tatkala matanya disapa dengan banjiran darah yang memenuhi bilik tidur Harraz. Bau darah Marissa masih lagi mencucuk-cucuk rongga hidungnya. Wajah wanita itu pucat lesi. Tubuh wanita itu terkulai ibarat tidak bernyawa.

Tidak dapat dibayangkan jika Adam lewat menghantar Marissa ke hospital. Sudah tentu nyawa wanita itu melayang. Masa dia sampai tadi, nadi Marissa mula lemah. Dada wanita itu mula tidak berombak. Sungguh, masa tu hanya Tuhan saja yang tahu apa perasaannya. Takut dan risau saling membuak-buak.

Kereta diparkir di luar rumah banglo itu. Pintu kereta dibuka lantas loceng rumah ditekan berkali-kali. Riak wajahnya kelihatan gelisah. Bila diintai dari celah pagar, kereta Marissa masih di garaj.

"Jasmine... Angkat call please..." Adam keresahan di luar rumah. Berkali-kali dia cuba mendail nombor Marissa. Namun masih sama, panggilannya masih tidak dijawab.

Kebetulan, semasa Adam sibuk menghubungi Marissa, pagar elektrik itu terbuka. Adam berpaling ke belakang saat mendengar deruan enjin kereta.

"Eh, kamu Adam? Buat apa dekat luar ni?" soal Datin Kalsom selepas memboloskan diri dari perut kereta. Mini Cooper milik Farah menderum masuk ke garaj. Berkerut dahi tuanya melihat Adam yang kelihatan kalut.

"Aunty, boleh saya berjumpa dengan Jasmine? Dia dah janji dengan saya nak jumpa di airport. Tapi dah sejam lebih saya tunggu and dia tak sampai-sampai. Saya risau kalau ada perkara buruk terjadi pada Jasmine," beritahu Adam. Telefonnya terus disimpan di dalam kocek seluar.

"Lah ya ke? Marissa mesti ada kat dalam tu. Tertidur agaknya. Kereta dia ada je ni. Takpelah, mari masuk. Flight kamu pukul berapa?" soal Datin Kalsom, tenang.

"Flight saya dah berlepas dah, aunty." Adam garu kepala. Entahlah, dalam hati dia kuat mengatakan yang Marissa tidak tertidur. Nalurinya merasakan ada sesuatu yang menimpa wanita itu. Lihatlah, sanggup terlepas penerbangan demi wanita itu untuk memastikan Marissa berada dalam keadaan baik-baik saja.

Datin Kalsom menggeleng.

"Takpelah, mari masuk. Aunty buka pintu sekejap."

Adam angguk. Sekilas, dia melemparkan senyuman nipis kepada Farah yang berjalan ke arahnya.

Buka saja daun pintu, Adam melangkah masuk dengan debaran. Sekeliling ruang di dalam rumah itu diperhatikan. Tak nampak bayang-bayang Marissa.

"Duduk dulu, Adam. Aunty pergi dapur sekejap buat air. Farah, pergi tengok Kak Ris kat atas. Cakap Abang Adam tengah tunggu dia kat bawah."

Farah menurut. Kakinya laju menuju ke arah tangga. Namun, langkahnya terhenti saat mata terpandang pada beg kertas di hujung tangga. Dia membongkok lalu isi di dalam beg kertas itu dilihat.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now