Tujuh puluh lima

1.1K 197 161
                                    

Ya, aku memang sengaja update malam-malam buta HSHSHSHHS

"Bang Riz."

"Kau nak apa, anak pungut?" Chan menyipitkan mata. Dia tanya baik-baik tetapi Changbin sudah melukakan hati sucinya.

Kanak-kanak itu mengensot ke penjuru bilik lalu duduk memeluk lutut.

"Kau nak apa?" tanya Changbin.

"Hmph!" dengusan itu membuat mata Changbin pula yang menjadi sipit. Sah, adiknya mula nak merajuk, dasar ikut perangai emak.

"Oi, kau nak apa? Tadi kau panggil aku, kan." Changbin bertanya sekali lagi tetapi Chan masih tak mahu menjawab. Sebuah plushie biru dibaling ke sang adik.

"Cepatlah, kau ni buang masa aku jelah!"

Chan semakin merapatkan diri ke dinding. Nak tak nak Changbin perlu memujuk kalau tidak dia juga yang akan dimarahi Hyunjin nanti.

"Yan, tak payahlah merajuk. Nak aiskrim tak?" pujuk Changbin dengan terpaksa.

"Nak!" Chan cepat-cepat mengensot ke arah Changbin. Itu adalah cara yang paling efektif dan sering digunakan walaupun Changbin harus merelakan duitnya terbang demi sebuah aiskrim.

"Cakap dulu tadi kau nak cakap apa?" tanya Changbin.

"Tu... abang Riz tak perasan ke atuk dah berubah sejak kita balik dari pantai tu?" tanya Chan.

"Perasan." memang jelas lagi ketara Yongbok telah berubah, selalunya telinga Changbin terpaksa mendengar rengekan manja daripada datuknya ketika lelaki tua itu sedang berbual dengan Jeongin. Namun Yongbok cuma diam semasa mereka dalam perjalanan pulang dan secara jujur Changbin sedikit bersyukur kerana telinganya tidak perlu terseksa lagi.

"Kenapa atuk berubah?" tanya Chan.

"Eh budak ni, mana lah aku tahu. Fikir aku ni apa? Tukang peramal boleh tahu sebab atuk berubah?" balas Changbin, sinis.

"Alah orang tanya je kan, janganlah nak savage sangat. Ni lah abang Riz, selalu sangat kan berbual dengan abang Farish. Kesian Ayyan tersakiti."

"Sekurang-kurangnya aku tak pernah jadi gay macam kau. Tu lah kau, rapat sangat dengan si Fakhrul tu sampai bergay korang berdua. Untung reti bertaubat kalau tak, korang tak dapat syafaat Rasulullah pastu dua-dua kena humban dalam neraka jahanamー ha duduk lagi kat penjuru bilik tu! Orang nak nasihat pastu kau sikit-sikit nak merajuk!" sindir Changbin. Chan membaling plushie itu ke abangnya semula.

"Abang Riz, diam! Kata-katamu semuanya menyakitkan!"

"Abah, nak pergi mana tu?" tanya Hyunjin apabila melihat Yongbok sedang menuju pintu rumah.

"Nak keluar, cari udara segar." jawab Yongbok. Hyunjin melirik Jeongin yang sibuk menyulam di hadapannya. Ia pelik, Yongbok tak pernah lupa mengajak Jeongin ikut bersama walaupun ajakan itu sering ditolak secara mentah-mentah.

"Erm... tak nak ajak mak ke?" tanya Hyunjin. Yongbok memandang Jeongin yang masih fokus menyulam.

"Abah gerak dulu." Yongbok keluar tanpa menjawab pertanyaan Hyunjin.

'Wuish, abah dah kenapa ni? Sejak balik dari pantai terus berubah.' ujar hati Hyunjin. Dia menoleh ke arah Jeongin.

'Ke abah sebenarnya kena buatan orang? Oh my God, siapa yang jahat sangat nak sihir abah yang polos tu?!' Hyunjin memegang dada dengan raut muka yang sedikit dramatik.

"Mak!" teriak Hyunjin.

"Haish, apa?!" marah Jeongin kerana terkejut.

"Omg mak, kita need to bawa abah to hospitaー eh tak, kita need bawa abah to ustaz!" kata Hyunjin.

Han FamilyWhere stories live. Discover now