Bab 56

862 70 6
                                    

Tanah merah membukit itu ditatapnya sayu. Buku yasin dipeluk rapat ke dada. Kepala jatuh pada suaminya disebelah. Usapan lembut yang diterima dibahu itu pun tetap tidak dapat mengusir rasa kehilangannya.

"Anayra mati sebab saya ke?"

"Sayang..."

"Kenapa dia buat macam tu?! Kitorang tak pernah berbaik pun! Saya tak suka dia, dia tak suka saya! Kenapa dia korbankan diri untuk saya? Kenapa? Kenapa Farhan?" Ayra mengogoi dalam pelukan Farhan. Masih jelas terasa kehangatan pelukan Anayra tempoh hari. Kehangatan yang mengalir ke dalam dirinya.

"Mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu, tak mudah untuk korbankan nyawa kita demi orang lain. Kalau bukan sebab saya diugut, saya sendiri yang selamatkan awak sayang" esakan isterinya mulai reda. Farhan bangun dari cangkungannya. Lengan Ayra ditarik lembut, membantu gadis itu bangun.

"It's not your fault. It's never her fault. Semua yang jadi, Allah dah tulis sayang. Doakan dia. Kawan awak"

Kawan awak.

Perkataan itu benar-benar menyentak sanubarinya. Tidak tahu sebenarnya bagaimana rasa kehilangan ini boleh menjadi begitu dalam. Mereka tidak selalu berjumpa, ada sekali itu aje, tahu pula yang dia sebenarnya perempuan yang berkahwin dengan ayahnya. Rasa nak gugur jantung!

"Jom balik?"

Ayra tenung Farhan dengan pandangan sayu. Rasa serba salah mengunci hatinya. Pandangan kembali jatuh pada kubur milik Anayra. Tidak pernah menyangka gadis itu bakal betul-betul pergi. Rasa ingin memutarkan balik masa! Berbaik dan berhubung dengan gadis itu.

Usai memasuki perut kereta, pandangan dihala keluar tingkap.
Tak pernah sesaat dia berhenti memikirkan gadis itu. Entah bagaimana agaknya rasa sakit menerima pemergian itu nanti.

Hanyut dalam dunia sendiri. Kaset memori mula berputar memainkan semula kenangan lalu yang masih berkesan lukanya hingga kini.

...

"Auntie, Farha mana?"

"Hesy, mama dah cakapkan, panggil mama aje. Farha pula, cuba tengok dekat luar. Kalau tak ada tengok dekat kolam belakang laman belakang" balas Datin Aida bersama senyuman kecil. Ayra tersengih seraya mengangguk. Langkah diatur ke kolam belakang rumah. Sebelum bertanyakan keberadaan gadis kecil itu pada Datin Aida tadi, dia sudah melihat laman depan rumah. Namun, gadis itu tiada disitu.

Pintu gelengsar ditolak perlahan. Dilihatnya kelibat gadis comel itu duduk merendam kaki ke dalam kolam bersama patung dalam pelukan sambil merenung langit malam yang terbentang luas di atas.

"Farha"

Gadis itu berpaling kemudian melorek senyuman manja. Bagaikan tahu-tahu dengan maksud pandangan itu, Ayra ketawa kemudian melabuhkan duduk disebelah tubuh genit itu. Bahu Farha dipeluk mesra.

"Kak Ayra..."

"Ermm..."

"Riri tak suka Nissa ke?" Ayra tergamam tatkala soalan itu diutarakan. Riri, panggilan manja untuk Farhan si abang angkatnya yang diambil dari perkataan Khairi. Dia diambil menjadi anak angkat keluarga kaya itu, sejak setahun yang lalu. Kebetulan, dia juga mempunga initial permulaan nama yang sama dengan Farhan dan Firhad.

"Hesy, mana ada. Dia selalu cakap dekat cakap dekat akak dia sayang Farha" Bahu kecil itu dipeluk lebih erat. Dia lebih suka memanggil gadis itu dengan nama Farha dan bukan Anissa kerana sudah ramai yang menggunakannya. Biar dia rasa lebih dekat dengan gadis itu.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now