BAB 16 | DENDAM CINTA 2

8.3K 728 306
                                    

     TEKAK terasa perit pula malam itu. Marissa yang tidur-tidur ayam pantas mencelikkan matanya. Lampu tidur di sisi katil dibuka. Badan disandarkan di kepala katil sambil merenung kosong dinding kamarnya.

"Rindunya..." desis Marissa, perlahan. Tangan turun mengusap perut yang kempis. Tak sampai satu hari pemergian anak-anaknya, dia sudah merindui mereka. Rindu mahu merasa pergerakan anak-anaknya. Selalu waktu begini, Hafiy dan Medina sangat aktif menendang. Sering juga Marissa terjaga dari tidur dek rasa sengal-sengal daripada pergerakan lasak mereka.

Tapi itu dulu. Sekarang ni sudah tiada. Satu memori yang dipinjam selama tujuh bulan sahaja. Dan memori itu akan dia simpan kemas dalam ruang minda.

"Haus la pula," omel Marissa. Perutnya pula berkeroncang minta diisi. Seketika, Marissa mengeluh. Inilah padahnya kalau satu hari tak makan. Dia bukan tak nak makan, tapi seleranya tiada. Kalau dia telan makanan sekalipun, rasa berpasir. Entahlah, Marissa tak pasti mengapa dia berasa sebegitu.

Lantaran itu, dia turun dari katil. Meskipun lapar, tapi dia tidak ada selera mahu makan. Lebih baik dia turun ke dapur untuk membasahkan tekak. Sekurang-kurangnya, tekaknya tidak lagi perit setelah meneguk air.

Sambil menenyah mata, tombol pintu dipulas. Marissa langsung tidak perasan kehadiran Harraz yang sedang tidur di luar biliknya yang cuma beralaskan lengan dan tanpa selimut.

"Apa benda pula ni?" Kaki Harraz ditendang-tendang. Dia dah cuak. Maklumlah, keadaan masa tu agak gelap. Jadi, pandangannya terbatas. Dalam otak dah fikir yang bukan-bukan.

Lantas, dia masuk semula ke dalam bilik dan telefonnya dicapai. Flashlight dibuka. Selajur, matanya terbeliak dan mulut melongo melihat 'makhluk' di kakinya.

"Gila ke tidur kat sini? Macam rumah ni dah tak ada bilik!" Geram pula Marissa dibuatnya. Bukan dia tak tahu Harraz cuma berlakon di depannya. Konon, sanggup tidur depan bilik dia semata-mata mahu menunjuk yang diri itu ikhlas mahu memujuk. Gigih betul Harraz ni. Macamlah Marissa akan bersimpati. Pirahhh!

Ingat dia bodoh? Ingat semudah itu dia akan cair dan terpedaya dengan helah lelaki itu?

Tak! Mana mungkin hatinya akan lembut selepas melihat 'pengorbanan' Harraz itu. Bahkan, jiwanya langsung tak terusik. Dia melihat Harraz tidur dengan beralaskan lengan dan tanpa selimut yang membaluti tubuh. Ada sedikit pergerakan. Menandakan lelaki itu menggigil sejuk. Pula tu, hujan turun dengan agak lebat malam ini.

"Harraz, bangun!" kejut Marissa. Tubuh lelaki itu digoncang kuat.

Harraz terjaga. Terkebil-kebil dia memandang isterinya.

"Sayang? Sayang okey ke? Ada sakit kat mana-mana?" Banyak soalan yang ditanya. Marissa rimas mendengarnya. Bebola mata sengaja dijulingkan ke atas. Menyampah!

"Yang kau tidur kat depan bilik aku ni kenapa? Rumah ni dah tak ada bilik sampai kau menempel kat sini?" Garang Marissa bertanya. Sebal, menyampah, marah semua adalah! Macam nak ganyang-ganyang aje suaminya itu.

Harraz diam. Nafas dihela berat. Belum pernah lagi dia nampak Marissa berkasar dengannya sampai begini sekali. Panggilan wanita itu turut berubah mendadak. Kau-aku je sekarang.

"Abang... abang cuma risau kat sayang je. Abang takut sayang sakit ke apa. Nanti sayang panggil, takde yang dengar pula. Abang nak tidur kat dalam, tapi abang tahu sayang bencikan abang. Sebab tu abang tidur kat depan pintu ni." Sayu dan perlahan je suara Harraz.

Marissa mencebik bibir. Ingat sweet ke? Makin dia jaki adalah!

"Tak payahlah nak buat baik. Aku takkan termakan dengan lakonan kau, Harraz. Lagi satu, kau tak reti balik rumah kau ke? Tak malu eh duduk sini lepas apa yang kau dah buat pada aku?" Sarkastik sindiran Marissa. Keningnya dijongketkan.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now