XiaoSung

214 15 1
                                    

Warn! Uke as Fem!
.
.
.

Dejun membuka matanya, dia menggeliat tidak nyaman. Best betul dapat tidur kerana dia terlalu letih dan baru sahaja selesai menangis. Tangannya meraba mencari cermin mata. Setelah dia menjumpai cermin matanya, dia terus memakai.

Dia terkejut sebaik sahaja pemandangannya pulih. Setahu dia tadi, dia tertidur di makmal sains sekolah, dia terlalu letih menangis dan tertidur di situ.

Tapi sekarang ni dia bukan berada di dalam makmal sekolah melainkan berada di dalam bilik tidur. Kalau bilik tidur dia sendiri tidak apa, ni bilik tidur orang yang dia tidak kenali.

Dia memandang sekeliling, sungguh pelik. Macam mana dia boleh tertidur dalam bilik orang asing sedangkan dia tadi tertidur di makmal sains. Dejun bangun dari katil dan melihat sekeliling. Dia cuba mencari gambar dalam bilik itu tetapi tiada satu pun gambar.

"Kenapa bilik ni takde satu pun gambar? "Monolog Dejun, dia mula melangkah keluar dari bilik. Keadaan rumah itu sangat gelap dan berterima kasih kepada cahaya bulan yang menyelinap masuk, dia dapat berjalan.

Dia turun dari tingkat atas dan berjalan ke arah ruang tamu. Di situ baru dia ternampak ada gambar. Lantas dia mendekati bingkai gambar yang berada di sebelah televisyen.

Dia mengerut dahi melihat gambar tersebut. Tiga orang dewasa dan dua orang lelaki remaja dalam gambar itu. Salah seorang daripada mereka memakai jubah graduasi. Wajah orang dalam gambar itu kelihatan familiar, lagi lagi yang pakai jubah graduasi itu.

Dia mencari lagi gambar di situ dan terjumpa gambar seorang wanita dengan seorang lelaki duduk bersebelahan. Dia masih tertanya tanya, siapakan wanita itu dan kenapa wanita itu kelihatan familiar sekali?

"Dia ni siapa sebenarnya? Kenapa dia macam pernah nampak? "Monolog Dejun, dia mula sedar yang gambar wanita itu kelihatan seperti dirinya tetapi wajahnya matang. "Ni.. Aku ke? "

Krek..

Dejun terkejut, lantas dia berlari ke arah dapur apabila dia mendengar bunyi pintu utama terbuka. Dia terus bersembunyi di bawah meja.

"Lama dah sayang tak balik kampung, mesti mommy dengan daddy rindu. Chenle dan Yangyang mesti rindu sayang. "Ujar satu suara yang garau dan semestinya itu ialah lelaki.

"Tengoklah kalau dapat balik, busy sangat ni. "Itu merupakan suara seorang wanita, Dejun menjadi curious, dia nak lihat siapa wanita itu. Jadi dia mengintai dan ternampak dua orang dewasa itu sedang berciuman.

Itu membuatkan pipi Dejun merona merah dan bersembunyi bawah meja lagi. Dia menepuk pipinya berkali kali, dia sudah nampak wajah mereka.

Tiba tiba, seseorang menarik lengannya dan menyebabkan dia keluar dari tempat persembunyiannya. Dia kantoi dengan wanita itu.

Mereka berdua saling bertatapan. Masing masing berasa hairan. "Dejun? "Dejun hanya tersenyum kambing.

"Muka akak sama dengan kiter la. Akak nama apa? "Tanya Dejun, wanita itu melepaskan lengan Dejun dan menatap Dejun. "Nama kita sama, Xiao Dejun tetapi orang tak panggil aku Dejun lagi, orang panggil aku Xiaojun. "Ujar Xiaojun. Itu membuatkan Dejun berasa hairan.

"Kenapa nama kita sama?"tanyanya. Xiaojun mendengus perlahan, Jisung berasa hairan tetapi dia memilih untuk diam. "Patutnya aku yang tanya kau, kau buat apa dekat sini? "Tanya Xiaojun, Dejun menggaru kepalanya. Dia menceritakan semuanya, dari A to Z dan Xiaojun hanya mengerut dahi sahaja.

"Kau cakap kau berada di makmal sains, lepas tu tiba tiba berada di dalam bilik tingkat atas? "Dejun mengangguk kepala dan bertanya dia berada di tahun berapa sekarang.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now