Bab 21

62.9K 573 8
                                    

Melur baru sahaja keluar dari bilik persalinannya setelah menukar bajunya. Matanya terus sahaja terpaku pada sekujur tubuh tegap tinggi lampai yang sedang berdiri di hadapan cermin besar. Melur melihat jam di dinding. Pukul 8 malam. Dia kembali melihat suaminya yang sedang mengenakan minyak wangi di tubuhnya. Melur menghampiri. Ditatapnya lelaki itu dari rambut hinggalah ke kaki. Siap sempurna. Dengan baju kemeja putih berkolar pipih dan seluar denim biru, penampilan segak lelaki itu disudahkan dengan sehelai jaket hitam di luarnya. Cukup tampan. Rambutnya tersisir rapi. Jam tangan Rado warna hitam sebagai perhiasan yang sempurna untuk penampilannya malam ini dan cincin perkahwinan mereka yang terlilit kemas di jari manisnya. Ya,ia masih di situ. Namun,Melur keliru.

“Abang pakai lawa-lawa wangi-wangi ni nak ke mana?” soal Melur kehairanan.

“Apa hal awak sibuk?” soal Firdaus sambil menoleh sekilas padanya.

“Sibuk? Mana ada? Melur free je. Yang sibuk tu abang. Nak ke mana?” jawab Melur selamba dan disusuli soalannya. Firdaus mendengus.

“Keluar.” Jawapan Firdaus menambahkan kehairanan Melur.

“Dengan siapa?” soal Melur lagi. Firdaus berdecit dan menoleh.

“Yang awak sibuk ni kenapa?” soal Firdaus sedikit marah.

“Kan dah cakap Melur tak sibuk sekarang ni. Melur lapang je. Nak pergi mana?” Melur tidak mempedulikan marah Firdaus itu dan mengulang soalannya lagi. Sepi seketika.

“Date. Kenapa?” jawab Firdaus sedikit perlahan.

“Date? Wow! Romantiknya abang ni. Tapi kenapa tak bagitahu Melur awal-awal?” jawab Melur teruja walaupun dia terkejut mendengar jawapan Firdaus itu. Firdaus berkerut.

“Bagitahu awal-awal? Untuk apa?” soal Firdaus keanehan. Melur senyum.

“Boleh Melur bersiap awal-awal. Jadi tak payahlah abang tunggu Melur.” jawab Melur teruja. Firdaus terdiam tidak mengerti.

“Melur pergi siap sekarang ya?” sambung Melur lagi lalu terus ke ruangan persalinan untuk menukar pakaiannya. Sekejapan dia keluar dengan maxi labuhnya dan siap bertudung.

“Awak bersiap nak ke mana?” soal Firdaus terkejut dan hairan.

“Datelah.” jawab Melur sambil mengenakan bedak kompak dan pengilat bibir.

“Dengan siapa?” soal Firdaus lagi. Melur menoleh memandangnya.

“Dengan abanglah. Kata nak date tadi kan?” Terkejut Firdaus dengan jawapan Melur itu.

“Bila masa pula saya nak date dengan awak?” soal Firdaus sedikit marah.

“Habis tu dengan siapa? A? B? Ke C? Atau...D?” soal Melur menyindir.

“Tahu takpa.” jawab Firdaus sombong. Melur senyum.

“Takpalah. Kalau abang nak date, abang datelah. Melur tak kesah.” Firdaus menoleh.

“Betul ni?” soalnya meminta kepastian dalam keraguan. Melur mengangguk.

“Dengan syarat Melur ikut sekali.” Jawapan Melur mematikan senyuman Firdaus.

“Apa hal pulak awak nak ikut sekali? Ni date saya,bukannya date awak.” jawab Firdaus lebih marah kerana merasakan Melur telah mempermainkannya.

“Dah lupa syarat yang ke 7 ke? Bila abang balik,abang tak boleh keluar balik. Lupa ya?”

“Masalahnya saya tak keluar pun lagi. Saya duduk rumah je hari ni.” jawab Firdaus beralasan. Melur senyum lagi.

“Tak kesahlah keluar ke tak sebab dalam syarat tu dah cakap abang tak boleh keluar malam kecuali dengan Melur atau ada event nak kena handle atau ada kecemasan tertentu. Lupa ke?” balas Melur sambil duduk di atas katil.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now