Bab 24

60.8K 835 2
                                    

Firdaus masih lagi bercuti. Dia mengambil cuti hampir 2 minggu untuk pernikahannya. Selepas menunaikan solat Dhuha,Firdaus turun ke tingkat bawah. Kelihatannya Melur sudah menunggu di meja makan.

“Good morning Sir. Come have a seat.” ucap Melur mesra.

‘Kat rumah pun pakai macam ni? Siap tudung bagai. Macam makcik makcik. Mati selera aku pagi-pagi ni.’ kata Firdaus di dalam hati.

“What do you like to eat sir? Just name it because today the concept is open kitchen. Fresh from hot farm.” kata Melur dengan slang Britishnya. Firdaus berkerut. ‘ Apa hal budak ni?’

“Err,bagilah apa-apa pun.” jawab Firdaus kehairanan. Melur senyum dan masuk ke dapur.

“Here’s a big plate of baked bean, sausage, scrambled egg and toasted bread.”

“Masak nampak?” soal Firdaus dengan nada menyindir. Melur senyum.

“Sekarang dah ada bahan kan? Masaklah. Nanti membazir pula RM2050 yang 2 troli tu. Tak gitu Menteri Kewangan? Please enjoy it Sir.” Firdaus menjeling kecil dengan jawapan Melur. Dia mula menyuapkan makanan itu ke mulutnya.
‘Sedap pulak budak ni masak.’

“Kalau nak puji,depan-depan boleh tak? Bagi segar sikit mood Melur pagi ni.” Firdaus terkejut tapi dia terus makan. Melur tunduk setara dengan Firdaus.

“Hah? Tak dengar la? Cakap sekali lagi?” kata Melur sambil menadahkan telinganya.

“Okey,sedap awak masak.” kata Firdaus perlahan. Melur senyum.

“Lagi? Nak lagi...” leret Melur manja. Firdaus mendengus dalam senyumannya.

“Sedap gila. Semua atas plate ni sedap. Kalah 5 star hotel. Puas hati?” Melur senyum lebar.

“Tahu takpa. Mana nak cari anak raja yang masak sendiri baked bean dan buat sendiri sosej?”

“Nih? Bukan dalam tin? Yang ni bukan dalam paket?” soal Firdaus terkejut. Melur geleng.

“Sayang punya fasal,bean pun bake sendiri tau? Sosej pun proses sendiri. Haa...gitew..” jawab Melur meleret nakal. Firdaus kagum. Ternyata Melur tahu sosej yang dibuat sendiri lebih baik,selamat dan berkhasiat daripada dibeli yang sudah diproses.

“Sayang kee...?” leret Firdaus kembali kepada apa yang Melur ucapkan sebelumnya.

“Uiishh! Mahunya tak sayang. Walaupun kahwin minta,sayang tetap kena sayang. Laki kita kan.” jawab Melur sambil menyuap roti telur ke mulutnya.

“Kahwin minta?” soal Firdaus kehairanan. Melur terus mengangguk.

“Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang tapi abi paksa abang kahwin dengan Melur. Tu je bezanya.” jawab Melur selamba tanpa memandang Firdaus.

“Abi tak paksa la. Dia pun minta abang kahwin dengan Melur.” jawab Firdaus mendatar.

“Habis tu,yang hari-hari cakap terpaksa kahwin tu kenapa? Takkan drama semata-mata kot?”

“Dah tak nak,memang la rasa terpaksa.” jawab Firdaus perlahan. Melur senyum.

“Tup tup dapat bini cun. Perghh! Dalam hati cakap ‘nasib baik aku terima. Kalau tak, melepas. Lawa tu...mana nak cari.’ Kan?” kata Melur sambil mengangkat-angkat keningnya. Firdaus menahan senyum melihat riak wajah Melur yang nakal itu.

“Perasan.” kata Firdaus sambil menahan senyumnya. Melur ketawa.

“Lepas makan tolong Melur setkan rumah ya?” Firdaus terkejut.

“Setkan apa lagi? Rumah ni dah elok dah.”

“Elok la sangat. Dah tahap merimaskan mata,menyesakkan jiwa dan menyerabutkan kepala dah ni. Nama je ada rumah besar tapi interior,hancur.” kata Melur berjela.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now