Lapan puluh satu

1K 192 219
                                    

"Munah! Munah!" Joonyoung gelabah menarik tangan Hyunjin yang sedang berbelanja di pasar masuk ke dalam kereta. Seonghwa pun sudah ada sebelum Hyunjin masuk.

"Serius, ni masalah teruk ni!"

"Okey, kak. Tenang dulu, kak." Hyunjin menyuruh Joonyoung menenangkan diri terlebih dahulu sebelum bercerita.

"Ayah mentua kau wei, dia nampak ada lelaki lain hantar bini dia balik rumah. Sempat juga bergaduh tapi tak sampai bertumbuklah." cerita Joonyoung.

"Haah, Munah. Lelaki tu pun siap kata yang mak mentua kau tu tak bahagia pun hidup dengan bapak mentua kau. Wuish berani betul lelaki tu! Nasib pak cik Mahmod tu gentle kalau tak memang lunyai muka lelaki tu jawabnya." sambung Seonghwa. Dia dan Joonyoung lah orang yang mengintip pergaduhan tadi, mereka sangat kecewa apabila Yongbok menarik Jeongin masuk ke dalam rumah.

"Habis tu apa jadi?" tanya Hyunjin.

"Entah wei, bapak mentua kau tu bawa bini dia masuk rumah. Pastu aku nampak dia keluar sorang-sorang." jawab Joonyoung. Hyunjin mengigit bibir bawah, nampaknya masalah semakin rumit.

Telefon Hyunjin berdering.

"Mummy, mummy kat mana?!" suara Changbin tergesa-gesa menanyakan keberadaan Hyunjin. Dia baru je meninjau sekejap tempat orang menjual ayam tiba-tiba jasad Hyunjin sudah ghaib.

"Mummy kat kereta acik Milah. Kau datang je sini." arah Hyunjin. Tak lama selepas itu Changbin pun muncul dengan wajah masam.

"Riz, mummy rasa sekarang masanya untuk guna idea Riz!" kata Hyunjin sebaik sahaja anaknya duduk di sebelahnya. Changbin mengerutkan dahi.

"Why so sudden sudden je ni?" tanya Changbin.

"Atuk dengan nenek makin teruk gaduh."

"Guna plan yang kurung atuk nenek dalam bilik tu ke?" tanya Changbin lagi.

"Hm, tapi tu dah pakai untuk mummy dengan ayah. Kena guna plan baru lah baru best." tolak Hyunjin.

"Apa mummy fikir ni idea Riz ni macam apps kat Google Play ke nak kena update selalu?" tanya Changbin, agak tersinggung kerana ideanya ditolak.

"Ish kau ni, idea tu tak boleh guna kang tak fasal-fasal kau dapat bapak sedara lagi muda daripada kau." marah Seonghwa. Changbin terkebil-kebil tidak faham sementara Hyunjin dan Joonyoung mengetuk kepala Seonghwa serentak.

"Akak ni pun! Tak payahlah cakap macam tu kat anak Munah!" marah Hyunjin. Changbin masih tidak faham namun dia malas memikirkan maksud sebenar Seonghwa. Kadangkala kepolosan Changbin boleh melebihi polos Chan.

"Hm... Acik Milah, abang Shah pernah cerita ayah dia ada buka satu restoran dekat-dekat sini. Betul ke?"

"Haah, kenapa?"

"Kat situ ada rooftop, kan?" tanya Changbin lagi. Joonyoung mengangguk. Changbin memetik jari lalu tersenyum lebar.

"Mummy, Riz ada satu idea!"

"Acik Halim kenapa duduk kat situ?" Hyungseo menyapa Seungmin yang sedang duduk di hadapan rumahnya sendiri sambil memegang seketul tulang peha ayam goreng. Cuaca masih lagi panas walaupun sudah petang.

"Bini aku tak bagi aku masuk rumah sebab dah hancurkan dapur dia. Padahal aku tak sengaja kot." Seungmin memeluk tubuh. Dasar isteri kejam, Seungmin cuma mahu meringankan beban Minho, tak sangka lah pula niat murni itu akan lebih menyusahkan Minho.

Dengan kuali jadi hitam legam, serbuk kunyit dan perasa-perasa lain berselerakan atas lantai, dinding kotor kerana terkena percikan minyak. Sekali lagi diingatkan, Seungmin tidak sengaja!

Han FamilyWhere stories live. Discover now