FOURTY-THREE

624 75 51
                                    

Pada hari itu juga, mesyuarat tergempar diadakan di Jeon Holdings

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada hari itu juga, mesyuarat tergempar diadakan di Jeon Holdings. Semua orang atasan dan staf-staf biasa diminta menyertai bagi menenangkan kembali keadaan selepas gambar Jungkook dan Sunhye tersebar luas.

Bila masing-masing sudah faham ianya adalah perangkap, dan mujurlah Sunhye beri kerjasama untuk sokong penerangan Jungkook, keadaan menjadi baik semula.

Habis mesyuarat, tinggal Jungkook, Sunhye dan Tuan Jeon di ruangan itu.

"Haih, kau ni hampir-hampir saja jatuhkan imej papa, imej syarikat kita disebabkan benda yang terjadi tadi," Keluh Tuan Jeon.

"Bukan salah Kook,"

"Tapi orang tu aim kamu. Sampai libatkan Sunhye sekali. Kalau Sunhye mengandung macam mana? Kamu nak bertanggungjawab?"

"Suruh orang tu lah. Suruh Kook buat apa,"

Melihatkan wajah Sunhye terus berubah, Tuan Jeon mengetap rahang dan hampir mahu mencekik anaknya.

"Mulut tu jaga sikit. Kau tak kasihan dekat Sunhye tu? Disebabkan kau, dia yang kena lebih teruk..."

"Oh, Kook ingatkan ini rancangan korang berdua dan si Sunhye ni buat-buat sedih depan Kook tadi kononnya..." Ujar Jungkook selamba.

Melihatkan Tuan Jeon betul-betul cemas bila gambarnya tersebar satu pejabat, bersungguh untuk adakan mesyuarat bagi mengelakkan salah faham berlaku, tahulah Jungkook ini bukan rancangan ayahnya.

"Malang kan nasib kau, Jungkook? Menyedihkan. Semua orang tak suka kau," ujar Tuan Jeon sarkastik. "Aku tak kira. Kalau Sunhye mengandung, kau kena bertanggungjawab dan kahwini dia tahun ni juga!"

"What?" Jungkook memandang Tuan Jeon tak puas hati. "Papa, Kook dah ada anak bini. Kook takkan kahwin dengan perempuan lain!"

"Ceraikan saja bini kau tu!" Bidas Tuan Jeon. "Lakukannya, Jungkook sebelum aku buat tindakan lain..."

Tuan Jeon merenung Jungkook tajam sebelum meninggalkan anaknya bersama Sunhye.

Jungkook memandang Sunhye yang sudah menundukkan wajah.

"Dengar sini, aku takkan kahwin dengan kau. Tapi aku akan pastikan aku dapat tangkap orang yang buat kau dan bertanggungjawab kalau kau mengandung. Aku takkan lepaskan anak isteri aku hanya sebab kau dan papa. Faham?" Pesan Jungkook kepada Sunhye, tegas.









"Kenapa ni? Awak nampak runsing je dari tadi," tegur Chaewon. Rambut depan Jungkook diselak ke belakang menampakkan dahi lelaki itu.

"Ada orang lain yang nak jatuhkan aku," ujar Jungkook, perlahan. Matanya kekal memandang ke lantai, langsung tak tengok siaran yang terpapar di kaca tv.

"Mwo? Siapa?"

Jungkook menggeleng kecil. "Tak tahu. Malam kejadian, bukan Sunhye punya rancangan tapi orang yang perangkap aku tu. Tapi peliknya, kenapa dia libatkan Sunhye sekali? Sunhye kena rogol dengan dia, mungkin sebelum dia letak kami berdua tak sedarkan diri atas katil,"

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now