D' 1

7.4K 297 9
                                    

Eric memerah kain lalu mengelap tingkap kereta. Dia meniup sedikit tingkap kereta itu. Eric tersenyum puas melihat cermin kereta yang berkilat.

"Rosa , behave ye papa nak cuci tayar kamu pulak" omel Eric kepada kereta Mclaren Senna yang dihadiahkan oleh Elvian kepada Eric.

Setelah semua selesai , Eric membiarkan keretanya sebentar. Dia masuk ke dalam rumah untuk membasahkan tekak yang dahaga.

Nial berlari sambil memegang sepapan telur ayam. Dia di kejar oleh Austin yang sedang marah.

"Stop lah Austin! Aku pegang telur ayam ni , kejap lagi mama aku marah la sial!" Jerit Nial sambil matanya memandang Austin.

"No! Ganti balik chocojar aku , kenapa kau makan bagi habis hah?!" Kali ini Austin lebih laju mengejar Nial.

"ARGH PAPA HELP ME!" Jerit Nial. Nial berlari ke arah Eric.

"Aku mesti boleh lompat ni!" Ucap Nial dengan penuh yakin dalam diri. Dia melompat untuk mengelak dari terkena kereta kesayangan Eric. Sayangnya , baldi yang penuh dengan sabun dan air itu dilanggar.

Austin yang mengejarnya tadi terus berhenti , dia berpatah balik ke sliding door rumah. Berterbanganlah ke udara segala telur ayam yang dipegang oleh Nial.

"BLOODY HELL! MY ROSA!" Eric menekup pipinya sendiri. Tergamam dengan apa yang baru terjadi.

Adlos dan Nate pula yang sedang bermain permainan video tadi terus berlari ke laman rumah untuk melihat apa yang telah berlaku.

"Oh my god! Nial what have you done?" Ucap Austin dengan penuh dramatic kepada Nial yang sedang terbaring di atas kereta Eric.

Nial membuka kedua matanya. Dia menggosok sedikit kepala yang terasa sakit akibat terhantuk sesuatu. Matanya membulat apabila melihat dirinya sudah di mandi dengan telur telur ayam yang di bawa tadi.

"Nial! Aku baru basuh je kereta aku kau tahu tak?!" Muka Eric sudah merah padam kerana menahan marah.

"Oh no" Nial terus bangun. Dia tersengih seperti kerang busuk kepada Eric yang sedang menggempalkan tangannya.

"Sini kau!" Kali ini giliran Eric pula yang mengejar Nial. Nial pula sudah pecut berlari mengelilingi laman rumah mereka.

"Kenapa aku je yang kau kejar?! Austin penyebab semua ni!" Jerit Nial sambil berlalri. Eric memandang tajam ke arah Austin yang sedang duduk di atas kerusi.

"Sini kau Austin. Memang aku lumat lumat kepala korang guna kereta aku! Kau tunggu!"

"Kejarlah!"

"Nah , pistol" Adlos menyuakan pistol di tangan kepada Eric. Dia dan Nate duduk kembali di atas kerusi meja kopi yang terletak di laman rumah itu.

Austin dan Nial berlari lari seperti kanak kanak riang , Eric yang mengejar mereka pula seperti jerung yang tidak sabar untuk membaham mangsa.

"Macam sial" ucap Nate sepatah. Dia dan Adlos ketawa riang melihat tiga lagi rakan mereka itu.







Adria menumbuk numbuk punching bag yang sedia tergantung di bilik latih itu. Manik manik peluh mula membasahi badan.

Setelah penat menumbuk , dia duduk di atas lantai. Adria meneguk air kosong itu dengan rakus dan laju.

"Chill kak" ucap Aria yang sedang bermain papan dart dengan Erina. Adria memandang mereka berdua dengan kepenatan.

Erina baru sahaja sampai ke Italy malam semalam. Eric yang menjemput adik perempuannya itu. Eric melayan Erina seperti puteri kerana Erina adalah satu satunya adik yang dia ada.

"Tak berlatih ke?" Tanya Adria.

"Kami berlatih awal lagi. Lepas subuh tadi" ucap Erina. Adria menganggukkan kepalanya. Sepatutnya mereka berlatih dengan Najwa tetapi Najwa hari ini sibuk.

"Kak , abang Arfi tu handsome kan?" Tanya Aria. Adria menjongketkan bahunya. Erina memandang muka sahabatnya.

"Kau dah ada bf kan? Jangan gatal sangat" Aria mencebik.

"How's your relationship with him?" Tanya Adria kepada Aria. Aria mengalihkan pandangannya kepada Adria.

"Hm , macam tu lah. Dia selalu sibuk and don't have time for me" Aria menunduk.

"He's suspicious , i dont think he love you. He must have something" ucap Adria kepada Aria. Erina pula hanya mendengar , dia tidak suka dengan teman lelaki Aria.

"I have been thinking the same thing actually" jujur Aria.

Teman lelakinya memang jarang ada masa untuk Aria. Kalau jumpa di kelas pun teman lelakinya hanya buat tidak tahu tentang dirinya. Aria pernah di buli di hadapan dia tetapi lelaki itu tidak endahkan Aria.

"It's okay , kumbang bukan sekuntum" ucap Erina. Dia senyum manis kepada Aria yang seperti sedang menahan air mata. Aria terus memeluk Erina. Erina menggosok lembut belakang Aria.

Adria pula hanya melihat mereka yang sedang berdua berpelukan. Tiba tiba dia teringat akan seorang lelaki yang pernah bertakhta di hati.

"Miza..Ad rindu Miza"

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now