D' 8

3.5K 228 7
                                    

Angeline termenung di mejanya. Dia memusing musingkan pen yang dari tadi hanya di pegang.

"Angeline , ready" ucap salah seorang pekerja mereka. Angeline menganggukkan kepala.

Dia mengambil laptopnya lalu diletakkan di dalam beg. Buku nota juga di pegang. Dia menekan butang lif.

"Rileks , jangan nervous" Angeline menenangkan dirinya. Dia perlu berjumpa dengan orang atasan kerana dia salah seorang yang menguruskan LeFood.

Dia mengurut sedikit bahu yang terasa lenguh. Akhir akhir ini dia tidak dapat tidur.

TING!

Sampai sudah Angeline di tingkat atas. Lelaki berkaca mata itu di pandang lalu tersenyum manis.

"Sila ikut saya" ucap Arfi. Dia menunjukkan bilik meeting kepada Angeline. Angeline mengikut langkah lelaki itu.

Daun pintu di buka perlahan. Terpacullah wajah wajah kacak di hadapannya ini.

Adlos , Eric , Nate , Nial dan Austin memandang gadis itu. Angeline menelan air liurnya.

"Sila perkenalkan diri" ucap Eric. Suasana di dalam bilik itu seperti seram , sejuk. Aura mereka sungguh dingin!

"My name is Carlene Angeline" Angeline menundukkan sedikit kepalanya. Adlos tersenyum , Angeline. Nama cantik seperti tuannya.

"As you know , pekerja bernama Lia dan manager di kedai situ sudah melakukan kesalahan yang besar. Boleh awak cerita sedikit tentang pekerja dua orang itu?" Ucap Arfi. Angeline mengangguk.

"Pertama sekali , saya minta maaf dengan apa yang terjadi dan mereka berdua sudah di kenakan denda dan di buang kerja. Di dalam sistem syarikat , katanya Lia adalah seorang pekerja yang bagus tetapi kami juga banyak menerima aduan dengan pekerja bernama Lia. Dan manager mereka Ira , mendapat rasuah sebanyak RM1000 daripada Lia dalam mata wang Ringgit Malaysia" Angeline terus menerus menerangkan tentang staff di LeFood yang dia uruskan.

"Macam mana awak boleh cuai? Kes ini agak berat. Saya tak suka bila my staff buat rasuah" ucap Adlos. Mata birunya itu menikam anak mata Angeline.

"Bukan saya yang incharge untuk rating rating pekerja di LeFood. Tetapi saya juga cuai , maafkan saya tuan Adlos" ucap Angeline.

Adlos mengangguk faham.

"Okey , boleh bersurai. Pastikan lepas ini tak ada lagi kes macam ni okey?" Adlos bangun lalu senyum manis ke arah Angeline. Angeline membalas senyuman Adlos.

Mereka semua keluar dari bilik mesyuarat itu dengan penuh gaya. Angeline hanya menghantar pemergian bos bos besar itu.

"Cik Angeline? Mari" Angeline mengangguk.

Angeline berjalan kembali ke arah mejanya. Dia sebenarnya sedang gementar tetapi di tahan.

"How was it?"

"Buono (good)" ucap Angeline sepatah dalam berbahasa Italy.

"Handsome tak?"

Angeline menganggukkan kepalanya. Handsome sangat , Adlos lah paling handsome tu!

"Wow , lepas ni kalau nak jumpa diorang aku pun kena buat masalah la kan!" Tanya pekerja di sebelahnya.

"Heh , aku rasa diorang pancung kepala kau dulu" ucap Angeline. Malas melayan dia terus membuka komputernya.







Adlos menghirup espresso yang di buat oleh Arfi. Dia membelek belek sahaja file , kerja pun belum mula lagi.

"Ish!" Diri Adlos tidak boleh duduk tenang. Dia hanya teringat akan Angeline.

"Dah kenapa?" Tanya Nate. Ahli D'gertios duduk di dalam bilik Adlos kerana bilik Adlos sejuk sangat. Best.

"Bila korang nak balik tempat sendiri?" Tanya Adlos

"Esok" ucap Austin bersahaja.

"Kau kenapa ni Adlos? Stress ke?" Tanya Arfi dengan penuh risau.

"Cari maklumat pasal perempuan tadi. Sekarang!" Adlos mengetuk meja kerja.

Eric terus bangun mencari laptopnya. Nial yang meletakkan kepala di atas paha Eric itu tidak dihiraukan.

"Bangang la Eric ni" Nial menggosok kepalanya apabila kepala dia terhantuk lantai. Nate membuka laptopnya.

Arfi dan Austin bertungkus lumus mencari file maklumat pekerja mereka.

"Dah!" Jerit Eric. Eric sangat bagus dalam mencari maklumat peribadi seseorang itu. Thumbs up for Eric!

"Give me that" Adlos merampas laptop Eric. Dia meneliti kandungan isi yang ada.

"Nah ni ada" Austin menyuakan kertas berisikan maklumat Angeline kepada Adlos.

Adlos mengambil kertas itu.

"Nak buat apa?" Tanya Nial

"Adalah" matanya fokus memandang screen laptop. Mulutnya terkumat kamit membaca semuanya.

Rahang Adlos jatuh apabila melihat maklumat peribadi Angeline. Dia memandang ahli D'gertios.

"Cosa c'è che non va? (What's wrong?)" Tanya Eric.

"Carlene Angeline binti Carl Angelo" ucap Adlos. Nama itu membuatkan ahli D'gertios memandang sesama sendiri.

"Angelo? Musuh kita?" Tanya Nate. Arfi mengangguk lalu mengusap mukanya.

"Apa yang dia nak? Angelo hantar Angeline ke sini?"

"Mungkin" - Arfi

"per quello? (Untuk apa?)" Soal Adlos. Mukanya sudah berubah pucat.

"Angeline dah la dalam bahagian urusan syarikat. Semua benda dia tahu!" Ucap Nial , kali ini otaknya sudah berfungsi , dia juga turut pucat.

"Macam mana dengan misi semalam? Macam mana dengan Rogio?" Soal Austin kepada Eric.

"Rogio dah mati. Bangunan tu pun dah kena bom , Angelo yang pasang bom" ucap Eric.

Adlos mengetap gigi.

"dannare! (Damn)"

"Tell uncle Ad. Right now!"









Angeline berjalan masuk ke dalam rumah. Dia membuang kasutnya lalu menyusun di rak kasut.

"come è stato? (Macam mana tadi?)" Soal Angelo. Dia melihat muka anak perempuannya.

"Done" jawab Angeline sepatah. Dia menundukkan kepalanya memandang lantai. Jarinya bermain main sendiri.

"Buono (bagus)" Angelo mengusap usap kepala anak perempuannya. Angeline tersenyum manis , pertama kali Angelo mengusap kepalanya.

Tiba tiba rambutnya dicengkam kasar. Muka Angelo di rapatkan dengan muka anak perempuannya.

"Kau jangan ingat nak berseronok selagi Adrian tu tak mati! Kau faham?!"

Angeline mengangguk laju. Air mata mula mengalir dengan laju membasahi pipi. Dia diheret ke biliknya.

"Pa , sakit. Angel sakit" Angeline meraung kesakitan. Kulit kepalanya bagaikan hendak terkeluar.

"vaffanculo! (Fuck off!)" Jerit Angelo kepada Angeline.

Bermulalah rutin harian Angeline sebagai mangsa dera ayahnya. Sakit? Tak apa lah , hatinya lebih sakit. Angeline hanya redho dengan apa yang terjadi. Biar lah dia mati , semua ini sudah di atur. Pastu akan ada bahagia untuk Carlene Angeline. Kan?

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now