D' 10

3.7K 248 36
                                    

                      "Tak nak!" Bentak Adlos kepada Adrian dan Hana. Kenapa dia jugak dalam banyak banyak orang dalam dunia ni?

"Tolonglah Adlos! Demi keselamatan Angeline!" Hana merayu kepada anak lelakinya.

"Adlos tak ready! Adlos tak nak" Adlos memandang Adrian dan Hana. Dia memandang pula Angeline di tepi.

"Ni semua sebab kau! Aku tak nak kahwin!" Jerit Adlos kepada Angeline. Angeline terkejut di jerkah sebegitu.

"ADLOS LEWIS BIN ADRIAN LEWIS!" Jerit Adrian sambil menyebut nama anak lelakinya. Adria hanya diam di tempatnya.

"Sejak bila Adlos pandai membentak macam ni? Adlos tak kesian ke dekat Amgeline?! Tengoklah betapa banyaknya kesan lebam yang ada!"

Adlos terdiam. Dia memandang lengan Angeline. Tiba tiba hatinya terasa sakit melihat Angeline yang dalam keadaan itu.

"Adlos. Kau sebenarnya suka dia kan? So please Adlos Lewis!" Ucap Arfi pula.

Adlos? Suka Angeline? Memang!

"Yes! Adlos jatuh cinta pandang pertama dengan Angeline. Adlos yang suruh cari maklumat pasal Angeline so that i can marry her tapi tiba tiba Adlos terbaca dia anak Angelo!" Jujur Adlos. Ahli D'gertios sudah terdiam dan kaku.

"Apa tunggu lagi? Kahwinlah" ucap Nate.

"Adlos tak ready. Adlos nak jaga Angeline guna titik peluh Adlos sendiri. Adlos tak nak susahkan daddy and mummy"

Hana memeluk anak lelakinya. Dia mengusap lembut rambut Adlos.

"Besar dah anak mummy. Tapi Adlos kena ikut cakap daddy , Okey?" Ucap Hana dengan lembut.

Adlos menitiskan air matanya. Dia sedih sangat apabila melihat mummy nya yang separuh merayu.

"Adlos setuju. Adlos sayang Angeline" jujur Adlos. Angeline hanya diam. Dia tidak tahu ingat kata apa.

"Angeline? Kamu setuju?" Tanya Hana .

"Angel ikut sahaja. I don't care" Angeline senyum pahit.




                                  Adlos duduk di atas sofa kecil berhadapan dengan tok kadi. Dia memandang sekilas bakal isterinya.

"Boleh kita mula?" Adlos mengangguk.

"Adlos Lewis bin Adrian Lewis"

"Saya"

"Aku nikahkan engkau dengan Carlene Angeline binti Carl Angelo dengan mas kahwinnya RM1 juta ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Carlene Angeline binti Carl Angelo dengan mas kahwinnya RM1 juta ringgit tunai"

"Sah?" Tanya tok kadi kepada orang sekeliling.

"Sah!!!" Ahli D'gertios menjawab serentak. Adlos dah kahwin!!! Wohhooooo!

"Assalamualaikum cinta abang" Adlos tersenyum manis.

Angeline mencium tangan suaminya Adlos. Adlos pula mengucup dahi Angeline lama.

1 saat

2 saat

3 saat

4 saat

5 saat

"Dah lah tu , cepat la sarung cincinnya" ucap Nial yang sudah tidak sabar.

Adlos menjeling Nial. Dia menyarungkan cincin ke dalam jari Angeline.

"Terima kasih" ucap Angeline kepada suaminya. Adlos tersenyum manis , cantik betul senyuman Angeline.

"Cantik awak hari ini. Pakai tudung" Pipi Angeline mula merah. Malu!

"Buat majlis pun malam malam. Aku mengantuk lah" ucap Austin kepada ahli D'gertios yang berada di meja makan.

Eric menyuap bubur kacang hitam ke dalam mulutnya. Muka Eric tampak sangat gembira kerana bubur itu terlalu sedap.

"Oh my god! What soup is this? Sedap!" Tanya Eric. Nate memandang Eric.

"Soup? Tu bubur lah. Tu la kau , orang suruh balik Malaysia kau tak nak , nak jugak duduk Italy tu" perli Nate. Eric hanya menjeling Nate. Tahu lah Eric berasal dari Italy pun tapi tak kan lah bubur kacang hitam pun tak tahu!

"Don't regret...
Mihado rapampampampam, Cikeweyres rapampampampam, be solo is what should I do
Tra la la!"

Kedengaran suara Nial dari atas pentas sedang menyanyikan lagu entah apa lagi.

"Allahuakbar" Adlos memicit kepalanya. Ujian apa kah ini Ya Allah?

"tu quieres rompompompompom being solo is what should i do tralalala 3 minus 2 equal monstah!!" Austin pula menyambung lagu tersebut selepas Nial.

"Hoi! Bertuah punya budak!" Alex sudah menaiki pentas sambil memegang rotan Adrian.

"Apa kau orang buat ni hah? Austin?ko nak mampos ke?!" Soal Alex , dia melibas libas rotan.

"Alamak lari!" Nial memegang tangan Austin lalu berlari bersama sama turun dari pentas.

"Jangan lari! Tunggu korang!" Alex ingin mengejar Nial dan Austin tetapi belakangnya agak sakit. Dia memegang pinggang.

"Eh aduh! Darling! Belakang ayang cakit" Alex membuat mulut muncung. Anis menggelengkan kepalanya.

"Manja kali dia gais manja kali dia" ejek Nick. Elvian hanya mendiamkan diri , malas mahu bercampur.

"Haih tu la tak sedar diri tu dah tua nak jugak lari kejar orang. Baik awak buat ibadah banyak banyak" Alex sudah terkedu dengan ayat isterinya. Ahli D'gertios pula sudah ketawa.

"Padan muka kau! Dah lah dah tua" ucap Nick sambil menyisip sedikit kopi panas.

"Woi Nicky Minaj , kau pun tua eh jangan nak ejek aku sangat" perli Alex .

"Nicky- nicky minaj? Seriously?"

"Huh!" Alex dan Nick menyilangkan tangan masing masing sambil membuat mulut muncung.





                             Angeline membuang tudung dan baju pengantin tersebut. Dia masuk ke dalam tandas untuk menyalin baju dan mandi.

Selesai mandi dia mengeringkan rambutnya yang basah. Dia sebenarnya rasa gementar yang amat sangat. Dia tidak pernah tidur dengan lelaki.

"Dah mandi?" Soal Adlos. Angeline menganggukkan kepalanya. Kini giliran Adlos pula untuk membersihkan diri. Angeline baringkan badannya ke atas katil.

"Hah! stanca (penat)" Angeline mengeluh. Dia memejamkan mata sebentar sebelum terdengar pintu tandas terbuka. Dia terus duduk bersila.

Dia memandang Adlos yang memakai baju tidur berwarna kelabu. Angeline menelan air liur , rambut basah Adlos masih belum kering.

Aduh!

"Apa? Dah puas tatap?" Angeline mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Saya nak tanya boleh?" Soal Angeline kepada Adlos.

"Awak betul betul cinta kan saya?" Soalan itu membuatkan Adlos memandang Angeline.

Dia tersenyum sinis sebelum melangkah ke arah gadis itu. Adlos mengusap pipi Angeline.

"Nope. Aku tak suka kau , aku sebenarnya kesian dekat Mummy dengan daddy aku aje. Jangan mimpi aku nak cinta kan kau" Adlos menunjal dahi Angeline.

Senyuman Angeline mati. Huh? Betulkah apa yang aku dengar?

"Malam ni kau tidur bawah. Ada toto dalam almari , pasang sendiri. Turun" arah Adlos , dia menolak bahu Angeline.

Angeline hanya memandang Adlos. Memang dia tidak akan pernah merasakan bahagia? Apa semua ini? Air mata akhirnya membasahi pipi.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now