D' 22

3.3K 220 4
                                    

                         Adlos menyandar kan badan di kepala katil. Dia mengusap perlahan bidang dadanya. Masih agak sakit , perutnya juga.

Kesan yang ditikam oleh Angelo semakin pulih. Dia kehilangan darah yang agak banyak.

Hana memandang anak lelakinya. Makan pun tidak mahu , asyik termenung sahaja.

"Adlos , makan sikit" pujuk Hana. Adlos menggelengkan kepalanya , kalau dia makan pun adakah Angeline akan berada di sebelah dia?

Tidak bukan? Jadi dia tidak mahu makan.

"Apa yang Adlos fikirkan?" Soal Hana.

"Carlene Angeline"

Hana terdiam , itu sahajalah nama yang keluar apabila di tanya tentang sesuatu. Hana memandang Arfi yang berada di sebelahnya.

"Auntie cantik keluar , Arfi nak cakap sikit dengan Adlos" ucap Arfi kepada Hana. Hana menganggukkan kepalanya lalu melangkah keluar dari bilik wad.

"Give me that biscuit!" Ucap Nial.

"No!" Austin memandang tajam Nial. Hana menggeleng kan kepalanya. Yang dua orang ni tak habis habis gaduh.

"Stop gaduh , auntie letak dekat zoo nanti baru kamu berdua tahu" ucap Hana. Perangai Nial dan Austin tak ubah seperti Nick dan Alex waktu dulu. Sekarang pun masih sama sahaja.

Austin mematahkan biskut itu kepada dua. Dia menyuakan separuh biskut itu kepada Nial yang sedang memuncungkan mulutnya.

Nial tersenyum gembira apabila dia akhirnya dapat juga merasa biskut itu. Biskut berperisa ayam goreng yag di buat khas oleh hospital untuk pesakit mereka. Mestilah Austin curi dari Nial.

"How's Adlos?" Soal Najwa.

"Macam tu lah , asyik sebut nama Angeline" ucap Hana. Najwa , Anis , Fira dan Rachel menganggukkan kepala.

"Still tak boleh detect Angeline?" Soal Rachel kepada Hana. Hana menggeleng.

"Tak , no one know where's Angeline" ucap Hana. Mereka mengeluh.

"It's okay , jangan mengalah , kita kena cari lagi mana Angeline" ucap Erina sambil tersenyum manis kepada mereka.






                      Aria memandang iPhone nya. Menunggu mesej dari lelaki bernama Finn.

"Dia tak mesej lagi? Jangan tunggu sangat" ucap Nate. Dia menyisip air kotak di tangan.

Aria menggelengkan kepalanya lalu mengeluh perlahan. Dia memandang Nate.

"Kau kenapa duduk dengan aku ni , shuh shuh orang nak melayan perasaan pun tak senang" ucap Aria sambil merehatkan dagunya di atas tapak tangan.

Nate ketawa kecil dengan tingkah laku Aria. Comel.

Bertuahnya kau Finn seorang gadis bernama Aria Kaira mencintai kau dan sanggup menunggu. Tetapi kau? Macam sial. Ujar Nate di dalam hati.

"Kau kenapa? Crush tak notice?" Ucap Aria.

Nate mengangguk perlahan. "Yes"

Aria diam. Bila masa pulak jantan ni ada crush? Macam bukan Nate je ni. Nate seorang yang beku , dia jauh beza dengan Nial yang periang seperti abangnya Austin. Nate juga seorang yang berkarisma , kacak fuh!

"Dah berapa hari Finn tak mesej kau?" Soal Nate kepada Aria yang dari tadi hanya memandang dia , tahu lah dia handsome.

Aria mengjongjetkan bahunya sebelum menjawab soalan Nate.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now