D' 23

3.2K 208 7
                                    

2 tahun kemudian

Ahli D'gertios bersiap sedia untuk ke jamuan pelantikan Adlos untuk menjadi pemegang baharu syarikat Lewis's.

Adlos membetulkan blazer yang elok terletak di atas badannya. Dia memakai minyak rambut serta membetulkan juga rambut.

Setelah berpuas hati Adlos melangkah keluar dari bilik. Dia memandang bilik Angeline yang kini kosong.

Adlos memulas tombol pintu bilik itu. Dia meneliti segenap ruang bilik yang cerah.

"Bau kau tak pernah hilang" ucap Adlos. Sudah 2 tahun kehilangan Angeline dan bau Angeline masih berada di dalam bilik itu.

Imaginasi mula bermain di fikirannya. Dia teringat apabila dia mencempung badan Angeline keluar dari bilik. Bilik ini juga dia menjaga Angeline sewaktu Angeline sakit.

Bilik di mana dia mengukapkan rasa cinta dia kepada si isteri. Bilik di mana dia dan Angeline mula berbaik sesama mereka.

Semua itu hancur apabila Angelo merampas hak miliknya. Angeline , where are you?

Tanpa melengahkan masa Adlos terus berjalan ke Lamborghini nya dan terus membawa diri ke mansion Adrian.






Eric menaiki kereta Mclaren Senna nya. Sudah lama dia tidak menaiki rosa kesayangan.

"WOI SLOW DOWN!" Ucap Nial.

Di dalam hati dia sudah menyesal untuk meneman Eric 'test' keretanya yang sudah lama berada di bawah garaj.

Eric tersenyum jahat. Dia menekan pedal minyak untuk meningkatkan lagi kelajuan kereta.

"ERIC HENRY!!" Nial memegang tali pinggang yang di pakai dengan kuat sekali.

"Ya Allah kau selamatkan lah hamba mu ini Ya Allah!" Sempat Nial berdoa kepada tuhan agar dirinya selamat daripada Eric yang cuba membunuhnya.

"Baru nak ingat tuhan" ucap Eric. Dia memusingkan stereng kereta ke kanan untuk membelok.

"ERIC!" pipi Nial melekap di tingkap kereta. Eric pula sudah ketawa suka kerana membuli Nial.

"Mana budak dua orang ni?" Soal Arfi. Adlos , Austin dan Nate juga sedang menunggu mereka berdua.

Adlos memandang sekilas jam yang berada di tangan. Ada lagi setengah jam untuk mereka.

"Tu" tunjuk Austin. McLaren Senna itu tiba di perkarangan rumah. Nial keluar dari perut kereta. Dia berjalan ke arah semak samun lalu di muntahkan segala benda yang berada di dalam perutnya.

"Euw" ucap Nate.

"Pergi mana?" Soal Adlos kepada Eric.

"Test rosa"

"Tu kenapa dengan Nial" soal Arfi pula

"Entah , manja"

"Manja? Sebelum aku sepak muka kau bagi aku bunuh kau dulu!" Ucap Nial dengan perasaan marah.

"Whatever! Jom lah kejap lagi lambat" ucap Austin.





Ahli D'gertios berjalan dengan beriringan. Adlos yang berjalan membetulkan lagi sekali blazernya.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now