D' 32

3.2K 207 1
                                    

Ahli D'gertios berkumpul di meja makan bersama ibu dan ayah mereka.

Eric menuang sambal ke atas nasi lemaknya. Telur rebus juga di letakkan di tepi. Dia sudah lapar!

"Haip! Baca doa dulu" ucap Arfi kepada Eric. Tanpa banyak kata dia terus membaca doa makan.

Arfi memandang sekilas Adria yang sedang menadah tangan. Adria pula terperasan yang diri dia sedang di pandang oleh Arfi , dia menjeling jejaka itu. Arfi menundukkan kepalanya.

"sedap!" Ucap Eric sambil nasi penuh di mulutnya.

"Slow-slow abang" ucap Erina. Malu lah juga , Eric ni dah macam tak makan setahun pun ada.

"Pfft" Nial dan Austin menekup mulut mereka menahan ketawa daripada meletus. Eric mengangkat muka memandang dua jejaka itu , kening kirinya sudah diangkat.

"Apa?" Soal Eric. Dia pun nak tahu apa yang lawak sangat.

"Tak baik lah kau ni Nial! Orang Italy kat sana tu kan jarang nak boleh makan nasi lemak!" Ucap Austin sambil mengemam bibirnya.

Eric memandang tajam mereka berdua. Austin dan Nial menelan air liur mereka , Eric tengok macam nak makan mereka.

"Tak apa , aku faham" ucap Adlos. Dia menepuk nepuk bahu Eric. Dia dan Eric berdarah Italy , jadi kalau jumpa nasi lemak memang tak ingat dunia dah.

"Macam mana dengan menantu mummy?" Soal Hana. Adlos terus meletakkan garfu di atas pinggan.

"I don't know where she is" ucap Adlos sayu. Hana mengusap belakang anak lelakinya.

"Tapi Adlos terjumpa seorang perempuan ni nama dia Carlena. Kalau Angeline , Carlene. Isn't that weird?"

"Kenapa pula pelik? Dalam dunia ni ada nama yang nak sama. Even the face too" ucap Hana sambil tersenyum manis.

"Adlos nak balik Italy hari ini. I am busy these days" ucap Adlos kepada Adrian.

"Okey , jaga diri kamu" ucap Adrian.

"Abang. Kan Hana cakap kalau waktu makan jangan tengok sebarang gadget pun"

"okey sayang, sorry yeee..." Adrian mencuit hidung isterinya.

"Menyampah aku , dah tua tua pun macam ni" ucap Nick.

"Biarlah!" Ucap Adrian.

"Tak boleh!" Ucap Alex pula.

"Macam macam lah korang ni" ucap Fairuz dengan nada yang perlahan. Elvian pula sudah mengeluarkan sepucuk pistol dari bawah meja.

"Diam kalau tak nak kena tembak" ugut Elvian kepada Nick , Alex dan Adrian. Fairuz pula sudah ketawa ketawa.

"Kau pun" pistol tadi diacu kepada Fairuz yang berada di sebelahnya. Terus terdiam orang tua tu.

"Makan cepat , kejap lagi nak tolong kami tanam bunga kan" ucap Anis pula.

"Okey..." Balas Adrian , Alex , Nick , Fairuz dan Elvian secara terpaksa. Sikit sikit tanam pokok bunga.

"Jangan jadi macam tu nanti" ucap Fira kepada ahli D'gertios yang sedang menahan ketawa mereka.

"Okey!"









Mereka semua sudah bersiap sedia untuk pulang. Kali ini mereka tidak boleh berlama lama di Malaysia kerana masih ada kerja untuk di buat.

"Adlos balik dulu" dia memeluk Adria yang sedang tersenyum manis. Adria mengangguk perlahan.

"Jaga diri. Kalau jumpa dia , layan dia elok elok" pesan Adria kepada Adlos. Adlos mengangguk kepala.

"Bye kak Adria! Erina! Aria!" Jerit ahli D'gertios yang sudah berada di tangga.

Mereka bertiga melambai lambai mereka. Aria memandang Nate , mata Nate sentiasa berada di muka Aria.

"Bye Nate" ucap Aria perlahan. Nate mengangguk , mereka berjalan masuk ke dalam private jet.

Masing masing mengambil tempat untuk duduk. Keadaan menjadi senyap apabila masing masing melakukan hal sendiri.

Adlos meletakkan headphones pada kepalanya. Dia mengeluarkan satu buku novel , perfect love. Dia memasang lagu di aplikasi spotify.

Dia membaca novel itu. Satu persatu helaian di selak. Dia bagaikan di dalam dunia dia tersendiri.

Tiba tiba air mata mengalir di pipi. Buku itu yang sedih atau lagu itu yang sedih? Atau dia yang sedang bersedih?

Sejak kehilangan Angeline , dia banyak membaca buku novel. Sama seperti dulu , jika dia pulang dari kerja Angeline akan memegang satu buku novel di tangan sambil memasang lagu.

Dia selalu memarahi Angeline yang selalu membaca novel sambil mendengar lagu. Sekarang dia faham betapa tenangnya jika membaca buku sambil mendengar lagu.

Fikiran ini asyik memikirkan Angeline yang entah berada di mana. Hati ini rindu.

'Angeline...apakah kesudahan jodoh kita sangat menyedihkan? I miss you'

Bisik Adlos di dalam hati.










Mereka akhirnya tiba juga di Mansion Adrian di Italy. Ahli D'gertios masing masing membetulkan urat sendi masing masing.

Lenguh? Sangat!

"I want to sleep!" Ucap Nial.

"Pergi la" ucap Nate. Mereka semua melangkah masuk ke dalam rumah. Tinggal Adlos dan Arfi yag berada di luar.

"Aku balik rumah. Jumpa esok di office" ucap Adlos kepada Arfi.

"Aku hantar ye?" Pelawa Arfi. Dia risau jika ada apa apa jadi kepada Adlos.

"No need" Adlos menaiki keretanya yang berada di bawah garaj.

"Pergi dulu" Arfi mengangguk perlahan. Setelah kereta Adlos hilang dari pandangannya dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Adlos mengetuk mengetuk stereng kereta. Dia berhenti kan kereta kerana lampu jalan berwarna merah.

Kini giliran para pejalan kaki untuk melintas jalan. Mata Adlos tertancap pada seorang gadis.

"Angeline?" Bisik Adlos pada diri sendiri.

Gadis itu melintas jalan dengan seorang lelaki yang tinggi. Kacak? Ya wajahnya kacak.

Mereka sama sama memegang aiskrim , melintas sambil bergelak tawa sesama sendiri.

"No , no. Maybe I'm tired" Adlos segera menenangkan dirinya. Mungkin dia penat atau terlalu rindu kan Angeline.

Dia teruskan memandu kereta nya sambil fikiran memikirkan tentang gadis yang dia nampak tadi.

Adakah itu Angeline? Senyuman yang sama terukir di bibir gadis itu.

"Kalau betul tu awak Angeline. Please come back to me , i miss you so much. Dolce cuore"

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now