D' 36

3.6K 195 8
                                    

Angeline membawa kopi yang baru di bancuh olehnya ke meja kopi. Adlos tersenyum manis.

"Thank you Angel" Adlos berterima kasih. Angeline hanya tersenyum manis.

Dia mengushar apa yang di buat oleh Adlos. Dahi Angeline berkerut , sejak bila Adlos mula baca novel?

"Awak baca novel?" Soal Angeline kepada suaminya. Adlos mengangguk.

"Perfect love?"

"Yes. It's a good book" ucap Adlos.

Angeline sudah tersenyum , dia pun sedang membaca buku yang sama , Perfect Love.

"Buku ni saya pun tengah baca. Best sangat!"

"Tapi bukan endingnya..." Ucap Adlos perlahan , Angeline terdiam.

"Let's not end up like them , ye? I love you Adlos" ucap Angeline sambil mengusap usap pipi suaminya.

"Love you too bidadari abang" Adlos meletakkan buku tadi di tepi. Dia sekarang sedang menatap muka Angeline.

'bidadari abang' muka Angeline audah memerah seperti tomato , dia suka panggilan itu.

"Abang tak pernah rasa happy macam ni , Angel lah nyawa abang. Dalam dua tahun tu abang macam hilang diri , hilang nyawa abang" luah Adlos kepada Angeline yang sedia mendengar luahan hatinya.

"Abang minta maaf sangat sangat sebab dulu abang layan Angel macam sampah. I shouldn't do that to you..."

Tangan Adlos di usap lembut.

"Saya dah lama maafkan abang. Saya pun nak minta maaf sebab hilang lama sangat. Setiap waktu saya fikir kan tentang abang. Tak pernah ada waktu yang saya tak fikirkan tentang awak" luah Angeline pula.

Tangan Angeline di kucup lembut. Dia betul betul sayang akan gadis itu. Nyawa dia , bidadari dia , Carlene Angeline.

"Jom siap , kita keluar" ajak Adlos. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.








Adlos membawa Angeline ke pusat membeli belah di bandar Italy. Mall itu juga milik syarikat Lewis's.

Angeline menelan air liurnya , dia tidak pernah pergi ke tempat sebegini. Tangan Adlos di pegang erat.

"Abang , saya takut"

"Kenapa?"

"Saya tak pernah datang tempat macam ni" ucap Angeline.

"It's okay , saya ada. Hari ini kita dating , jangan risau okey?" Pujuk Adlos. Angeline tersenyum manis.

Mereka mula masuk ke dalam mall yang gah itu. Pekerja pekerja di situ mula tunduk hormat apabila dia dan Adlos berjalan ke dalam.

"Abang , saya nak beli plushie?" Soal Angeline.

"Anything for you" ucap Adlos sambil tersenyum manis kepada isterinya.

Angeline perasan yang orang di sekeliling pula yang bagaikan hendak pengsan. Angeline menjeling mereka , Adlos pula hanya ketawa.

"benvenuto nel nostro negozio (selamat datang ke kedai kami)" pelayan itu menunduk hormat.

Angeline menarik tangan Adlos ke arah rak plushie yang banyak. Rambang mata Angeline di buat nya.

Sedang Angeline memilih plushie yang comel , Adloa mengambil kesempatan yang berharga untuk mengambil gambar isterinya.

Adlos tersenyum , dia mengupload gambar itu ke dalam account Instagram nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Adlos tersenyum , dia mengupload gambar itu ke dalam account Instagram nya.

Sebelum ini , dia hanya post tentang kerja , kawan-kawan dan keluarga Lewis. Tidak pernah dia post tentang isterinya , Angeline.

Tetapi sekarang dia nak semua orang tahu bahawa Angeline adalah isterinya , nyawanya. Sehingga ke akhir hayat Adlos Lewis.











Nial membuka daun pintu dengan kuat. Austin , Eric , Nate dan Arfi yang sedang berbincang tentang kerja mereka sangat terkejut.

"Kau ni , aku baru tukar pintu tau!" Jerit Austin tidak berpuas hati. Dia baru sahaja tukar pintu , itu pun sebab Nial juga.

"Ah , I don't care! Adlos pergi mall tak ajak kita pun" ucap Nial sayu. Eric mengerutkan dahinya.

"Kau dah kenapa? Biarlah dia luangkan masa dengan bini dia. Kalau kau bini dia lainlah" ucap Eric.

"Kita dah lama tak pergi jalan jalan. Asyik kerja je" rungut Nial , dia berdiri di sebelah.

"Kerja kau pun tak buat! Ada hati nak pergi jalan jalan" perli Austin. Nate pula sudah ketawa. Arfi menggelengkan kepalanya.

"Weekend ni kita pergi lah. Sekarang pergi buat kerja kau" ucap Arfi kepada Nial yang sedang memuncungkan mulutnya.

"Janji?" Soal Nial lalu menaikkan jari kelingkingnya kepada Arfi. Arfi tersenyum , jari mereka bersambung.

"Janji"

Nial mengangguk , dia berjalan ke luar dari bilik pejabat Austin. Arfi menghembuskan nafasnya lalu menggosok lembut dada.

"Jadi prestasi LeFood okey?" Soal Arfi , dia mulakan kembali soalan dia kepada Nate.

"Tak , kita baru terima beberapa aduan yang service dah start slow , yang ambil order pun selalu salah," ucap Nate dalam nada kecewa.

"Kita memang kena cari pekerja baru lah. Aku dah penat dengan LeFood ni , bahagian lain okey je" ucap Austin sambil mengurut pelipis kepalanya.

"Setuju. Teruk sangat LeFood ni , kalau Adlos tahu mahu mengamuk dia" ucap Eric pula.

"Macam ni lah , nanti kita bincang dengan Adlos apa yang patut kita buat nanti" Austin , Eric dan Nate mengangguk.

Austin dan Arfi terpaksa masuk campur dengan bahagian LeFood kerana tidak cukup tangan.

Jika ada Adlos mungkin perkara boleh di selesaikan dengan secepat mungkin.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now