Kritikal

1.7K 190 167
                                    

Kembali di Stesen TAPOPS,semua doktor pakar TAPOPS tengah berusaha sedaya upaya mereka untuk selamatkan BoBoiBoy. Tok Kasa telahpun dirawat dan dipindahkan ke wad biasa.

Dah dua jam sejak BoBoiBoy dimasukkan diwad ICU dan masih tiada tanda-tanda untuk doktor keluar.

Geng Kokotiam masih lagi setia menunggu diluar bersama dengan Komander Kokoci dan Laksamana Tarung. Tok Aba yang balik Bumi lepas belasah diaorang pun dah dimaklumkan. Sekarang tengah tunggu Ochobot untuk cas tenaga untuk jemput Tok Aba kembali semula.

(A/N:Masa Bumi dan galaxy lain-lain just a remainder)

Fang:*sigh* Ada apa-apa maklum balas dari Planet Synee?

Yaya: Belum. Mereka masih tak jawab panggilan kecemasan kita.

Ying: Cis! Apa yang Solar tu sibuk sangat sampai tak boleh berhenti sekejap untuk jumpa BoBoiBoy?

Gopal: Entahnya! Dahlah dia satu-satunya Elemental BoBoiBoy yang tinggal!

Yaya: Eh,janganlah buruk sangka macam tu! Mungkin dia masih belum terima mesej kecemasan kita.

Ying:*sigh* Apa agaknya perasaan dia bila dapat tahu yang Gempa dah tak ada..?

Mereka semua senyap memikirkannya.

Macam mana kalau Solar pula yang hilang kawalan?

Dan siapa yang dah rampas Gempa?

Tak lama selepas itu,seorang doktor keluar dari wad ICU. Mereka semua terus bangun.

K.Kokoci: Bagaimana dengan keadaan BoBoiBoy sekarang?

Doktor itu mengeluh kecil.

Doktor: Apa saja yang dah menikam dia,ada racun sekali didalamnya. Racun yang sama kami jumpa pada Hangkasa. Tapi Hangkasa cuma tergores sedikit dengan racun tu. BoBoiBoy pula...

Doktor tu pun tak sampai hati nak cakap.

L.Tarung: Apa status dia sekarang? Boleh sembuhkan dia?

(A/N: For the sake of being dramatic let just say that Healthbot tak wujud uwu)

Doktor: Senjata tu tembus badan dia,organ dalaman pada bahagian abdomen dia cedera teruk,lagi-lagi ditambah racun tu. Tambahan lagi,dia kehilangan darah yang banyak. Kalau kita tak buat pindahan darah sekarang,BoBoiBoy tak akan selamat.

Fang:*ramas kepala kasar* Tak ada berita baik ke daripada semua ni?!

Doktor: Kami dah buang semua racun dari badan dia. Tulang belakang dia tak terkena senjata tu jadi risiko untuk lumpuh tu tak ada. Kalau berita ni cukup baik bagi kamu.

Ha,itu sajalah berita baiknya.

Fang: Kita tak boleh biar Tok Aba yang buat pindahan darah. Dia dah berusia. Kita kena cari orang lain.

Gopal: Hah! Mak ayah dia!

Fang: Eish! Mak ayah dia kan duta? Mana nak jumpa kalau kita sendiri pun tak kenal!

K.Kokoci: Itu kamu semua tak perlu risau. Kami tahu orangnya.

Gopal: Tak payah risau Komander kata?! Kawan kitaorang tengah bertarung nyawa dalam wad tu!

Ying: Yalor! Dengan sekarang pun Gempa dah hilang diambil musuh! Macam mana kitaorang boleh bertenang meh?!

Fang: Ini semua tak kan jadi kalau penguasa Elemental yang lama tu tak datang menyibuk rampas Elemental daripada BoBoiBoy!

Laksamana dengan Komander hanya mendiamkan diri. Mereka tahu sebahagian daripada semua ni adalah salah mereka.

L.Tarung: *sigh* Bawa bertenang semua. Kami akan ceritakan semuanya..okay?

Trauma (BoBoiBoy)Where stories live. Discover now