D' 40

3.6K 222 18
                                    

Nick dan Alex duduk di sofa. Alex pula sedang memegang rotannya. Dia dah beli rotan baru , edisi terhad ya!

Nate pula hanya tenang di sofa menghadap dua lelaki tua itu. Mereka semua sedang bersembang-sembang.

"Uncle , saya nak memperisterikan Aria" ucap Nate. Daripada keadaan yang bising tadi terus menjadi diam. Sunyi , keadaan mereka sunyi.

Nial memandang adik kembarnya. Ternganga mulut Eric , Austin , Arfi dan Adlos. Aria pula sudah terduduk di atas kerusi.

Alex memandang Nick di sebelahnya.

"Bagi 10 sebab kenapa kau nak kahwin dengan anak aku!" Ucap Alex sambil mengetuk rotan ke atas meja.

Nick menggelengkan kepalanya perlahan-lahan kepada Nate yang sedang terdiam.

"Jangan Nate!" Bisik Nick kepada anak lelakinya. Nate hanya memandang kosong Nick yang sedang berbisik kepadanya.

"Cepat!" Ucap Alex.

" Satu , saya cinta kan dia. Dua , dia Aria. Tiga , saya suka dia. Empat , dia baik. Lima , saya yakin dia jodoh saya. Enam , Aria-"

"Cukup! Cukup" ucap Alex. Dia pula yang penat apabila melihat Nate yang sedang memberikan sebab kenapa dia mahu memperisterikan Aria.

Nate diam. Dia mengikut kata Alex. Alex mengusap lembut dadanya lalu memandang Anis.

"Darling! Awak dengar tak?" Soal Alex. Anis mengangguk.

"Auntie okey je! Auntie lagi suka Nate jadi menantu auntie" ucap Anis , dia duduk di sebelah suaminya , Alex.

Nick sudah mengerutkan dahinya. Dia memandang pula Fira yang hanya mendengar.

"Dear!" Panggil Nick sambil memuncungkan mulutnya. Fira tersenyum.

"Nate , mama okey je. Mama yakin dengan keputusan anak mama" Fira memeluk lengan suaminya Nick.

Nate mengangguk puas. Perlahan lahan matanya memandang Aria yang sudah memerah.

"Aria? Setuju?" Soal Nate. Aria mengangguk perlahan sambil tersenyum.

"Setuju" ucap Aria.

Mereka semua tersenyum gembira. Tak lama lagi boleh merasa nasi minyak gais!

"No!" Ucap Nick dan Alex serentak.

"Aku tak nak jadi besan dia ni!" Tunjuk Nick kepada Alex. Apalah nasib dia , abang iparnya Adrian , besannya pula Alex! Alex juga sudah terbangun dari duduknya.

"Kau ingat aku nak lah?!" Ucap Alex pula. Tidak berpuas hati.

"Adrian , Tengok Alex!"

"Aik? Aku pula?" Adrian hanya buat tidak tahu. Fairuz dan Elvian pula sudah ketawa melihat gelagat Nick dan Alex yang sedang bertekak sesama mereka.

"Saya pula nak memperisterikan Adria Hani"

Terbuntang mata Adria mendengar suara itu. Adrian pula sudah terbatuk batuk kerana tersedak air sirap.

Elvian mengusap usap belakang Adrian.

"Wow..." Ucap Adlos , seperti tidak percaya dengan keberanian Arfi.

"Boleh kan? Uncle Ad , auntie Hana?" Arfi memandang gadis yang berada tidak jauh darinya.

"Adria..."

"Auntie setuju je Arfi , kan abang?" Soal Hana kepada suaminya.

"Uncle okey. I trust you" ucap Adrian sambil tersenyum manis.

Adria hanya diam tidak berkutik. Dia teringat akan kata kata Angeline beberapa hari yang lepas.

"Kak kena lupakan Miza. He's not here anymore , Arfi is here for you. Dia baik , you deserve someone like him kak Adria. Angeline setuju sangat kalau kak Adria bukakan hati untuk Arfi"

"Adria?" Panggil Hana. Adria tersentak dari lamunannya , dia memandang Angeline. Angeline tersenyum lalu mengangguk perlahan.

"Setuju" ucap Adria perlahan.

Senyuman terus terukir di bibir jejaka itu. Adria mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia malu sebenarnya.

"Yey! Kita nak dapat menantu sayang!" Jerit Fairuz sambil memeluk Rachel.

"Ye , awak" ucap Rachel. Muka sudah membahang dengan perangai Fairuz yang sedang terlompat lompat.

Nick mencapai tangan Alex , Adrian dan Fairuz. Mereka berempat melompat bersama sama di tengah tengah ruang tamu itu.

Ternganga Ahli D'gertios di buatnya.

"Perangai bapak kita memang macam ni ke?" Soal Austin kepada mereka yang lain.

"Tak kenal lah siapa tu" ucap Nial. Nate , Eric dan Adlos pula sudah mengalihkan pandangan mereka. Malu betul.

Isteri-isteri sudah tergelak dengan perangai mereka. Elvian hanya menggelengkan kepalanya. Dia ingin berjalan keluar dari situ , tetapi malangya tangan kiri dia ditarik.

"Kau nak pergi mana?" Soal Nick. Mereka sambung melompat lompat bersama sama. Elvian pula hanya redho dan turut join mereka.

"Tahniah Hana , Rachel , Anis , Fira" ucap Najwa sambil tersenyum. Mereka semua mengucap kan terima kasih kepada Najwa.

Sedang bersembang dengan Erina dan Aria , Adria terasa seperti ada orang di belakangnya. Dia memandang jejaka itu.

"Adria" panggil Arfi.

Mereka berjalan ke arah luar. Arfi menyelukkan tangan ke dalam poket seluar.

"Terima kasih sebab terima saya" ucap Arfi.

"Sama-sama" ucap Adria sambil tersenyum manis. Dia terus berjalan kembali masuk ke dalam.

Arfi memegang dadanya. Jantungnya sedang berdegup kencang!

"Tahniah Arfi!" Ucap Adlos kepada bakal abang iparnya. Adlos rasa sangat bersyukur kerana Adria memilih Arfi pada akhirnya.

"Terima kasih Adlos"

"Nate! Kau jadi adik ipar aku lah lepasni!" Ucap Austin gembira. Nate tersenyum.

"Huh! Lepastu kau nak tinggal aku" ucap Nial pula. Nate dan Austin mengerutkan dahi mereka.

"Kau dah kenapa?" Soal Nate kepada abangnya.

"Nanti kau tinggal aku" ucap Nial sekali lagi

"Kahwin je , bukannya pergi mampos" ucap Eric dengan selamba. Adlos , Austin , Nate dan Arfi sudah ketawa dengan kata kata Eric.

Nial menjeling Eric.

"Tunggu kau , aku ambil Erina pula" bisik Nial.

"Apa?" Eric bertanya. Dia terdengar Nial berbisik tetapi tidak jelas pula.

"Tak ada apa"

〰〰

Hello! Terima kasih baca dan support D'gertios. Jangan lupa vote ye.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now