6 ɞ

16 4 0
                                    

•••

"Ish, kenapa Ina ni dari tadi tak angkat call? Habis kredit aku", ujar Paulo yang dari tadi tidak henti-henti menelefon Ina.

Namun hampa. Katanya telefon Ina dimatikan.

"dia tengah beructi lah tu. Awak tak payah la risau. How about kita baring dan chill je  atas katil? Nanti dia call lah tu sayang. Sini eh?", Kata James dengan nada menggoda.

Sangkalnya Paulo akan tergoda dengan godaannya. Namun tidak, Paulo sedikit pun tidak tergoda. Malah dia mula mendail nombor Ina lagi. Dia amat risau akan Ina. Tidak pernah panggilannya tidak diangkat. 

Macam mana kalau sesuatu yang buruk jadi dekat Ina? Ina kena culik ke? Paulo overthinking sambil menggigit hujung jarinya. 

James mendengus geram. Perhatian Paulo tidak langsung diberikan kepada dirinya. Dari tadi asyik cakap pasal Ina sahaja. Meluat pula telinga mendengarnya.

"Babe!", Panggil James dalam nada geram.

"Apa dia?", Kata Paulo acuh tak acuh sahaja dengan panggilannya. Masih melekat dengan telefon pintarnya. 

James sudah naik geram. Telinganya sudah keluar api.

"Ish, you ni! Dari tadi tak habis-habis . Ina , Ina, Ina! Saya  ni apa?! Tunggul dekat sini? Apa masalah awak ni, Paulo?!", Lantang James menghambur marahnya kepada Paulo. 

"Kau ni dah kenapa? Tinggi suara ni dah kenapa? Ina tu kan kawan aku ", Kata Paulo menegur sikap James yang cemburu tak tentu pasal.

"Tak!  Sedar tak korang berdua, bukan macam kawan biasa! Bila makan kadang-kadang suap menyuap macam couple. THAT'S NOT OKAY FOR ME PAULO!", kata James seperti hilang akal.

Berkerut dahi Paulo. Tidak mengerti apa yang dikatakan oleh James. 

"Apa yang kau  cakap ni James?", Kata Paulo pelik dengan James.

"Awak tu boyfriend saya, Paulo. Bukan perempuan tu.  Kalaulah saya tahu lah awak masih macam ni, tak payah susah-susah  maki hamun perempuan tu haritu", luah James tanpa dia sedar. Membulat mata Paulo. Terus dia pantas menghampiri James.

"apa kau  cakap tadi? Ulang sekali lagi", kata Paulo memerlukan kepastian dengan kata-kata James.

"Malas lah cakap dengan you. Pekak je memanjang", James menarik muka.

Paulo menarik tangan James kasar. "Kau cakap apa tadi?", Rahang Paulo bergerak-gerak tanda dia sedang marah. James menelan air liur. Ini lah kali pertama dia melihat Paulo begitu marah dengannya. 

"haritu saya jumpa dia supaya dia jangan kacau awak dah sebab saya tahu dia cuba nak ambik awak dari saya, sayang ", kata James terang dan cuba meraih tangan Paulo namun ditepis Paulo kasar.


"shut the fck up!", Tengking Paulo. James menggigit bibir. Tersentak dengan tengkingan Paulo.

"Ina tu best friend aku, James. She's the only one I had and I need in this world", kata Paulo mengeluh berat. 

"Habis tu saya? Awak dah tak perlukan saya  ke, Paulo?", Kata James sekali lagi ingin meraih tangan Paulo namun gagal. Paulo berasa jijik untuk melihat muka James pada ketika itu. 

Dia membelakangi James. Takut dia mungkin menumbuk James. 

"yeah,pada mulanya aku memang  rasa aku perlukan kau dalam hidup . Aku sayang kau dan percayakan kau, James . Tapi kau sendiri tak percayakan aku . Aku rasa kita tak boleh teruskan. Aku sayang Ina lagi daripada kau. She's my whole world .  Let's just end it here. Kau pun tak payah  overthinking lagi pasal aku dengan Ina", kata Paulo dalam nada kecewa mengemaskan barang-barangnya ke dalam bagasinya. 

Gambar mereka berdua di dalam bingkai gambar ditatap dengan hati yang pedih. Ditolak bingkai itu ke James. 

"Kau simpan lah", kata Paulo dingin. 

"Paulo.. Paulo! No! Jangan tinggalkan saya! Paulooo!", Jerit James apabila Paulo mula meninggalkan rumahnya.

James meraung apabila Paulo meninggalkannya. Bagaimana dia ingin hidup sekiranya Paulo tiada dengannya?

"Don't.. leave me..Paulo", rintih James terduduk di hadapan pintu rumahnya. 

•••

Jadi, Ina melarikan diri darinya. Kerana James menghina dan memberi amaran agar tidak berjumpa dengannya lagi.

Air mata Paulo dari tadi tidak henti-henti mengalir. Seakan-akan dia telah hilang sesuatu yang amat berharga. Bukan duit atau emas mahupun perak namun dia hilang Ina. Teman pertamanya yang sentiasa menyokonginya dalam apa jua keadaan. 

Ina merupakan seorang yang amat dia hargai kerana Ina lah yang mengajarnya untuk menghargai dan mencintai diri sendiri semasa dia sendiri keliru dengan dirinya.

Namun sekarang Ina sudah tiada. Pergi meninggalkannya tanpa sebarang notis ataupun kata lalu menghilang seperti angin.

Paulo berhenti di hadapan rumah agam keluarga Ina.

Loceng pintu ditekan banyak kali. Namun masih tiada sahutan.

"Ina..", panggil Paulo dalam nada sedih. Dia terduduk di hadapan pagar itu. 

"Young man!", panggil wanita tua yang tinggal berhadapan rumah. Paulo menoleh lalu berdiri. Matanya yang sembap akibat menangis itu dilap kasar. 

Wanita itu mempelawanya masuk ke dalam rumah. Lalu dihidangkan teh panas dan beberapa kudapan untuk Paulo. Paulo menghirup teh panas itu. 

" Kenapa kamu ke rumah tu?", tanya wanita itu, namanya Flora yang berusia lewat 60an. 

Paulo  meletakkan cawan di atas meja  dan mengetap bibirnya. "Kamu kenal Ina?", tanya Flora bersama senyuman manis. 

Mata Paulo meluas apabila terdengar nama Ina. "Nonna kenal Ina?", tanya Paulo. 

"Ina tu cucu nonna", balasnya dengan senyuman. Terbeliak mata milik Paulo. Inilah kali pertama berjumpa Nonna Ina yang selama ini diceritakan.

Tidak dia sangka Nonna duduk sebegitu dekat dengan mereka. 

"Saya kawan baik Ina. Nama saya Paulo", kata Paulo memperkenalkan dirinya. Nona hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Dorang semua balik Malaysia", kata Nonna. 

Paulo terkejut. Jadi, Ina betul-betul hilang dalam hidupnya? Sungguh, pada ketika itu dia ingin memeluk tubuh Ina. 

"Ina ada bagitahu tak dia balik bila, Nonna?", tanya Paulo berharap. Mungkin dia akan balik tidak lama lagi?

"Tak tahu lah. Ina cuma cakap mungkin dia akan terus tinggal di sana", balas Nonna. 

Paulo merasakan dunia seakan-akan runtuh di sekelilingnya. Nampaknya, dia tidak berpeluang untuk berjumpa Ina lagi. Lututnya berasa lemah. 

Paulo meminta diri untuk pulang setelah berbual bersama Nonna Ina. Paulo pulang ke rumahnya dengan hati yang berat. Kelam dunianya apabila tiada kehadiran Ina walaupun hanya seketika. Inikan dia perlu menghadap mungkin untuk selama-lamanya?

YOU ENLIGHTEN MEWhere stories live. Discover now