D' 41

3.6K 212 10
                                    

Nate memegang dadanya. Jantungnya sekarang rasa seperti hendak tercabut sahaja. Manik manik peluh pula sudah membasahi dahi dia.

"Rilex" ucap Arfi untuk menenangkan Nate. Nate mengangguk perlahan.

"Boleh kita mula sekarang?" Soal tok kadi yang berada di hadapan Nate. Mereka semua menganggukkan kepala.

Sesekali Nate pandang sekilas Aria yang sedang duduk di atas pelamin. Cantik sungguh bidadari ku.

"Nate Ethan bin Nick Ethan"

"Saya"

"Aku nikahkan engkau dengan Aria Kaira binti Alex Kai dengan mas kahwin sebanyak RM50,000 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Aria Kaira binti Alex Kai dengan mas kahwin sebanyak RM50,000 ringgit tunai"

Beralih pula kepada pengantin lelaki yang berada di sebelah Nate.

"Arfi Aaden bin Fairuz Aiden"

"Saya"

"Aku nikah kan engkau dengan Adria Hani binti Adrian Lewis dengan mas kahwinnya RM10,000 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Adria Hani binti Adrian Lewis dengan mas kahwinnya RM10,000 ringgit tunai"

Beralih lagi pula kepada pengantin lelaki yang lagi satu. Tok kadi berdehem kecil.

"Nial Ethan bin Nick Ethan"

"Saya!"

"Uish semangat betul" ucap tok kadi perlahan.

"Aku nikahkan engkau dengan Erina Audrey binti Elvian Henry dengan mas kahwinnya RM100,000 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Erina Audrey binti Elvian Henry dengan mas kahwin sebanyak RM100,000 ringgit tunai"

"Sah semua?"

"Sah!" Ucap mereka yang berada di dalam masjid itu. Dan ofcourse yang paling semangat ialah Austin , Nick dan Alex.

Alhamdulillah , dengan sekali lafaz maka terikatlah sebuah ikatan yang halal dan bergelar suami isteri.

Masing masing menadahkan tangan membaca doa terlebih dahulu yang di bacakan oleh tok kadi.

Hana memeluk Rachel. Dia sangat lah bersyukur kerana mendapat Arfi sebagai menantunya.

"Anak kau dua dua dah kahwin lah" ucap Fairuz kepada Nick yang sedang mengambil gambar mereka.

"Alhamdulillah" ucap Nick sambil tersenyum manis.

Najwa memeluk anak perempuannya dengan kuat sekali. Erina pula sudah tersendu sendan menangis.

Aria sudah ketawa dengan gelagat Erina , siapa sangka Erina berjodoh dengan Nial!

Eric dan Austin hanya melihat pasangan pengantin itu menyarungkan cincin ke dalam jari isteri.

"Kita bila lagi?" Soal Austin. Eric hanya mengjongjetkan bahunya , dia juga mahu kahwin. Mereka berdua berjalan ke arah Nial , Nate dan Arfi.

"Tahniah bro!" Ucap Eric sambil tersenyum kepada mereka bertiga.

"Sama sama abang ipar ku!" Ucap Nial pula dengan penuh semangat di dalam diri. Dia sudah bersedia hendak menjadi adik ipar Eric!

Eric menjengilkan matanya ke Nial.

"Tahniah , dah taken dah" kata Adlos pula kepada Arfi. Arfi tersenyum gembira. "Alhamdulillah"

"Nate! Jaga adik aku baik-baik. Kalau tidak aku bunuh kau" ucap Austin sambil mengecilkan sedikit matanya.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now