BAB 25 | DENDAM CINTA 2

6.1K 585 250
                                    

     MASUK kali ini sudah tiga kali Marissa ulang alik ke bilik air. Perutnya terasa sebu dan tekak terasa amat loya. Segala isi perut dikeluarkan, menyebabkan tubuhnya mula lemah tidak bermaya. Wajah pula pucat tidak berseri.

"Sayang, kita pergi klinik ya? Dah banyak kali sayang muntah ni. Abang risaulah." Berkerut-kerut dahi Harraz. Belakang tubuh milik si isteri diurut lembut. Riak kerisauan jelas terpancar tanpa dapat dia sembunyikan lagi. Hatinya berasa tidak enak melihat Marissa yang muntah-muntah sejak pagi tadi.

Marissa menggeleng lemah, menolak ajakan Harraz. Kepalanya berdenyut-denyut. Rasa macam nak tumbang pun ada. Badan terasa tidak sedap dan panas. Jarang-jarang dia demam.

"Tak nak. Ris nak rehat dekat rumah je. Badan rasa tak sedap pula," tolaknya mentah-mentah. Mulut dikumur sebelum dia melangkah perlahan menuju ke katil. Dia perlukan rehat. Matanya terasa berat, seolah minta dipejam rapat. Cecah saja punggung di atas katil, Marissa terus tarik selimut. Kepala yang terasa berat dipicit separa kuat.

Menggeleng kegeraman Harraz dibuatnya. Satu perangai Marissa, wanita itu akan automatik jadi keras kepala jika perkataan klinik disebut. Pujuk macam mana sekalipun, Marissa akan berdegil tidak mahu ke klinik. Entah apalah yang ditakutkan dengan namanya klinik atau hospital itu.

"That's why abang ajak sayang ke klinik. Kalau teruk sangat, kita pergi hospital." Harraz ambil tempat di sisi isterinya. Tangan wanita itu dijatuhkan lalu perlahan-lahan jemari kekarnya memijat dahi si isteri. Terpejam-pejam mata Marissa menikmati urutan si suami. Kepala mula rasa ringan sedikit.

"Sayang demam ni." Harraz lekapkan tapak tangannya di dahi Marissa. Makin risau dibuatnya apabila gelengan kecil yang diterima. Degil!

"Sayang..."

"Tak nak. Saya nak tidur. Awak janganlah kacau saya." Tangan Harraz ditepis lemah. Bukan niat nak menghalau, tapi dia tak mahu lelaki itu terlampau risau akan dirinya. Apa yang Marissa mahukan sekarang inilah adalah rehat yang secukupnya. Mata dia dah tak boleh nak buka dek terlalu mengantuk dan letih. Namun begitu, mulutnya masih bergumam kecil.

"Okey, kalau tak nak pergi klinik pun, at least makanlah ubat. Ni abang ada buat bubur. Sayang makanlah sikit, lepastu makan ubat. Then, sayang rehatlah." Harraz ambil semangkuk bubur di atas meja kecil bersebelahan katil. Lengan wanita itu disentuh lalu digerakkan lembut. Mengejut Marissa untuk bangun dan menjamah sedikit makanan.

"Hurm..." Mahu tak mahu, Marissa gagahkan juga membuka mata. Kasihan pula dia melihat Harraz yang bersungguh-sungguh menjaganya.

"Aaaa..."

Terlepas tawa kecil dari celah bibir Marissa. Dia menggeleng seraya membuka mulut menerima suapan daripada Harraz. Gaya dah macam budak-budak Harraz melayannya. Entah kenapa, saat itu juga muncul bayangan Adam dalam kepala. Beginilah Adam melayaninya ketika dia jatuh sakit. Diberikan sepenuh perhatian kepada Marissa.

Agak lama juga Marissa tidak bertemu dengan Adam. Sibuk sangatkah lelaki itu? Selalunya, sibuk macam mana pun Adam, lelaki itu tetap akan menjenguknya. Tidak pun, Adam akan bertanyakan khabar melalui whatsapp. Tapi sekarang lelaki itu seakan senyap dan hilang dari radar. Tak pernah Adam berkelakuan seperti ini. Marissa perasan sejak dia dan Harraz mula 'berbaik', Adam turut menjauhkan diri. Dalam diam Marissa mengeluh. Tidak tahu mengapa, dia... rindukan lelaki itu.

"Termenung pula dia," tegur Harraz lalu mencuit puncak hidung Marissa.

Kelat senyuman yang dilemparkan. Perutnya mula bergelodak lagi. Sudu ditolak lembut seraya kepala digelengkan. Mata terpejam, menahan mual.

"Saya dah kenyang." Air suam diteguk bagi menghilangkan rasa loya. Tapi makin mahu muntah pula dibuatnya. 

"Baru sesudu sayang makan. Takkan dah..."

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now