BAB 26 | DENDAM CINTA 2

5.4K 634 254
                                    

     TANGAN ditadah dan doa dibaca penuh khusyuk. Sesekali, esakan kecil daripada wanita itu menampar peluput telinga. Halus, namun penuh kepiluan. Irfan meraup wajah lalu tubuhnya dipusingkan menghadap Natalia yang tertunduk.

"Kenapa you menangis ni?" Jemari menyulam lembut kekura wanita itu. Dagu Natalia diangkat, memudahkan dia untuk menentang mata si isteri.

Natalia menggeleng. Pun begitu, dia masih teresak kecil. Habis basah telekungnya dengan sisa air mata. Hatinya benar-benar diruntun sebak.

Irfan melutut di hadapan Natalia. Kerusi roda wanita itu ditarik merapatinya. Kemudian, jemarinya menyeka cecair hangat yang tidak berhenti mengalir membasahi pipi si isteri. Dia yakin, pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan hati Natalia.

"Tell me, apa yang you tengah fikirkan sekarang?" Renungannya masih terpasak pada wajah bujur sirih itu. Tertanya-tanya juga Irfan apa yang membuatkan Natalia sedih sampai menangis begini? Setiap kali selepas solat, pasti wanita itu akan teresak sendiri.

"I... I..."

"I cuma rasa terkilan dengan dosa-dosa yang I buat selama ni. I aniaya orang. I berzina, I duakan suami I. I fitnah Marissa sampai Harraz benci dia. I runtuhkan rumah tangga diaorang demi kepentingan diri I sendiri. I rasa berdosa sangat-sangat. Rasa tak tertanggung dosa-dosa yang I dah buat. I manusia jijik, Irfan. I perempuan kotor. Nak ke Tuhan ampunkan semua dosa I ni?" Makin kuat esakan Natalia. Telekungnya diramas-ramas kasar.

Setiap malam, Natalia pasti akan termimpi-mimpi semua dosanya. Ibarat khilafnya dulu menghantui hidupnya sekarang. Dan setiap kali selepas solat, mesti dia akan teresak di tikar sejadah. Menangis dan meratap atas semua dosa-dosanya, meminta keampunan dari yang Maha Esa.

Mahukah Tuhan mengampuni segala khilafnya?

Sering kali, itulah persoalan yang selalu bermain di ruang minda. Jika dikenangkan balik khilafnya dulu, Natalia terasa amat jijik dengan diri sendiri. Dia rasakan dirinya terlalu kejam kerana sanggup meruntuhkan masjid orang lain. Tambahan pula, dia rela menggadaikan maruahnya demi kepentingan diri sendiri. Sanggup menjual tubuh hanya kerana seorang lelaki.

Yang paling dia kesali adalah dosanya terhadap Marissa dan Harraz. Kerana dia, hubungan suami isteri itu retak. Saat itu, segala dosanya kepada Marissa tiba-tiba terlayar di depan mata.

Menyakiti hati wanita itu.

Merampas sang suami dan kebahagian Marissa.

Memfitnah.

Satu sahaja Natalia tak pernah buat terhadap Marissa.

Membunuh.

Namun, dosanya tetap banyak. Tak terzahir dari lidah, tak tergambar dari mata.

"I banyak dosa dengan Marissa." Terhinggut-hinggut bahu Natalia. Pehanya dipukul-pukul, melepaskan perasaan yang terbuku kemas di sukma.

Tidak betah melihat isterinya meraung begitu, Irfan menarik Natalia ke dalam pelukan. Belakang tubuh sang isteri diusap perlahan.

"Kenapa I tak mati je masa kemalangan tu? Kenapa I perlu hidup untuk tanggung rasa berdosa ni? I manusia kejam! I perempuan hina! Sepatutnya Tuhan ambil je nyawa I. I tak mampu hidup dalam keadaan macam ni. I tak kuat... I lemah!" Makin kuat esakannya, diselangi embun hangat yang mengalir laju tanpa segan-silu ke lekuk pipinya.

Kau terlalu hina, Natalia. Layakkah kau mendapat keampunan dari Tuhan?

"Shh... Tak baik you cakap macam tu, Talia. You kena percaya pada Qada dan Qadar. Kalau kita tak kemalangan masa tu, mesti kita takkan berubah kan? Hati kita takkan terdetik untuk bertaubat. Apa yang jadi pada kita ada hikmahnya, sayang. You kena percaya semua tu." Irfan lekas memujuk. Tak senang hatinya melihat Natalia begini.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now