BAB 29 | DENDAM CINTA 2

5K 423 63
                                    

"ANAK-ANAK Ris dah tak ada, sayang..."

"Mulai dari hari ni, Marissa Jasmine binti Malik, aku ceraikan kau dengan talak satu."

Marissa atur langkah memasuki kawasan tanah perkuburan Islam tersebut. Tubuhnya seakan longlai, air mata kian mengering di kulit wajah. Dari tadi hanya bait-bait ayat itu saja yang menerjah ke otak. Langsung tak terpadam dari ingatan.

Cukup menyakitkan.

Sangat menyesakkan.

Keluhan demi keluhan terbit dari celah bibir. Marissa betulkan selendang hitam yang hampir melorot jatuh. Sehingga tiba di sebuah pusara, wanita itu menghentikan langkahnya. Nama yang diukir pada batu nisan itu dipandang tanpa jemu.

Orkid Dhialisa.

"Aku datang ni, Lisa." Marissa hampar tikar yang dibawanya. Mata terpejam sesaat tatkala sebak mula menghuni dada. Pejam celik pejam celik, sudah genap dua tahun Orkid Dhialisa pergi meninggalkannya.

Meskipun sudah dua tahun Marissa hidup tanpa Lisa di sisi, namun kehadiran Lisa masih terasa di setiap denyut nadi Marissa. Dan selama-lamanya Orkid Dhialisa akan hidup di dalam ingatannya.

"Aku janji takkan tinggalkan kau, Ris."

"Kau dengan aku akan tetap bersama sampai bila-bila."

"Kau kawan aku dunia akhirat, Marissa. Aku sayang kau sangat-sangat!"

Marissa kemam rapat bibirnya. Ibarat pita rakaman rosak, suara Lisa begitu segar di peluput telinga. Seolah-olah Lisa baru saja menutur ayat itu semalam. Terbayang raut wajah wanita itu. Senyumannya, gelak tawanya, pelukannya dan segala-galanya tentang Orkid Dhialisa.

Marissa tak tahu apa yang patut dia rasakan sekarang ini. Perasaan sedih seakan tidak pernah diusir pergi. Tiap-tiap kali dia menziarahi kubur arwah Lisa, pasti akan terimbas semula setiap memori diantara mereka.

Pahit.

Mahupun manis.

Semuanya masih melekat.

"Semua ni salah aku, Lisa." Marissa berjeda. Tangan lincah mencabut rumput-rumput halus di sekeliling pusara arwah.

"Kalau tak kerana aku, perkara ni takkan jadi, kan?" Makin hanyut dibuai emosi, Marissa menarik nafas dalam-dalam. Mata terpejam rapat, sekali gus menolak air mata yang bertakung.

"Kalau aku tak ikutkan sangat kata hati aku masa tu, aku dengan Harraz takkan kenal. Sebab dendam, aku pertaruhkan masa depan aku dalam hidup dia. Aku ingat dia yang bunuh kau. Rupanya aku silap. Harraz langsung tak bersalah. Tapi sebab aku dah terlanjur masuk dalam hidup dia, aku tak dapat lari lagi. Semua ni silap aku kan, Lisa? Aku degil tak nak dengar cakap Aini, mama dan papa. Aku terlalu ikutkan sangat perasaan marah tu." Hela nafas, nampak yang Marissa betul-betul kesal dengan sikapnya dulu.

Mungkin betul, jika dia tidak membuat keputusan untuk masuk dalam hidup Harraz, Marissa dan lelaki itu tidak akan mengenali antara satu sama lain. Rasa cinta itu juga tidak akan wujud. Bahkan mereka takkan berkahwin. Dan Marissa tak akan kehilangan anak-anaknya mahupun menempuh liku-liku perjalanan kehidupannya sekarang ini.

Dada disentuh. Pahit senyuman yang terukir.

"Aku ada breast cancer, Lisa. Aku tahu, kalau kau ada sekarang ni, mesti kau akan heret aku ke hospital dan paksa aku untuk buat pemedahan tu." Marissa ketawa kecil. Teringat ulah Lisa jika dapat tahu yang dia sakit. Cepat saja wanita itu membawanya ke klinik.

Tapi itu semua dulu. Sekarang Lisa dah tak ada untuk memaksanya lagi. Mengingatkan hal itu, serta merta hati dipagut rasa sayu. Dia rindukan Lisa.

"Tapi kau jangan risau. Aku akan tetap buat pemedahan tu. Dah sampai masanya aku fikirkan diri aku pula. Aku nak rehat, Lisa. Aku dah penat sangat-sangat." Air mata yang mengalir diseka. Marissa tenangkan diri dan menjujut nafas dalam-dalam. Pusara arwah Lisa dipandang buat sekian kali sebelum surah Yassin di dalam beg tangan dikeluarkan.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now