FINAL FT. RAYA

7 1 0
                                    

5 Syawal 1443H

Assalamualaikum gaisss, semua okay ke beraya tu? 

Aku mcm biasa la. Masih di negara piramid merayakan aidilfitri di sini. Tahun ke 5. How time flies. Yang paling special sekali bila dapat makan kuih raya kegemaran aku, kuih bangkit. Haa, gambar yang aku attach kat atas tu. Actually, aku suka kuih bangkit kelapa, tapi alang-alang dah namanya kuih bangkit even ada cheese pun aku makan je la. Nasib la bukan jenis memilih tapi terus ngap.

 Kalau dulu rasa macam lama nak tunggu tahun seterusnya. Tapi sekarang, sedar tak sedar nikmat waktu yang Allah beri, Allah tarik sedikit demi sedikit.

Rutin setiap tahun, keluarga di Malaysia akan memuat naik gambar di group Whatsapp. Hanya mampu menatap gambar tanpa jasad di sisi. Aku percaya suatu hari nanti, akan bertemu dan berkumpul semula seperti 6 tahun yang lepas. 

Rezeki tahun ini dapat beraya sebelum bermulanya peperiksaan akhir semester. Dapatlah merasa merewang bersama-sama dengan rakan taulan dan hadir open house ala ala di Malaysia.

Masih mencari mood untuk move on dari vibes raya ni memandangkan tarikh peperiksaan semakin menghampiri. Biasalah...bila nak start engine ni mulanya memang payah, bila dah masuk gear tu baru boleh cari rentak dan momentum. 

Sejujurnya tahun akhir ini sedikit sebanyak membuatkan perasaan aku bercampur-baur. Luar dari kebiasaan. Hakikatnya perjalanan mencapai segulung ijazah ini merupakan suatu permulaan kehidupan. 

Selepas ini bakal melalui fasa seterusnya. Fasa kehidupan sebenar di alam realiti. Mungkin kita dah terbiasa dengan suasana yang baik, dikelilingi kawan-kawan yang selalu mengingatkan di kala kita terleka dan lalai. Ya Allah, Kau kuatkanlah aku dalam menempuh kehidupan yang akan datang.

Okaylah, tak berhajat nak story panjang-panjang kalini tapi cukuplah untuk kau tau aku ada. Kalau aku dah takde, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah untuk aku tau. Satu lagi, jangan lupa doakan aku supaya dikurniakan kesihatan yang baik. Lately nie, kesihatan aku tak berapa nak baik since incident aku jatuh tangga bulan lepas.

Jumpa lagi kat next part!

𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Where stories live. Discover now