BABAD 46

57 11 0
                                    

Pertemuan Kaii dengan lelaki tua itu sama sekali tidak membuatkan suasana hatinya semakin baik malahan bertambah kusut kerana patah perkataan  yang langsung tidak difahaminya.Puas difikirkan namun tetap sahaja Kaii buntu.

Di Istana Teratai yakni kediaman rasmi para putera dan puteri kerajaan Darmenta,tidak ada sesiapa pun yang tidak mengetahui perihal keanehan sang puteri mahkota tetapi tidak ada pula yang berani mempersoalkannya.Bukan taraf mereka untuk berbuat demikian.

Seperti biasa,kemana-mana Kaii lebih senang mengenakan pakaian yang kebiasaannya dipakai oleh Putera Amadeus ataupun Putera Ardius.Tidak kekok mengikat rambutnya yang mulai panjang itu tinggi-tinggi dan menolak semua barang hiasan yang dihantarkan para dayang kepadanya.Aneh-aneh memang. Jika diajarkan menenun atau menyulam dia tidak perduli tetapi sebaliknya menutup wajah dengan kain lalu berpura-pura tidur.

Dan sejak beberapa hari kebelakangan ini,keras kepala minta ampun puteri mahkota itu semakin menjadi-jadi sehingga membuatkan dayang yang melayaninya bingung sendiri.Dia melakukan semuanya sendiri tanpa mahu dibantu.Bangunnya awal pagi.Mengemaskan kamar peraduannya dan mencari sarapan pagi di dapur istana membuatkan para tukang masak dan pembantu di situ termangu-mangu sendiri.

Dua tiga hari menunggui ketua jurumasak istana untuk memerhatikan bagaimana sarapan untuk Istana Barat dan Istana Putih disediakan dan pada hari berikutnya dia sendiri menyinsing lengan baju untuk menyediakan sarapan buat Raja Metheus dan Permaisuri Adhreya juga saudara kembarnya di Istana Teratai.Tidak cukup setakat itu,dia sendiri pula menghantarkannya walaupun para dayang istana sehingga berpeluh-peluh menegahnya daripada berbuat demikian.

Pagi itu juga.

Derap langkah tergesa-gesa dan diiringi oleh suara tegahan daripada dayang istana membuatkan Raja Metheus tertawa kecil.Walaupun jelas menyalahi etika istana tetapi jauh di dalam hatinya ada rasa senang yang menggebu-gebu.Dilayani sendiri oleh puteri tunggalnya setiap pagi.Apa lagi yang dapat dikatakannya?

Wajah pembantu khasnya yang mengap-mengap tidak tahu hendak mengatakan apa itu dipandangi sambil tersenyum dan hanya sekilas anggukan kepala,dia mengarahkan para dayang dan pembantunya untuk meninggalkan mereka berdua.

Besen perak berisi air hangat diletakkan Kaii ke atas lantai dan Raja Metheus hanya memerhatikan gelagat puterinya dengan senyuman yang mengembang.Jurai kelambu pada katil bertiang empat diikat ke tepi dan pantas pula Kaii mencapai langsir.Hanya sekali sentak,langsir sudah menyisih dan kamar peraduan diraja serta-merta dimasuki cahaya matahari.

" Selamat pagi,ayahnda.."

Kaii menyapa seraya tunduk hormat buat beberapa saat lalu menghulur  sapu tangan bersulam benang emas ketika Raja Metheus selesai membasuh mukanya.Air basuhan muka diketepikan dan dulang perak berisi sarapan pagi pula diletakkan ke atas meja.

"Selamat pagi juga anakanda.Anakanda tidur nyenyak malam tadi?"

" Anakanda akan tidur dengan nyenyak kalau ayahanda tidak mengarahkan para pembantu memindahkan anakanda malam tadi."

Ooh...ini isunya.Senyum Raja Metheus meleret panjang dan sedarlah dia apa penyebab wajah puterinya itu masam sahaja tidak seperti kebiasaannya.

"Anakanda marah?"

"Bukan tarafnya anakanda untuk memarahi seorang raja apatah lagi raja kepada kerajaan Darmenta ini.."

Cihh...meletus tawa kecil dari rengkung Raja Metheus.Alahailah Puteri Kaiiara...Dia hanya menguntum senyuman ketika Kaii tidak mengendahkan tepukan lembut tangannya ke permukaan katil sebagai isyarat untuk memanggil anak itu agar duduk di sebelahnya.

" Beginilah.Setiap malam Isnin dan Khamis adalah malam istimewa kita berempat.Anakanda setuju?"

Bernada pujuk dan lembut suara Raja Metheus cuba melunturkan rasa kesal puteri tunggalnya itu kerana kejadian malam tadi.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now