14 tahun yang lalu....
Seorang budak lelaki yang masih berusia 9 tahun menghafal sifir lima. Sedang budak lelaki itu menghafal sifir, Tuan Kang ralit melihat anaknya dengan pandangan yang tajam sehingga membuatkan taehyun takut melihat wajah bengis ayahnya.
Budak lelaki itu tetap meneruskan penghafalan sifir itu dengan lancar walaupun hatinya sudah mulai takut jikalau jawapannya salah, sudah pasti ayahnya akan memukulnya.
"Lima kali empat....lima kali empat...."
Setelah hampir lima ke enam kali memikirkan jawapan, Tuan Kang masih ralit dan menanyakan soalan itu kepada anaknya.
"Lima kali empat berapa?" soal Tuan Kang kepada anak lelakinya membuatkan anak kecil itu mula menggigil ketakutan. Tetapi si anak tetap berdiam diri bukan tidak mahu menjawab, malah masih memikirkan jawapannya.
"Yahh! Kang Taehyun! Ayah tanya kamu ni, lima kali empat berapa jawapannya?!"
Hampir terhinjut bahu budak lelaki yang bernama Kang Taehyun itu apabila Tuan Kang menggertaknya sehingga Taehyun pun tidak berani melihat wajah bengis ayahnya lagi.
"D-dua puluh?" kata Taehyun sedikit perlahan.
"Apa dia? Cakap kuat sikit! Berapa jawapannya?!"
"D-dua puluh" kata Taehyun sedikit kuat walaupun terketar-ketar dia menjawab.
"Hah tahu pula jawapannya, asal kau kecut sangat nak jawab? Hah?! Nilah aku malas sangat nak ajar anak bebal bodoh macam kau ni. Menyusahkan aku jelah! Bodoh!" marah Tuan Kang setelah dia memaki hamun kepada anaknya.
Tanpa membuang masa, Tuan Kang melibas dan memukul Taehyun menggunakan tali pinggang hingga menimbulkan kesan lebam dekat badannya.
Zzap!
Anak kecil itu meraung kesakitan dan ketakutan. Libasan itu sedikit demi sedikit meninggalkan bekas di tubuh badannya. Air mata yang mengalir deras tidak dikesat. Tangannya hanya memeluk tubuh yang sakit.
"Kau tahu tak betapa susahnya aku nak sekolahkan kau? Kalau ini yang kau beri pada aku, jadi bodoh dan tak guna macam ni, lebih baik aku tak payah hantar kau pergi sekolah! Faham tak?"
Taehyun mengangguk kecil.
"Sa...sakit."
"Tahu pun sakit! Kau tak tahu lagi betapa sakitnya hati aku ni lepas tengok keputusan peperiksaan kau yang lepas! Kau dengan mak kau sama sahaja, bebal. Bodoh! "
Libasan telah berhenti. Tuan Kang mencampakkan tali pinggangnya ke tepi lalu menendang Taehyun buat kali yang terakhir sebelum meninggalkan anak kecil itu.
Lelaki tua itu keluar dari rumah. Taehyun masih menangis di bucu ruang tamu rumah kecil itu, memeluk lutut dan menangis semahunya.
Berfikir sampai bila harus dia tinggal dalam keadaan yang merana ini. Dia baru sahaja berumur 9 tahun, dimasukkan ke dalam sekolah swasta yang boleh menjamin kecemerlangan namun titik akhir hidupnya bagaikan berada di dalam penjara kemurungan.
■□■□■□■□■
Saetbyeol pulang ke rumah tepat pada waktu petang senja selepas dia bermain di luar rumah dengan kawan-kawannya. Ketika dia baru pulang dari bermain di luar rumah, terpacullah wajah beku Tuan Shin sambil menyilangkan tangan.

YOU ARE READING
[ 𝙎𝙐 ] 𝙀𝙉𝘿𝙇𝙀𝙎𝙎 𝙋𝘼𝙄𝙉 • 𝙆𝘼𝙉𝙂 𝙏𝘼𝙀𝙃𝙔𝙐𝙉
RomanceMengisahkan Kang Taehyun merupakan seorang remaja lelaki yang mempunyai kebahagiaan hidup di sisi gelapnya apabila ibu bapanya bergaduh atas sebab masalah kewangan dan masalah ekonomi hidup. Hidupnya bagaikan penjara apabila orang sekeliling di seko...