BABAD 52

91 13 10
                                    

" 1....2....3!!"

Bunyi gegelung langsir yang tersangkut pada bingkai keluli disentap kedengaran dan beberapa orang jururawat dan doktor berlarian serentak mendatangi katil tersebut yang kini sudah dikelilingi oleh kubikel langsir putih yang panjang sehingga ke lantai.Doktor yang sejak dari dalam ambulans terus memicit ambu bag-valve yang terserkup terus pada mulut dan hidung pesakit tersebut turun daripada katil dan seorang daripada doktor yang berada di situ mengambil alih sebaik sahaja pesakit tersebut berjaya dialihkan daripada stretcher .

" Give her 1 liter NSS and prepare for intubation."

Tahu apa yang dimaksudkan doktor tersebut,jururawat yang bertugas pada malam itu segera melakukan sesuai arahan sang doktor.Mencari urat paling besar pada tangan pesakit tersebut dan menusukkan jarum ke dalamnya lalu menampalkan dengan plaster putih bagi memastikan jarum tersebut tidak bergerak lalu menggantungkan sebuah bekas segiempat yang jernih pada tiang  keluli kecil di sisi katil.Menyambungkan tiub jernih yang halus dan panjang dari bawah pek cecair jernih tersebut terus ke pangkal jarum yang bertutup pada tangan pesakit tersebut dan menyelaraskan kekerapan titisan cecair tersebut dengan cekap dan piawai.

Salah seorang daripada doktor yang berada di situ segera beralih ke arah bahagian kepala pesakit dan mendongakkan pesakit tersebut bagi memudahkannya melakukan prosedur untuk memasukkan tiub ke dalam saluran pernafasan pesakit tersebut bagi memudahkan penyaluran oksigen ke dalam paru-paru pesakit.Intubation set berupa laryngoscope,endotracheal tube,stylet dan juga carbon dioxide detector dihulurkan satu persatu kepadanya oleh seorang lagi doktor yang berada di situ ketika itu.

Sementara jururawat yang lain pula melekapkan peranti EKG bagi mengesan isyarat daripada jantung dan membolehkan mereka memantaunya.

" Terus berikan NSS selama 24 jam sehingga suhu badan pesakit kembali normal.." ujarnya sambil memerhatikan ritma jantung pesakit yang ditunjukkan pada monitor portable electro-cardiogram di sebelahnya dan dalam masa yang sama melekapkan statescop ke bahagian rusuk kiri pesakit tersebut.

" Baik,doktor."

Serentak jururawat yang berada di situ menjawab.

" And you .." Toleh doktor tersebut kepada salah seorang daripada doktor di ruangan tersebut." Keep your eyes on her.Report to me directly every two hours.."

Doktor  itu hanya menganggukkan kepala.Dia faham pesakit yang dikejarkan ke Unit Kecemasan Dan Trauma itu dipertanggungjawabkan secara terus kepadanya dan dia perlu memantau keadaan pesakit tersebut sehinggalah keadaannya stabil.

Hipotermia. Satu keadaan yang sangat berbahaya ketika suhu badan pesakit jatuh mendadak sehingga ke tahap kurang daripada 37 darjah celsius dan boleh menyebabkan semua organ penting tubuh gagal berfungsi.Sangat mujur pesakit tersebut berjaya diselamatkan dan segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya namun dia masih perlu memantau keadaan vital pesakit  sepanjang tempoh 48 jam berikutnya.

Keluar dari ruangan kubikel tersebut bagi membolehkan para jururawat menukarkan pakaian pesakit yang basah lecun,dia segera menuju ke kaunter ruangan kecemasan tersebut dan melalui kaca tembus pandang pada pintu,dilihatnya doktor yang membawa pesakit tadi ke hospital tersebut sedang melayani tiga orang anggota polis yang barangkali ingin mendapatkan maklumat terkini berkenaan pesakit tersebut untuk agar mereka boleh menghubungi warisnya.

" Isn't that Kaiiara?" Salah seorang daripada doktor yang turut membantu sebentar tadi tiba-tiba sahaja bersuara.

" Atlet memanah yang baru beberapa bulan lepas terlibat dalam kemalangan tu??"

*                   *                    *

Merasakan seperti ada air yang memasuki kerongkongnya,Kaii bingkas bangun dan terbatuk-batuk sehingga tekaknya terasa perit.Dia tidak tahu sudah berapa lama dia tidur tanpa mimpi sehinggakan sendi-sendi pada anggota tubuhnya sakit dan pegal semua.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now