BABAD SARIBU BHYANGKARA: A LONG JOURNEY

79 10 2
                                    

Bermula sekitar September 2020.Hanya sebagai satu eksperimen untuk mencuba sesuatu yang baru dengan tema merentas dimensi.Walaupun bukan secara langsung namun cuba menyampaikan makna di sebalik untaian kata bahawa kita tidak perlu cemburu dan menginginkan kehidupan kita sama seperti orang lain.Andai kita melihat seseorang yang hidupnya kaya atau senang,kita tidak tahu jerih payah apa yang telah dilalui mereka untuk berada di tempat mereka itu.

Bagi 'Kaiiara' yang sedang berada di luar sana,ingatlah.Usah persoalkan mengapa kita ditimpakan ujian hidup.Ambil mudah senario yang rata-rata daripada kita pernah mengalaminya.Peperiksaan.Mengapa diwujudkan peperiksaan? Sudah tentu untuk menguji apakah kita benar-benar layak untuk meneruskan pembelajaran yang lebih tinggi peringkatnya dan untukmenilai sejauh mana kita memahami apa yang telah diajarkan oleh para guru dan pendidik.

Konsepnya sama sahaja.

29 Mei 2022.What a long journey! Babad Saribu Bhyangkara melabuhkan tirai dengan banyak cacat cela.Sekali lagi ditegaskan.Menulis telah menjadi hobi dan lapak untuk melarikan diri daripada hambatan realiti bagi saya.Bagi yang setia mengikuti cerita Kaiiara dan pencarian maknanya,terima kasih tidak terhingga.Sekali lagi mohon maaf kerana anda telah menunggu terlalu lama untuk melihat pengakhiran pengembaraan Kaiiara dalam dunia Babad Saribu Bhyangkara ini.

Akhir kata,maaf sekali lagi dipinta sekiranya sepanjang kebersamaan kita pada helai demi helai Babad Saribu Bhyangkara ini ada perkataan yang tidak menyenangkan.Yang buruk datang daripada saya sendiri.

Terima kasih

mynameismas
29.05.22

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now