GUNS AND ROSES

124 12 29
                                    

Athreyu cuba bangkit untuk membantu yang lain-lain mengemudikan sampan tersebut tetapi sekali lagi satu hentama kuat dirasakan dan kali ini ia benar-benar membuatkan sampan tersebut berpusing dan hilang kendali sehingga membuatkan Athreyu terhantuk ke bingkai sampan.Suara Ren dan Enuma tenggelam timbul dalam dentuman guruh dan desiran angin.

Satu lagu hentaman pada perut sampan dirasakan dan Hatra memekik cemas ketika lelaki yang seorang lagi tercampak ke luar dan serta-merta air menggenangi perut sampan dengan pantas.Dalam keadaan cemas begitu,Athreyu mencapai timba berhampiran kakinya dan cuba untuk mencedok keluar air namun kerosakan sampan tersebut yang disebabkan oleh perlanggarannya dengan bonggolan batu sudah terlalu teruk.

" Jaga!!!"

Jeritan Ren merupakan suara terakhir yang didengari Athreyu sebelum sampan tersebut pecah dan air yang hitam berpusar-pusar itu menelannya sekaligus tanpa sempat berpaut pada apa-apa.

" Kaiiii!!!!"

" Nineveehhhh!!!"

" TAMAT...." Ditutupnya helaian buku berkulit tebal tersebut lalu menyeluruhi setiap wajah anak-anak yang sedang melongo menatapnya.

" Alaaaaaaa....."

Riuh sekali anak-anak yang berkumpul mengerumuni Kaii itu menyuarakan tidak puas hati mereka ketika gadis itu menamatkan cerita yang dibacakannya kepada mereka setiap petang ataupun ketika ada masa terluang.

Gadis berkerusi roda itu tiba-tiba sahaja menjadi orang nombor satu para kanak-kanak di wad pediatrik dan kedatangannya setiap hari Isnin,Rabu dan Jumaat sentiasa dinanti-nantikan.

Bagaimana tidak.Selepas selesai menjalani fisioterapi,dia akan menghabiskan masa dua atau tiga jam bagi melayanai karenah anak-anak yang mahukan dia membacakan mereka cerita dalam buku yang selalu dibawa Kaii ke mana-mana itu.

"Apa jadi dengan puteri Kaiiara,kak?"

"Eden rasa?"

"Kalau Eden jadi puteri Kaiiara..."

"Eden.." Kaii melambaikan tangan membuatkan anak kecil yang berpakaian hijau muda bercorak polca-dot biru itu mendatanginya perlahan-lahan.

"Kita tidak perlu inginkan untuk menjadi orang lain.Kita adalah hero dalam cerita kita sendiri.Eden fikir senangkah Kaiiara menjadi seorang puteri?"

Gadis yang menyerkup kepalanya dengan topi rajut putih itu memandangnya tanpa berkelip.

"Tak.." sahut Eden hampir tidak kedengaran.

"Kita patut bersyukur dengan apa atau siapa kita pada hari ini.Berterima kasih kepada Tuhan yang menciptakan kita,ibu yang melahirkan dan ayah yang bekerja keras untuk memenuhi segala keperluan kita dari kecil sehingga kita mampu berdikari sendiri.Bersyukur kerana ada kawan,sahabat,jiran ataupun orang-orang baik yang berada di sekeliling kita.Hargai mereka selagi ada.Bukan begitu?"

Anak kecil itu menganggukan kepala .Mungkin hanya menganggukkan kepala sebagai respon biasa tanpa memahaminya namun bab memahami hal itu biarkan sahaja dulu.Akan tiba masanya mereka tahu sendiri.

Kaii sendiri memahami makna hal itu setelah mengalami satu kejadian paling tidak masuk akal dek kerana keputusan bodohnya untuk menamatkan hidupnya sendiri!

"Baiklah.Kerana cerita Babad Saribu Bhyangkara ini telah tamat,kakak akan belikan buku yang baru nanti.Sekarang ni,adik-adik boleh bersurai dulu."

Seperti anak murid yang patuh kepada nasihat ibunda guru mereka,seorang demi seorang daripada anak-anak itu berganjak pergi dan akhirnya meninggalkan Kaii berseorangan.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now