BAB 25

4.2K 260 2
                                    

Saya skip Kiara habis ujian ye.

Aku menyiapkan bekal untuk encik suami terchentaaa. Erk? Chenta? Apa apa jelah. Aku tak tahu sedap ke tak tapi semoga saja dia tak tersembur bila rasa masakan aku ni.

"Semua dah siap okeyh cun."Tersenyum aku bila tak sabar mahu ke offices Arcy. Kereta telah disiapkan oleh anak buah suaminya.

"Mari puan."Aku melangkah masuk ke dalam kereta Alphard tersebut. Bekal ditangan dipegang kemas.

"Ceria betul wajah puan. Tak sabar nak jumpa encik suami ke?" usik Haizad. Matanya mengerling sekilas ke arah cermin belakang.

"Siapa ja tak seronok nak jumpa suami sendiri Haizad. Awak pun kalau nanti ada isteri mesti tak sabar nak balik jumpa." Balas ku semula dan jejaka tu tergelak kecil.

Haizad berumur 22 tahun yang berkerja sebagai driver kepada Arcy tapi kalini dia perlu menjadi driver kepada Kiara pula atas arahan Arcy sendiri.

"Dah lama ke awak bekerja dengan Ar?" Haizad menganguk kepalanya.

"Dalam 4 tahun macam tu puan. Boss Ed nak dikatakan sangat baik. Semua anak buah dia seronok dapat boss macam boss Ed. Ada masa dia boleh bergurau ada masa dia tegas. Kalau puan nak tahu boss Ed sangat teliti dalam pelbagai aspek. Apa yang kami tak nampak pun dia boleh nampak even benda tu mcm tak salah tapi salah." Jelas Haizad panjang lebar tanpa ku meminta dia untuk menjelaskan.

Perlahan aku mengangguk kan kepala. Baru aku tahu yang Arcy sangat berkarisma.

"Tapi kenapa awak panggil dia Boss Ed?" Hairan ku bila Haizad panggil Arcy adalah Ed.

"Kalau dalam kerja dia nak orang panggil dia sebagai Edward a.k.a Ed. Lain pula kalau diluar sebagai Arcy."Sekali lagi Haizad menjelaskan nya.

"Kita dah sampai. Oh ya boss kata nanti puan balik dengan dia."Aku menganguk faham dan mengucap terima kasih sebelum melangkah keluar dari kereta tu.

"Hye Puan Kiara. Selamat datang." Ramah Syifa menyapa isteri boss besar mereka. Aku mengukir senyuman manis.

"Boss Ed ada?" Syifa menganguk. Aku segera melangkah lif untuk naik ke tingkat 25. Setibanya di tingkat tu aku disapa oleh pekerja pekerja Arcy.

"Assalamualaikum abang." Terkedu aku seketika bila ada seseorang di dalam bilik ni yang duduk membelakangi ku. Arcy pandang ke arah ku dengan mulut terkumat-kamit menjawab salam.

"Sayang duduk situ dulu." Membulat mata ku bila Arcy dengan selamba nya memanggil aku sayang depan jejaka tu. Aku melabuhkan punggung di sofa.

Aku hanya pandang lelaki tu yang bangun dari duduknya dan berjabat tangan dengan Arcy. Sebaik dia memusingkan badan aku terkaku.

"Zeo Keven?" Lelaki tu memandang ke arah ku dengan pandangan sejuknya. Hanya sedikit kepala ditundukkan ke arah ku sebelum dia keluar dari bilik Arcy.

"Abang cakap abang tak kenal dia kan?" Aku pandang Arcy yang melabuhkan punggung disebelah ku dengan pandangan hairan.

"Sebenarnya Zeo Keven kawan abang. Sayang, sayang ingat kan lelaki yang kacau sayang masa sayang nak balik dari kedai dulu?." Aku mengangguk perlahan.

"Ingat. Kenapa bang?" Entah kenapa aku rasa tak sedap hati.

"Tiga kena bunuh, dua koma." Bagaikan nafas tersekat di kerongkong aku dibuatnya mendengar apa yang Arcy katakan.

"H..how?" Tangan aku dan mengigil. Arcy yang pandang tangan isterinya mengigil segera digengam erat.

"Sebab Kiara ke benda ni jadi?" Aku pandang dalam mata suami ku yang menatap sayang ke arah ku.

"Abang tak pasti sayang. Yang peliknya kelima lima sekali gus. Ni Zeo datang bagitahu tadi. Sayang kalau nak keluar jangan sorang sorang ye. Always with me." Ditarik aku ke dalam pelukannya. Bahu kiri ku diusap olehnya.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now