Bab 28

65.9K 826 8
                                    

Hubungan antara Firdaus dan Melur sentiasa ada naik turunnya,kerana angin Firdaus juga sentiasa ada pasang surutnya. Melur sentiasa mengambil pendekatan dengan menjawab apa yang perlu. Jika dia diamkan,ia akan memakan hatinya sendiri. Melur tidak mahu berfikir apa-apa yang boleh menyakitkan hatinya sendiri. Dia tidak mahu berlagak sopan dan lemah, kerana ianya tidak akan mengubah apa-apa di antara dia dengan suaminya. Dia perlu menjadi tegar dan kuat demi rumah tangga mereka. Firdaus ada Dee,hati Firdaus juga milik Dee. Sopan,diam dan terlalu baik,itu bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani sikap dingin Firdaus atau mendepani kisah cinta mereka berdua.

Firdaus baru sahaja bercakap dengan Dee. Perbualan yang tidak pernah kisahkan Melur yang mendengarnya. Bagi Firdaus,apapun jua Dee lebih penting untuknya. Dee segalanya bagi dia. Hati Dee perlu dijaga sebaiknya. Ya,itu yang Firdaus sematkan di fikiran dan hatinya. Dia tidak mahu perhatiannya terhadap Dee berkurang walaupun dia sudah ada Melur. Dia tidak mahu setianya pada Dee berubah hanya kerana dia ada Melur. Dia tidak mahu cintanya beralih arah dari Dee hanya dengan adanya Melur. Sekurang-kurangnya itulah yang Firdaus perjuangkan saban hari. Kesetiaannya. Namun,apa jua yang Firdaus lakukan, ianya seakan tidak pernah mencukupi bagi Dee. Dee cemburu. Dia tidak rela Firdaus bersama Melur,dan itulah yang menjadi punca mereka bertengkar setiap kali mereka berbicara. Itu jugalah yang membuatkan Firdaus tertekan. Yang menerima kesannya adalah Melur. Marahnya dilepaskan kepada Melur. Sinisnya ditujukan kepada Melur. Tekanannya juga dilampiaskan kepada Melur. Semuanya. Melur. Melur. Melur.

“Melur tahu tak abang tension terpaksa kahwin dengan Melur?” Terkejut Melur mendengarnya. Dia berhenti mengemas pakaian ke dalam almari. Dia berpaling ke arah Firdaus yang sedang duduk di sofa sambil merenungnya.

“Apa hal ni abang? Tak ada angin tak ada ribut,tiba-tiba je serang Melur macam tu. Abang ni dah kenapa?” balas Melur sedikit terang tona suaranya. Dia sedang penat dan sekarang Firdaus cuba menambahkan kepenatannya. Firdaus mendengus.

“Abang cakap abang tension kahwin dengan Melur. Tak kan tak dengar?” Firdaus pula membalas dengan nada yang sedikit kuat. Dia memang sedang tertekan.

“Ya Allah,tak habis-habis lagi ke dok ungkit hal yang sama? Dari mula-mula kahwin, pergi honeymoon dan dah balik dari honeymoon. Dah start kerja pun,masih juga dok heret cerita yang sama. Panjang betul. Nak kalahkan telenovela ke apa ni?” soal Melur selamba,dalam usaha untuk mengusir amarah Firdaus. Firdaus mendengus.

“Tak kesahlah panjang manapun, abang masih lagi tension.” jawab Firdaus masih dengan nada yang sama. Melur menutup pintu almari dan berlalu mendapatkan Firdaus.

“Tension apa? Relaks la. Kita berdua okey apa?” jawab Melur selamba.

“Apa yang okey? Abang terpaksa tinggalkan Dee tau? Dah lukakan hati dia.”

“Siapa suruh?” Firdaus berkerut mendengar jawapan Melur.

“Siapa suruh Melur cakap? Dah koma ke apa Melur ni?” soal Firdaus lebih marah.

“Ha’aa,koma dalam dakapan cinta abang. Cia cia cia.” jawab Melur nakal sambil memeluk tubuhnya sendiri. Firdaus berkerut.

“Awak ni kenapa? Saya serius ni tau tak?” marah Firdaus. Melur mengeluh perlahan. Melur membetulkan duduknya. Dia bersila mengadap ke arah Firdaus.

“Kita dah cakap fasal ni pada malam pertama kita lagi. Orang lain,malam pertama buat projek tapi kita buat kontrak. Dah deal pun. So,apa yang stress lagi?” jawab Melur dengan nada bersahaja bagai tiada apa yang perlu dikesahkan.

“Senanglah cakap,bukan awak yang kena.” balas Firdaus lebih perlahan.

“Melur pun kena jugak tau? Ingat abang seorang je ke terjebak dengan perkahwinan ni?”

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now