BAB 35 | DENDAM CINTA 2

4.8K 464 151
                                    

LANGKAH kaki diatur menuju ke unit rawatan rapi. Pintu bilik yang menempatkan Marissa dikuak perlahan. Buat beberapa detik, kakinya cuma terpasak di atas lantai. Tidak berganjak waiman seinci sekalipun. Retinanya menyorot pada sekujur tubuh yang sedang terbaring kaku.

"Jasmine." Bila nama itu yang meniti di bibir, barulah Adam membuka langkah. Dihampiri katil Marissa lalu dilabuhkan duduk pada sebuah kerusi yang tersedia di dalam bilik rawatan rapi itu.

Dengan teragak-agak, Adam cuba pegang tangan Marissa. Sejuk pada tangan itu dihangatkan apabila dia menyulam jemarinya bersama kekura Marissa.

"Thank you sebab kuat." Perlahan Adam membisik. Wajah pucat itu tak lari dari renungannya.

Syukur, Marissa sudah melepasi tahap kritikal. Kondisinya sekarang semakin stabil. Semalam, Adam memberi ubat tidur agar wanita itu dapat berehat secukupnya. Dalam jangkaanya, sepatutnya waktu begini Marissa mula sedar.

"Wake up. Semua orang tengah tunggu awak. Aunty Syarifah terlalu risaukan awak sampai dia pengsan. But you don't have to worry, she is fine now." Adam berborak seolah-olah Marissa sedang duduk di hadapannya, lalu mendengar segala bicara yang dibualkan.

Tak jemu menatap wajah lesu itu, Adam menopang dagu pula. Marissa masih kelihatan cantik meskipun mukanya pucat tidak berdarah. Bibir wanita itu juga nampak kering. Kelopak matanya masih terpejam rapat.

Terasa ada gerakan kecil pada jemarinya. Adam jungkit kening menanti tindak balas Marissa. Tak lama selepas itu, kelopak mata Marissa mencelik. Terkejip-kejip dibuatnya dek sinaran cahaya yang menerobos masuk ke dalam retina. Pedih terasa menjalar.

"Good morning." Lembut Adam menyapa tatkala Marissa memusing ke arahnya. Bibir mengoyak senyuman selebar-lebarnya. Sambil-sambil itu, Adam memeriksa kondisi Marissa.

"Nak air?"

Angguk sekali, Marissa menyelesakan duduk. Tekaknya terasa kering, bibir pula mula menggelupas menyebabkan pedihnya terasa. Hulur saja secawan air, Marissa terus teguk sehingga habis.

"Berapa lama saya tidur?" Badan mula sengal-sengal. Bahu berat semacam. Lenguhnya tak usah cakap.

Adam membiarkan dulu soalan Marissa. Sebuah bantal ditegakkan di belakang tubuh wanita itu. Selesa sikit Marissa mahu menyandar.

"48 hours." Kembali duduk, muka terkejut Marissa ditatap dengan sengihan. Lucu pula melihatnya.

"Lamanya..." gumamnya seraya meraba-raba muka. Entah macam manalah agaknya wajah dia ketika ini. Maklumlah, dah dua hari tak cuci muka. Pasti kelihatan selebet.

"Beautiful as always." Kenyit mata, pandangan Marissa dibalas dengan senyuman senget. Ikhlas Adam memuji.

Tak mampu menyorok sengihan, Marissa tersipu sendiri mendengar pujian Adam. Muka dipalingkan menghadap ke tempat lain. Segan hendak menentang empat mata dengan lelaki itu. Renungan galaknya mampu menembus ke dalam hati Marissa.

"How do you feel today?" Hampir seminit dua hening melatari suasana, Adam memulakan mukadimahnya. Matanya pegun merenung Marissa. Sikit pun tatapannya tidak dilarikan.

"Good and feeling better." Ya, dirinya berasa lebih baik dari sebelum ini. Tiada lagi rasa sakit di dada.

"Terima kasih sebab tunaikan janji awak."

Kening Adam terjungkit sebelah. Dia ada tabur janji pada wanita itukah? Tapi apa?

"Janji yang awak akan rawat saya. Sembuhkan sakit saya ni." Mengerti tanda tanya di riak wajah Adam, Marissa memberitahu semula janji Adam padanya sebelum pembedahan dijalankan.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now