Bab 30

110K 1.8K 186
                                    

Firdaus menekan loceng rumah. Tidak lama,pintu dibuka perlahan. Namun tiada sesiapa di muka pintu seperti biasanya. Firdaus kehairanan. Dia menjenguk sedikit ke dalam rumah tapi tetap tidak nampak kelibat Melur di situ. Aneh. Apa yang sedang berlaku? Perlahan dia melangkah masuk ke dalam rumah.

“Abanggg!!!” tiba-tiba Firdaus disergah dari belakang pintu.

“Maakkkk!!” latah Firdaus terkejut. Melur melepas tawanya.

“Melur! Terkejut beruk abang tau tak?!” marah Firdaus sambil melurut dadanya. Melur masih tidak dapat menyurutkan tawanya. Dia menilik Firdaus dari atas sampai bawah.

“Tang mana yang beruknya abang ni? Tak nampak macam beruk pun. Handsome tahap dewa ada la.” soal Melur masih cuba bergurau. Firdaus duduk di atas bangku.

“Abang ingat ni cerita Journey To The West ke? Nak jadi Monkey King ya?” usik Melur lagi. Firdaus menjelingnya. Rasa terkejutnya masih belum hilang.

“Melur ni dah kenapa? Dah tak ada kerja lain ke?” soal Firdaus marah. Melur senyum. Dia duduk bertinggung sambil bertongkat kedua-dua lengannya di atas paha Firdaus.

“Melur tengah buat kerja Melur la ni. Mengusik dan menggembirakan abang. Suka tak?” soalnya nakal. Firdaus merenungnya.

“Suka. Suka sangat. Buatlah lagi. Senang sikit abang tumbang tahap smack down kat sini.” jawab FIrdaus menyindir dalam marah. Melur tersengeh sahaja. Dia mula membuka kasut dan stoking Firdaus.

“Tengok tu. Buat selamba tenuk dia je. Tak reti nak minta maaf ke?” soal Firdaus masih marah. Melur mendongak dan mendekatkan wajah mereka.

“Reti,tapi tunggu time raya ya? Hold dulu.” usik Melur lagi lalu mencium dagu Firdaus. Firdaus menjeling marah dan terus bangun naik ke biliknya. Tanpa membuang masa,dia terus melucutkan pakaiannya dan masuk ke bilik mandi. Selepas menggosok gigi dan mencuci rambutnya,dia menyabun badannya pula. Selepas itu dia mencuci mukanya pula. Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang memeluknya dari belakang. Sekali lagi dia terkejut dan menoleh. Sebaik terlihatkan Melur,dia terus memejamkan matanya dan berpaling semula membelakangi Melur. Melur memeluknya semula.

“Melur buat apa kat sini?” soalnya cemas.

“Nak mandi dengan abang la.” jawab Melur manja sambil kedua-dua tangannya bergerak perlahan mengusap dada dan perut Firdaus. Firdaus menahan nafasnya. Dadanya penuh debaran. Inilah pertama kali seumur hidupnya,dia mandi ditemani seorang wanita.

“Melur don’t. Stop it.” kata Firdaus bersama kerutan di wajahnya. Perutnya mengecut.

“Kenapa? Abang takut ya? Melur bukannya nak makan abang.” soal Melur manja sambil sesekali bibirnya mengucup belakang Firdaus. Firdaus tidak mampu bergerak,walaupun untuk seinci. Air paip hujan itu juga dibiarkan mencurah ke tubuhnya.

“Lebih baik Melur makan je abang,daripada Melur buat macam ni. Abang...” kata-katanya terhenti di situ apabila Melur beralih ke hadapannya pula. Firdaus memejamkan matanya. Tidak mahu melihat Melur dalam keadaan berkemban kain nipis seperti itu. Melur menyabun badannya sendiri lalu merapatkan tubuhnya ke tubuh Firdaus. Dia memeluk Firdaus sambil mengusap belakang lelaki itu. Firdaus? Hanya Tuhan saja yang tahu perasaannya ketika ini. Melur menjongketkan kakinya dan mengucup sesaat bibir Firdaus. Firdaus membuka matanya dan mereka saling berpandangan. Tidak tahan lagi dengan kenakalan Melur,Firdaus terus menggapai tualanya dan keluar dari bilik mandi itu. Melur ketawa sendiri. Dia berjaya ‘menyusahkan’ Firdaus dengan usikan nakalnya lagi.

Mereka solat Maghrib bersama. Usai solat,Firdaus membaca doa dan Melur menyalaminya,sebelum Firdaus mengucup kepalanya. Mereka bertentang mata. Melur senyum,tapi tidak Firdaus. Dia keliru dengan sikap Melur. Melur nampak tenang walaupun petang tadi dia baru sahaja diperkenalkan dengan Dee di rumah ini. Namun reaksi Melur tidak seperti yang Firdaus jangkakan. Sikap Melur seperti biasanya. Tiada apa yang berubah malah hari ini dia cukup nakal. Terlalu nakal untuk Firdaus tangani.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now