BAB 29

3.7K 226 4
                                    

Buka ja mata aku dah hairan yang aku sekarang dekat mana?. Dilihat sekeliling seperti rumah usang. Dilihat katil bersaiz king. Cantik cadar nya. Aik? Pelik aku.

"Sweetheart." Aku toleh ke arah pintu dan terkejut melihat wajah tu. Aku kenal dia.

"Izwan?!" Jejaka tu tersenyum bila aku mengingatinya. Dia melangkah mendekati dan aku mengundur. Aku pandang bawah katil dan terbeliak mata ku dibuatnya bila di lantai tu dipenuhi dengan  paku kecil.

Izwan tidak meletakkan paku dibahagian laluan nya saja. Jantung aku dah berdegup kencang. Kaki aku juga tidak berkasut.

"How your day sweetheart? Dah sihat sikit?" Izwan melabuhkan punggung nya di birai katil. Tangan kanan jejaka tu menyentuh kaki kiri ku. Meremang bulu roma aku bila tangan sejuk tu menyentuh. Aku cuba untuk tarik namun Izwan memegang kuat dengan tatapan tajamnya.

"Kenapa awak buat semua ni Izwan? Apa salah saya?" Jejaka tu menyenget kan kepalanya. Aku yang tengok dah gerun dah. Psiko ke jantan ni. Risau!.

"Sebab aku sayang." Garau suara tu tidak seperti aku dengar haritu. Ke dia kepitkan suara dia? Mana tahu kan?.

"S...sayang? Maksud awak?" Soal ku yang tidak faham.

Dia angguk.

"Aku sayang kau." Kalini aku dah berkerut dahi. Cakap jenis taknak bagi contoh sekali dengan huraian agaknya. Ke dia nak nyanyi lagu sayang sayang jangan terlalu sayang pada diriku. Okeyh maaf.

"Sebab aku sayang kau aku buat macam ni. Dari awal aku jumpa kau aku dah suka dekat kau tapi masa tu kau berhubungan dengan jantan hauk Razuan tu. Aku seronok bila tengok kau terima coklat yang aku bagi walaupun kau anggap tu Razuan yang bagi. Tapi tak apa sekurangnya kau tak buang." Tangan kanan ku ditarik olehnya dan diusap lembut. Aku mahu menarik sekali lagi tapi jejaka tu mengengam kuat seakan memberi amaran.

"Kau cantik bila pakai tudung dan lagi cantik bila kau freehair macam ni depan aku. You are so beautiful angel." Baru aku sedar yang atas kepala aku sudah tidak ditutupi tudung. Terasa mau menangis kerana ada lelaki lain dapat melihat rambut ku selain Arcy.

"Tapi semuanya hancur! Kau kahwin dengan Ar tu! Aku yang buat macam macam untuk pikatkan hati kau tapi ni kau balas! Aku balas apa orang buat jahat dekat kau tapi kau? Pandang Arcy tu ja?!" Amuk Izwan. Aku berundur kerana takut dan disebabkan hampir mau jatuh katil, tangan kiri ku jatuh ke bawah untuk menampung badan dan disebabkan tu tangan ku terkena paku.

"Arh sakit." Izwan menoleh ke arah Kiara dan ditarik lengan kanannya. Mata nya jatuh kepada tangan kiri gadis tu yang berdarah.

"Damn! I am sorry." Digeledah laci untuk mencari kapas. Setelah jumpa dia duduk bersila depan Kiara. Ditiup perlahan tapak tangan tu dan dipedap pedap.

"Kau marahkan aku ke sweetheart? Aku tak sengaja." Dipandang sayang wajah cantik tu. Aku meneguk air liur.

"Tak. Kiara tak marah Izwan." Diukir senyuman nipis sedaya upaya untuk menunjukkan yang aku tak tipu padahal memang tipu.

"Betul? Kiara tak marah Iz? Kalau tak marah nak peluk boleh?" Didakap tubuh Kiara. Aku yang mendapat perilakuan Izwan sudah tergamam.

"Izwan. Taknak lah macam ni. T..tak elok." Jejaka tu melepaskan pelukannya dengan mata yang tajam.

"Salah ke aku nak peluk milik aku?" Aku teguk air liur sekali lagi. Aku tak mampu jawab. Aku segera pura pura menguap.

"Izwan. Kiara ngantuk." Digosok mata kanan. Harap lah jadi plan ni! Lebih baik aku tidur. Selamat dari dia.

"Sweetheart ngantuk? Sini baring biar aku dodoikan." Dibaringkan Kiara dan dia turut merebahkan badannya di tepi Kiara. Tangan kiri digunakan untuk menongkat kepala.

"Tidur ya sayang." Izwan menepuk bahu tu perlahan dan sesekali diusap perlahan wajah tu. Perlahan lahan aku pejamkan mata. Tidur Kiara! Aku paksa diri untuk tidur.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Où les histoires vivent. Découvrez maintenant