BAB 37 | DENDAM CINTA 2

4.2K 381 57
                                    

MALAM itu, entah kenapa Harraz tak dapat melelapkan mata. Fikirannya serabut, dada terasa padat. Langit hitam pekat dipandang kosong. Cahaya bulan dan bintang yang bergemerlapan tak mampu mengusir beban yang ditanggung.

Sehingga retina tertancap pada satu bintang, pandangannya terpasak penuh. Bibir basahnya menguntum senyuman kecil. Harraz nampak Marissa di situ.

"Abang rindu Ris. Hidup abang kosong tanpa Ris di sisi." Mengeluh berat, muka diraup kasar. Sejak dua menjak ini, hatinya berdenyut tak tenteram. Jiwa kacau-bilau. Entah apa yang tak kena dengan dirinya ini, Harraz sendiri tidak pasti. Tak ada jawapan yang diketemui meskipun sudah banyak kali dia gali mencari.

"Jauh adik aku termenung ni. Teringat dekat siapa? Marissa?" Tersentak kecil, deras-deras Harraz pusingkan kepala. Derap kaki yang semakin hampir dipandang tak lepas.

"Hmm..." Sambil menggumam, Harraz alih balik tumpuannya. Angin malam menderu-deru menampar epidermis. Dulu, waktu-waktu begini dia dan Marissa sering meluangkan masa seraya mengambil angin di balkoni bilik, menyaksikan bintang-bintang bertebaran bebas di galaksi.

"Abang..." Terjengket-jengket kaki Marissa melangkah ke arah balkoni bilik. Mulut menguap besar, mata dibulatkan cuba mengusir kantuk.

Melihat sekilas jam di dinding, Marissa menjerit halus. Pukul tiga pagi begini Harraz boleh ambil angin di luar kamar? Wah, sangat tidak ramah! Selalunya waktu macam ni ada makhluk lain yang sedang berlegar-legar di luar sana. Semerta, bulu roma Marissa tegak berdiri.

Nampak sosok badan Harraz di luar bilik, Marissa tarik nafas lega. Mujurlah di sini sang suami mengambil udara sejuk. Bibir mengoyak sengihan tipis. Dengan tidak berbaju dan berseluar pendek, selamba saja Harraz biarkan tubuh kekarnya terdedah dengan angin dingin. Marissa yang lengkap berpakaian ni pun hampir menggigil dek terlalu sejuk.

"Ambil angin kat luar ni lagi syok dari tidur ke?"

Sepantas kilat Harraz menoleh saat terdengar suara si isteri menegur. Tersebik-sebik bibir kecil Marissa.

"Did I wake you?" Tubuh langsing Marissa diraih ke dalam dakapan. Sesaat selepas itu, ubun-ubun si isteri dikucup. Harraz melingkarkan tangan di pinggang Marissa sekali gus menarik rapat belakang tubuh wanita itu agar bersandar pada dadanya.

"Ris cari abang." Merengek. Kepala digeselkan manja.

Tersenyum kecil, Harraz mengirai helaian rambut Marissa.

"Kenapa cari abang?"

Marissa jeling angin. Suaminya ini berpura-pura tidak tahu pula.

"Setiap hari Ris tidur atas lengan abang. Lepastu abang akan peluk Ris kalau Ris sejuk. Then, abang masih tanya lagi kenapa Ris cari abang?" Merungut. Bibir panjang memuncung. Tunjuk protes.

"Oh, so cari abang sebab tu aje? Bukan sebab rindu kalau abang takde kat sebelah?"

Laju Marissa angguk.

"Haah sebab kalau abang ada, lena sikit Ris tidur. Jangan perasanlah, Ris tak rindu pun kalau abang takde."

Ketawa, Harraz menggeletek pinggang Marissa. Terjerit-jerit manja sang isteri. Meledak tawa masing-masing, memecah hening pada malam itu.

"Abang ada masalah?" Pusingkan tubuh, Marissa melatakan retina pada wajah kacak sang suami. Rahang tajam lelaki itu diusap-usap. Sayangnya tumpah sepenuhnya buat lelaki ini.

Dahi milik si isteri dicium. Hidung mancung Marissa dicuit perlahan. Jatuh pada bibir, Harraz usap-usap di wilayah itu.

"Kenapa Ris tanya?" Soalan berbalas soalan. Pupil matanya mengunci iris milik Marissa.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now