BAB 39 | DENDAM CINTA 2

4.6K 413 45
                                    

"AMBIL balik cincin kau ni!" Sebentuk cincin permata dibaling tepat pada muka Harraz. Air wajah Harraz berubah semerta.

"Ris, apa semua ni?" soalnya. Harraz tunduk memandang cincin yang sudah selamat mendarat di hujung kaki.

"We're over! Mulai dari hari ni, aku dengan kau dah tak ada apa-apa hubungan lagi!" Dada Marissa berkocak kasar. Hembusan nafas turut kedengaran berat. Bening mata galak menantulkan kilauan garang.

Langkah panjangnya mundur beberapa tapak. Tak sempat kaki diayun pergi, lengannya disambar kuat dari belakang. Jasad bertemu rapat dengan dada tegap milik Harraz. Marissa telan liur tatkala sepasang netra helang itu menikam tajam retinanya. Tersekat rongga pernafasannya ditenung sebegitu. Seperti Harraz mahu menelannya hidup-hidup.

"Lepaslah!" Meronta sembari membalas kembali renungan Harraz. Marissa tak mahu tunjuk lemah di hadapan lelaki itu. Dia bukan objek yang sesuka hati boleh dipermainkan. Apa yang berlaku semalam, masih terasa sakit hingga hari ini.

"No... aku takkan lepaskan kau selagi kau belum dengar penjelasan aku." Makin ketat cengkaman pada pergelangan tangan Marissa. Tubuh genit itu mudah saja ditarik dekat.

Ketawa Marissa pecah. Terangguk-angguk seraya menggaru pelipis dengan telunjuk. Penjelasan? Penjelasan apa lagi yang Harraz mahu katakan? Apa yang keluar dari mulut lelaki itu, Marissa tak mahu percaya. Semuanya dusta!

"Tak cukup jelas ke apa yang jadi semalam? Nak aku ingatkan apa yang kau dengan Dee tengah buat masa tu? Nak aku cerita satu persatu?" Adegan menjijikkan itu kembali dalam ingatan. Bekeng dibuatnya bila mana sketsa Dee dan Harraz jelas bergentayangan di depan mata. Dan sekarang ini, tangan kotor itu sedang memegangnya.

"Lepaslah! Aku jijik dengan kau! Jantan jalang!" Marissa menghamun sekuat hati. Tak peduli lagi dengan mata-mata yang mula memandang ke arahnya. Daripada dia terus menjerut sakit hati, lebih baik dilepaskan semuanya sekali. Biar Harraz tahu, biar lelaki itu sedar yang sanubarinya benar-benar telah digiris calar.

Tersentak menerima makian itu, lambat-lambat cengkaman Harraz melonggar. Roman kemerahan itu dipandang tanpa kejip. Seteruk itukah dia di mata Marissa sehingga kata-kata kesat dilemparkan kepadanya? Besar sangatkah salah Harraz terhadap wanita itu?

"Takkan sampai macam tu sekali kau marahkan aku, Ris? Aku dengan Dee, kami tak ada apa-apa hubungan pun. Apa yang kau nampak semalam tu, cuma... cuma..." Lidahnya mengeras. Tiada diksi yang mampu dihujahkan untuk membela diri.

"Cuma apa? Eh, sudahlah! Berapa kali kau nak tipu aku? Kau ingat aku tak tahu yang kau cuma pergunakan aku untuk dapatkan Dee? Kau dengan Damian, sama-sama dah rancang semua ni, kan?" Darah mula mencanak ke kepala sampaikan Marissa rasa ada kepulan lahar yang terbit dari corong telinga.

Marissa dapat tahu pun bila Damian sendiri yang rela buka mulut. Menceritakan semua agendanya yang telah dirancang bersama Harraz untuk mengenakan Marissa. Gara-gara Marissa pernah menolak cinta Damian, lelaki itu mahu membalas dendam. Dengan cara, Damian perlu buat Marissa jatuh hati pada si adik. Sebab itu Harraz tiba-tiba saja ingin mendekati Marissa.

Bila Marissa sudah mula jatuh hati pada Harraz, waktu itulah adiknya perlu meninggalkan si kekasih hati. Tapi lain pula jadinya tatkala Harraz sedar yang dia sememangnya sudah jatuh cinta pada Marissa. Namun dalam masa yang sama, kehadiran Dee menggugat rasa itu. Hati Harraz berbolak-balik. Dia cintakan Marissa, tapi dalam masa yang sama, Harraz menyukai Dee.

Damian licik. Di saat adiknya berperang dengan perasaan sendiri, plan asalnya diubah. Dia perlu buat Marissa jatuh cinta pada Harraz dan dalam masa yang sama, si adik harus mempunyai perasaan pada kawan baik juwitanya sendiri.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now