Bab 32

13.5K 232 4
                                    

Follow cnc 👇
FB : Ciknorcinta Novelis
IG : taeamo.ciknorcinta
(Untuk order buku / be my friend ☺)

💜 Melur sedang mengenakan krim pelembap di wajahnya. Firdaus hanya melihat dari atas katil. Ralit-ralit dia memerhatikan isterinya itu berhias dan berwangian sebelum masuk tidur. Memang Melur tahu ‘menjaga’ suaminya.

‘Cantiknya kulit dia. Halus. Shining.’ bisik hati Firdaus.

“Terima kasih atas pujian tu. Kulit Melur memang cantik pun.” Firdaus tersenyum.

“Perasan. Agak-agaklah nak puji diri sendiri pun.” Melur ketawa sambil memakai losyen ke seluruh tubuhnya sebelum memakai baju tidur seksinya.

“Abang tolong lap rambut Melur boleh? Please...” pinta Melur manja. Firdaus mengambil tuala di tangan Melur dan mengelap rambut Melur yang separuh basah itu.

‘Lembutnya. Halus. Baunya...mm...wanginya budak ni.’ bisik hati Firdaus. Melur menoleh sedikit.  Firdaus terkejut dan berdehem kecil.

“Betul ke Melur dulu ambil course architecture?” soal Firdaus mahu memulakan bicara. Memang itulah yang sedang difikirkannya. Sejak Dee datang ke rumahnya hari itu,perkara itu berlegar-legar di fikiran Firdaus saban hari. Dia mahukan jawapannya dari Melur. Sekali lagi Melur menoleh sedikit dengan kerutan kecilnya.

“Kenapa? Tak percaya? Ke tak logik?” soalnya dengan nada lembut manja. Firdaus senyum sambil terus mengusap perlahan kepala Melur.

“Habis tu kenapa berhenti kerja?” Soalan Firdaus buat Melur terdiam seketika. Dia tidak mahu membicarakan soal yang satu itu. Jawapannya biarlah hanya dia saja yang tahu.

“No comment.” jawab Melur bersama nada yang mendatar dan sedikit perlahan. Firdaus diam seketika. Dia dapat merasakan Melur tidak selesa dengan soalan itu. Dia terus mengelap rambut Melur hingga ke hujungnya.

“Melur tak nak kerja balik?” soalnya semula cuba berganjak sedikit dari topik asal walaupun itulah yang dia mahu tahu. Melur senyum.

“Kalau Melur kerja,siapa yang nak jaga abang? Jaga keperluan abang. Jaga rumah besar abang ni. Masak untuk abang. Siapa? Orang gaji? Abang tak kesah ke ada orang lain kat rumah ni?” soal Melur di hujungnya. Firdaus diam seketika.

“Memanglah tak selesa,tapi...”

“Satu lagi,siapa yang nak tunggu abang balik kerja? Layan abang. Temankan abang,dan siapkan makan malam abang. Orang gaji juga?” soal Melur memintas. Firdaus tidak perlu mencari jawapan kerana dia sememangnya tidak suka ada orang luar di dalam kehidupan sehariannya,walaupun untuk menguruskan keperluannya setiap hari. Malah di rumah ibu bapanya juga tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah untuk melakukan kerja-kerja seharian. Uminya hanya mengupah syarikat pembersihan rumah untuk mengemas dan membersihkan rumah mereka dua kali seminggu. Malah,walau sesibuk manapun uminya, wanita itu akan tetap memasak sendiri makanan untuk seisi keluarga. Dan sekarang Firdaus mendapat seorang isteri yang menyamai uminya. Namun bukan itu yang dia harapkan dari Melur. Bukan niatnya mahu ‘menghambakan’ isteri sendiri.

“Ramai isteri yang kerja.” kata Firdaus perlahan.

“Kalau kerja,komitmen Melur bertambah. Bukan pada suami je tapi pada kerja juga. Melur akan sibuk. Bangun pagi fikir nak siapkan diri sendiri ke pejabat. Balik mungkin dah malam. Penat. Nanti keperluan abang terabai. Rumah abang tak berkemas, dapur abang tak berasap. Melur tak nak suami Melur breakfast kat luar, lunch kat luar dan mungkin dinner pun kat luar. Habis apa gunanya ada isteri kan?” bahas Melur kembali. Ya,apa yang Melur katakan itu benar dan itu yang Firdaus harapkan dari seorang isteri,namun bukan itu juga yang dia mahukan dari isterinya.

“Abang tak kesah.” Mendengarnya,Melur terus berpaling mengadap Firdaus.

“Tapi Melur kesah.” kata Melur sambil memegang tangan Firdaus. Firdaus diam.

“Melur kahwin dengan abang sebab Melur nak jaga abang. Nak jadi isteri abang. Melur nak beri tumpuan sepenuhnya kepada suami dan rumahtangga kita.” jawab Melur lembut. Hujung jarinya sesekali mengusap perlahan jemari Firdaus.

“Kalau kerja,Melur tak boleh jaga abang?” soal Firdaus ingin tahu jawapannya. Melur senyum dan mengambil tuala itu dari tangan Firdaus.

“Melur pernah kerja. Melur tahu macam mana situasinya. Memang akan ada yang terabai. Jadi Melur tak nak jadi isteri yang mengabaikan tanggungjawabnya pada suami,kerana itu yang paling utama dalam perkahwinan.” Firdaus tatap mata Melur. Mengamati kata-kata Melur. Ya,dia sudah mendapat jawapannya. Bukan itu yang dia jangkakan dari Melur tetapi itulah yang dia dengar dan dia merasa lega dengan jawapan yang Melur berikan. Apabila ditatap seperti itu,Melur rasa tidak selesa. Bagai ada sesuatu yang mengganggunya. Yang buat dia rasa malu. Dia bangun menuju ke ampaian tuala.

“Lagipun Melur kahwin dengan CEO. Dapat suami kaya. Buat apa nak kerja lagi kan? Baik dok rumah goyang penyapu sambil goyang pinggul. Barulah ramping. Tak gitu?” Firdaus mendengus tawa mendengarnya. Melur menyidai tualanya dan naik ke atas katil.

“Best tak dapat suami kaya?” soal Firdaus bersama senyuman lebarnya. Melur mengerutkan mukanya sambil mengangguk-angguk kecil. Firdaus ketawa.

“Mestilah best dapat suami kaya. Maklumlah,sekali shopping pennuuuh satu troli. Siapa yang tak best kan?” kata Melur menyambut gurauan Firdaus. Sekali lagi Firdaus melepas tawa.

“Tapi yang tak bestnya,kalau dapat suami kaya yang banyak hangin. Maklumlah,nak penuhkan satu troli tu,macam-macam yang kita kena hadap dan dengar. Siapa yang best kan?” sambung Melur lagi. Riak muka Firdaus terus berubah menjadi serius. Direnungnya wajah Melur yang juga sedang memandangnya. Mereka bertentang mata dan selepas seketika,mereka sama-sama melepas tawa. Mereka sendiri tahu apa yang Melur katakan itu ada benarnya dan diperli seperti itu membuatkan Firdaus geli hati.

“Kenapa? Kena smash dengan mulut puaka ya?” Soalan Firdaus mencetus tawa Melur.

“Bukan mulut je puaka tapi lagak pun macam diva. Kekwat. Sombong tak ingat dunia. Macamlah dia best sangat. Satu troli je pun.” jawab Melur bersungguh. Firdaus berkerut.

“Tak puas hati lagi tu.” kata Firdaus sambil menekan hujung hidung Melur. Melur ketawa lalu mengerutkan wajahnya sekali lagi.

“Jom tidur? Melur mengantuklah.” kata Melur perlahan. Firdaus mengangguk. Seperti biasa, Melur menyalami Firdaus.

“Melur minta maaf untuk salah silap Melur hari ni. Minta halal semua yang abang dah bagi pada Melur.” kata Melur lembut disudahi salamnya. Firdaus menjawab salam Melur perlahan. Dia mematikan lampu utama. Ditemani cahaya dari lampu sisinya,Firdaus terus berfikir tentang kata-kata Melur tadi. Dia tidak dapat tidur.

“Abang,kalau diberi pilihan,Melur memang tak nak kerja sebab nak tumpukan perhatian pada abang dan rumahtangga kita. Tapi,kalau abang suruh Melur kerja,Melur akan ikut cakap abang.” tiba-tiba Melur bersuara dalam kesamaran.

“Kenapa?” soal Firdaus tidak mengerti maksud sebenar Melur.

“Suruhan suami tu kan perintah? Jadi Melur kena ikut kalau itu yang terbaik.” jawab Melur lembut sambil meletakkan tangannya di atas tangan Firdaus. Firdaus diam seketika sebelum tersenyum kecil.

“Abang tanya je. Bukan suruh. Tidurlah.” kata Firdaus mengakhiri. Dia berbaring di sisi Melur. Menatap wajah Melur dalam kesamaran cahaya dari luar bilik.

‘Adriana Zulaika. Cantik dan baik. What else?’ Sepi. Firdaus masih berfikir. Tiba-tiba bayangan Dee muncul di ruangan matanya.

‘Ahh! Dee pun cantik juga. Baik juga. Aku sayang dia. Bila kami kahwin,Dee pun akan buat yang terbaik untuk aku dan rumahtangga kami. Kan Dee?’ Sepi. Firdaus sedikit ragu. Tapi dia perlu yakin akannya.

‘Ya,dia akan buat. Untuk aku.’

🌼 TQSM kepada semua teman2 khususnya dari Indonesia yg sudi mendapatkan novel ni dari cnc. Walaupun biaya kirimnya agak lumayan. Love u all. 💙

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now