Bab 37

11.4K 210 25
                                    

Hari ke dua perhimpunan keluarga Firdaus bermula dengan solat Subuh berjemaah. Usai solat Subuh,mereka sekeluarga melakukan aktiviti senaman yang diketuai oleh Firdaus. Selepas mandi dan solat Dhuha, mereka bersarapan pagi dengan hidangan nasi lemak ayam berempah. Melur sekali lagi menganjurkan permainan kanak-kanak iaitu teka teki secara berkumpulan. Dengan meniru gaya artis,lagu,filem,haiwan dan sebagainya. Itu telah mencetus riuh rendah di rumah itu. Mereka semua gembira. Kemudian mereka memasak bersama dan makan tengah hari. Usai solat Zohor berjemaah, semua orang berehat di bilik masing-masing manakala Firman dan Malia keluar membeli belah.

“Melur nak ke mana?” soal Firdaus apabila Melur mahu keluar dari bilik mereka.

“Melur nak ke dapur. Nak masak untuk makan malam.”

“Awal lagi ni. Rehat la dulu. Semua orang pun tengah rest kat bilik,ni Melur pula nak buat kerja?” Melur senyum dan berdiri di hujung katil.

“Kenapa? Abang nak Melur temankan abang tidur ke?” soal Melur lembut.

“Abang nak Melur rehat. Tu je.” jawab Firdaus serius.

“Sejak bila abang ambil berat fasal Melur ni?” Firdaus bangun menghampiri Melur.

“Sejak ada rasa di sini.” jawab Firdaus perlahan sambil menepuk dada kirinya. Sepi. Mereka saling bertatapan tetapi akhirnya Firdaus melepas tawa kecil.

“Perasan la tu? Dah hanyut ya?” soal Firdaus bersama tawanya. Melur tenang sahaja tetapi dia menggeleng-geleng di hujungnya.

“Ayat power ke tu? Kasihan.” Ketawa Firdaus mati. Melur mendengus kecil.

“Setakat ayat macam tu,Melur tak hairan la abang. Masa kat kampus dulu,bersepah student lelaki yang nak mengurat Melur guna ayat yang jauh lebih power dari tu tau?” ujar Melur dengan nada mendatarnya. Firdaus berkerut.

“Siapa? Bagitahu abang siapa nama dia?” soal Firdaus seperti marah.

“Apa kaitannya dengan abang?” soal Melur kehairanan.

“Hello? Yang dia nak tackle tu isteri Firdaus Iskandar tau?” Melur tersenyum senget.

“Excuse me? Yang dia nak tackle masa tu bukannya isteri Firdaus Iskandar tau? Not yet. Jadi tak payahlah nak drama sangat.” jawab Melur bersama gayanya. Firdaus terdiam.

“Isteri Firdaus Iskandar konon. Pantang orang usik dia punya,terus nak marah. Herolah sangat. Such a drama king. Tak habis-habis.” Firdaus terus diam. Dia baru tersedar dengan kesilapannya. Namun dia tidak tahu kenapa dia begitu. Melur terus berlalu ke dapur.

“Masak apa ni?” soal Firdaus tidak lama selepas itu. Sesudah habis malunya tadi.

“Soto ayam.”

“Soto ayam? Siapa yang nak makan soto ayam?” Melur menoleh.

“La,nikan favorite Kak Lia dan umi? Abang tak tahu ke?” soal Melur aneh. Firdaus hanya menggeleng kecil.

‘Dia pun tak tahu tapi dia ambil tahu. Bukan macam aku. Family sendiri pun tak lepas.’ bisik hatinya.
Firdaus menolong Melur merebus nasi impit dan merendam bihun. Juga menolong memotong bawang. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk siap kesemuanya, namun hasilnya buat mereka gembira.

Mereka solat Asar berjemaah tapi kali ini diimamkan oleh Firman. Dan di sebelah petangnya,mereka semua ke pantai di hadapan banglo mereka. Firdaus ralit melihat Melur yang sedang bermain bola tampar bersama abangnya,Malia,umi,abi dan Rania. Damia pula sedang leka bermain pasir. Tiba-tiba abinya berhenti berehat. Dia datang dan duduk di sebelah Firdaus sambil meneguk air di gelasnya. Sepi.

“Abi rasa abi tak salah pilih isteri untuk Fir.” Firdaus memandang abinya dari ekor matanya. Haji Nasarudin terus memerhati menantunya.

“Tengoklah dia,cantik,baik, berpelajaran,datang dari keturunan yang elok. Apa yang tak ada pada dia? Nothing. Just perfect.” sambung Haji Nasarudin lagi. Firdaus terus melihat Melur.

“Tapi yang paling mahal tentang dia..,dia dah satukan family kita ni.” Firdaus menoleh.

“Abi rasa family kita tak bersatu ke selama ni?” Perlahan abinya menggeleng.

“Kita memang nampak bersatu tapi hakikatnya tak. Kita makan bersama,berkumpul, tapi sebenarnya kita dengan dunia masing-masing. Buat hal sendiri. Bercakap apa yang perlu. Tak ada kemesraan. Tapi tengoklah apa yang Melur buat. Dia ambil inisiatif adakan family gathering ni untuk satukan kita semua. Dia dah buka sudut berbeza dalam setiap dari kita semua. Dari senyap dah jadi riuh. Dari tak bercakap dah jadi banyak cakap. Dah pandai bergurau dan buat joke dah semua. Masing-masing dah boleh bercerita perihal diri masing-masing antara satu sama lain. Share cerita,pendapat dan solution. Pendek kata,yang renggang dah jadi rapat. Semuanya kerana Melur. Tu yang Fir tak akan dapat dari perempuan lain.” ujar Haji Nasarudin tenang dan teratur. Firdaus menoleh memandang abinya tetapi abinya sedang melihat mereka.

“Fir pernah tengok Kak Lia galak macam tu? Abang Man tu gelak bukan main kuat lagi. Si Nia pun gedik tak ingat. Tu yang kecik tu pun tumpang sekaki. Mengilai juga tu.” Firdaus senyum sambil memerhatikan mereka.

“Yang tak tahannya umi pun galak geletis juga tu. Ketawa tak ingat dunia. Suka benor nampaknya. Main bola je pun. Abi tak sangka umi pun ada sudut geletisnya juga. Tak sangka isteri abi tu boleh tahan orangnya.” Firdaus menoleh bersama ketawanya tetapi abinya tidak ketawa. Dia berhenti ketawa dan melihat ke depan semula. Sesaat kemudian mereka berdua sama-sama ketawa kelucuan.

“Isteri abi la tu.” usik Firdaus merujuk kepada uminya. Mereka ketawa lagi.

“Dan Melur isteri Fir. Jangan sia-siakan dia. Dia yang terbaik untuk Fir dan kita semua.”
Firdaus diam lalu memandang isterinya. Sekejapan Melur datang mengajaknya bermain bola tampar bersama. Uminya juga turut menjemput suaminya bermain. Mereka berpimpin tangan menuju ke pantai. Firdaus rasa terharu melihat mereka.

“Jom?” kata Firdaus dan menggenggam tangan Melur menuju ke pantai.

Malamnya mereka makan malam bersama. Makan malam terakhir sebelum pulang esoknya. Keadaan riuh dengan suara mereka yang saling bercakap.

“Inilah soto ayam paling sedap Kak Lia pernah makan.” kata Malia memuji. Firman hanya mengangguk bersetuju dengan mulut penuh. Firdaus memeluk bahu Melur.

“Tengoklah isteri siapa yang masak?” puji Firdaus. Firman mencemik.

“Nak up isteri sendiri la tu.” kata Firman bergurau. Malia ketawa sahaja.

“Umi,abi mesti romantik orangnya kan?” soal Melur. Hajah Rohana memandang suaminya.

“Kenapa Melur cakap macam tu?” soalnya tidak mengerti.

“Sebab Abang Fir romantik.” jawab Melur sambil memandang suaminya.

“Biasa anak lelaki akan ikut sikap ayahnya.” sambung Melur lagi.

“Maaana ada. Uuumi lagi romantik tau? Abi ni lebih kurang macam patung mannequin tu la. Tak ada perasaan.” jawab Hajah Rohana mempertikaikan.

“Tu abi bangkang. Abi lagi romantic dan dramatic tau? Sebab tu dapat 3 orang anak. Fir ni romantik sebab ikut sikap abi la. Mana jatuhnya buah kalau tak ke bawah? Tak gitu Fir?” Firdaus bangun dan saling bertampar tangan dengan abinya.

“Wow! Abi dan Abang Fir tag team la umi. Habislah umi kali ni.” sambut Rania mengusik. Firdaus menoleh memandang abinya yang sedang memeluk bahunya.

“Tengoklah anak lelaki siapa? Kau hado?” jawab abinya bersemangat. Firdaus ketawa. Dia rasa gembira dilayan seperti itu oleh abinya. Dia memandang Melur dan Melur mengangkat ibu jari padanya. Firdaus terharu kerana ‘taktik’ Melur membuahkan hasil. Ianya telah merapatkan hubungan Firdaus dan abinya.

“Dengan itu,abi menang 1-0. Sorry umi.” sambung Rania lagi.

“Takpe. Lepas ni umi pulak yang menang. Siapa nak join team umi?” Sepi. Tiada siapa yang bersuara. Seketika,semua orang ketawa kelucuan.

🙏Terima kasih sudi vote🙏
             22 July 2022
                    -cnc-

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now