Bab 58: Serangan Sharki di SMBB

35 6 9
                                    

BAB 58: Serangan Sharki di SMBB

TINA duduk di salah satu kerusi di dalam Restoren Mat Ali iaitu restoren campuran makanan 'Western' dan 'Melayu'. Khai pula duduk di kerusi di hadapan Tina.

"Awak nak 'order' apa-apa pun boleh. Saya belanja." kata Khai manja.

Tina tidak menghiraukan Khai dan hanya masam mencuka. Kemudian, dia memandang ke arah Khai. Semalam Khai jugalah yang cuba memujuknya, bukan Dilan.

"Khai. Saya bukannya sebaik yang awak sangka. Mungkin awak patut lupakan saya. Apa yang Mina cakapkan semalam adalah betul." ujar Tina sedih dan mengeluh berat.

"Tiada seorang pun manusia di atas dunia ni yang tidak pernah buat silap, kecuali bayi. Apa yang penting awak sudah berubah, kan." balas Khai dengan senyman nipis. Tina menatap mata Khai untuk sementara dan kemudian mengalihkan pandangannya ke arah lain pula.

"Saya tak sukakan awak, Khai." kata Tina berterus-terang. Khai tersenyum dan mengangguk.

"Saya tahu. Saya cuma mahu jadi pendengar awak aje sekarang ni. Awak mesti perlukan tempat untuk meluah, kan? Saya boleh jadi orangnya, buat masa ni."

"Tapi, ia akan sakitkan hati awak."

"Tak apa. Ia hanya untuk sementara."

"Awak ni peliklah. Awak pilih untuk sakitkan hati awak sendiri." kata Tina tergelak kecil kerana sedikit terusik dengan kata-kata Khai.

Khai juga tergelak kecil. "Hehehe, jom pesan makanan." cadang Khai. Tina mengangguk dan terus menekan butang 'call' di tempat yang disediakan.

Selepas hampir setengah jam menjamu selera, mereka keluar dari restoren itu dan bersorak gembira.

"Awak nak ke mana-mana lagi selepas ni?" soal Khai lembut dan tergedik-gedik. Tina membuat gaya berfikir.

"Tak apa ke kita ponteng ni?" soal Tina gusar. Khai tergelak kecil.

"Tak apa. Nanti saya suruh sekolah kita 'tutup mata' sahaja, macam semalam." jawab Khai cepat, disebabkan itu Tina terus melompat-lompat kerana gembira.

"Jom kita main 'roller blade'!" cadang Tina. Khai membuat muka takut.

"Ha? Ro-roller blade? Tapi, saya takut, saya tak pandai main." kata Khai membuat wajah ingin menangis. Tina gelak sakan dan kemudian menolak bahu Khai perlahan.

"Tak apa. Saya ajarkan." pujuk Tina.

Khai menggelengkan kepalanya, namun Tina memujuk Khai berkali-kali sampailah Khai menjawab 'ya'. Tina terus bersorak gembira saat Khai bersetuju. Dia menarik anak lengan baju Khai kuat untuk ke tempat 'roller-blade' yang berada berhampiran tempat itu. Sampai sahaja di kedai 'roller-blade'. Tina mengambil dua pasang kasut roda dan membayar wang di kaunter untuk menyewanya selama sejam.

Tina memegang tangan Khai yang ketakutan dan duduk di bangku berhampiran taman. Kemudian, Tina memakaikan kasut itu untuknya terlebih dahulu dan setelah itu, barulah memakaikannya kepada kaki Khai pula. Namun, air mata jantan Khai mulai gugur.

"Ala, janganlah nangis. Nanti orang ingat saya buli awak." kata Tina garang sambil bercekak pinggang. Oleh itu, Khai mengesat air matanya.

"Awak jangan lepaskan saya." arah Khai manja. Tina mengangguk faham, kemudian dia membantu Khai untuk bangun.

"Bangun perlahan-lahan. Jangan takut." pesan Tina dan memapah Khai untuk bangun.

Namun, disebabkan Khai masih lagi tidak pandai menstabilkan dirinya, dia jatuh dan telah menarik Tina sekali. Tina turut terjelopok jatuh. Tina ketawa jahat dan menepuk-nepuk rumput berhampiran. Nasib baik mereka terjatuh di atas rumput, jadi impak jatuhnya tidaklah kuat dan tidak melukakan mereka.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now