...sambungan Bab 58

41 6 0
                                    

...

SEBELUM ITU, pada pukul 4.40 petang, Zull mengerling jam di tangannya. Dia menggaru tangannya yang tiba-tiba terasa gatal. Dia datang ke 'Bunny Kafe' tepat-tepat pukul 4.20 minit petang. Dia tidak pergi kerja pada hari ini kerana Ayuri memberinya cuti. Entah kenapa baik pula Ayuri dengannya pada hari ini. Adalah tu agaknya perkara yang menggembirakan dia. Kalau hari-hari perempuan tu gembira, senang agaknya hidup dia nanti. Fikir Zull.

Kemudian, dia membuka buku menu di atas meja untuk melihat menu apa yang ada di dalam kafe ini.

"Ah, aku bawak 20 ringgit aje, tak cukup nak makan ni. Bedah ni, kalau ajak aku di kedai makan tepi jalan pun okey jugak. Air sirap dia mungkin baru 2.50 ringgit. Waduh, mana pula Bedah ni. Bedah mana kau! Geramnya aku, kau ingat aku apa nak tunggu kau dekat sini ha. Hei, makin hensem aku menunggu dekat sini! Sudahlah aku lahir-lahir aje muka dah macam Tom Cruz, tunggu kau dekat sini, jadi Johnny Dapp-lah jawabnya. Makin hensem! Baik aku jadi penunggulah kalau macam tu. Ahahaha." bebel Zull panjang.

Sebenarnya, dia menunggu Mina memandangkan Mina mahu berjumpa dengannya di kafe ini pada pukul 4.30 petang.

"Kau tengok ni. Kubah kebal muncul di sekolah. Polis tembak pun tak jadi apa-apa. Takutnya. Macam-macam jadi di bandar kita ni. Takut pula aku. Aku rasa bandar kita ni sudah tak selamat lagilah." ujar seseorang yang duduk di meja belakang Zull.

Dia sedang melihat sebuah 'blog live' di telefonnya. Ada seseorang membuat siaran lansung di laman blog itu. Sebentar lagi, ia mungkin akan disekat. Pemilik blog tersebut sedang merakam kejadian di sekolah SMBB di mana sebuah kubah besar dan berwarna hitam mengelilinginya.

"Dekat mana ni?" soal kawannya sambil menghirup air jus tembikai.

"SMBB. Sekolah lama tu." balas seseorang itu pula.

Zull yang secara tidak sengaja mendengarnya bingkas bangun dan mendekati meja orang itu. Sedang ralit mereka bercerita, mereka berhenti apabila Zull mendekati dan kepalanya betul-betul di tengah-tengah meja itu sambil menatap telefon yang dipegang oleh salah seorang antara mereka. Lelaki itu terus membuat wajah marah menyinga kepada Zull.

"Ah. Maaf, maaf. Silakan, silakan. Terima kasih." kata Zull dan terus keluar dari restoren tersebut.

Nasib baiklah dia tidak sempat memesan apa-apa makanan. Dia cuba menefon Dilan dan yang lain, tetapi tidak terangkat. Jadi, dia harus ke SMBB. Patutlah Dilan dan yang lain masih belum balik dan Mina tak datang-datang lagi. Fikir Zull.

Zull pulang ke rumah terlebih dahulu kerana dia perlu bertukar menjadi Hitam. Setelah siap memakai baju Hitam di dalam, dia keluar dari biliknya semula dengan memakai baju berhud di luar bersama beg galas yang menyimpan segala kelengkapan yang lain. Dia akan pergi ke rumah Miss Broome dahulu sebelum ke sekolah. Sewaktu melepasi bilik Niel, Zull berhenti.

Mungkin kalau dia masuk ke bilik Niel, dia akan jumpa apa-apa tentang kubah hitam kebal seperti yang dikatakan oleh dua orang lelaki di restoren tadi. Jika tidak lut oleh pistol, belum tentu lagi serangannya akan lut. Jadi, lebih baik dia jumpa 'pakar'.

Disebabkan itulah dia perlu berjumpa dengan Miss Broome (MB) dahulu sebelum ke sekolah. Tetapi, alang-alang salah seorang sekutu Raidez pun ada di rumahnya, apa salahnya dia menyiasat.

Zull memasuki bilik Niel dan cuba mencari apa-apa yang penting di situ. Dia mencari sesuatu di rak buku sehinggalah dia terjumpa buku nota. Zull membeleknya dengan sepintas lalu kerana hanya mahu mencari maklumat penting. Kebanyakan yang dia jumpai di dalam buku itu ialah kiraan duit atau belanja harian. Niel mungkin sedang cuba menyimpan duit perbelanjaannya.

Setelah bosan, dia menggapai fail lutsinar berwarna merah dan membuka tali yang mengikat fail itu. Nampak macam penting. Bisik hatinya. Zull membukanya dan dapat melihat surat beranak Niel di dalamnya.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now