FIFTY-TWO

551 42 17
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









"Doktor kata papa boleh sembuh dalam beberapa bulan lagi, kena selalu pergi terapi..." ujar Puan Jeon.

Jungkook mengangguk faham, tangan Tuan Jeon dipegang lembut. Lelaki 50-an itu sudah boleh bergerak cuma masih perlukan sedikit sokongan, bercakap pun masih tidak jelas. Apapun Tuan Jeon tetap mengalami perubahan yang baik sejak terkena strok.

"Papa," Jungkook mengusap perlahan belakang tangan papanya. "Kook minta maaf kalau kedatangan Kook hari ni tak menyenangkan papa. Kook cuma nak melawat sekejap, sebagai seorang anak dan sementara papa masih ada..."

"Kook doakan papa kembali sihat macam dulu. Pasal syarikat, Kook putuskan untuk kekal jadi presiden saja. Kook tak nak papa fikir Kook gila kuasa sebab Kook memang tak pernah fikirkan pasal tu. Asal boleh cari rezeki untuk keluarga, dah memadai,"

"Kook bukan anak yang baik, tapi Kook cuba untuk tidak derhaka dengan papa jadi please... Kook nak kita berbaik. Kook minta ampun atas semua salah silap Kook selama ni. Kook tak nak dendam dengan papa, dengan hyung, dengan sesiapa pun lepas ni. Boleh ya, papa?"

Tuan Jeon hanya diam, namun matanya tidak berkalih dari memandang wajah Jungkook yang benar-benar mengharap daripadanya.

Faham papanya tak boleh bercakap seperti biasa, Jungkook tersenyum tipis dan menganggap diam Tuan Jeon itu bermakna setuju. Tangan Tuan Jeon yang masih dalam genggaman, Jungkook kucup perlahan.

Puan Jeon yang entah kenapa berasa sebak, menggosok kepala Jungkook lembut. Terharu dengan anak lelaki bongsunya yang sebelum ini dibuang oleh ayah sendiri, tetap terbuka hati meminta maaf walau tiada salah.

Sangat menampar diri bila tersedar, bahawa anak yang terlalu dikasihi tak semestinya baik dan anak yang terpinggir tak semestinya tak baik.











"Chaerin main dekat gelongsor tu saja ya? Jangan main tempat lain," pesan Chaewon sebelum biarkan Chaerin  bermain di kawasan permainan kanak-kanak.

Sementara Jungkook melawat ayahnya di rumah keluarga Tuan Jeon, Chaewon membawa anak-anaknya berjalan di bandar dan sekarang mereka makan di KFC.

Bukan tak mahu mengikut Jungkook, Chaewon cuma rasa dirinya tidak diingini oleh keluarga Jungkook. Biasalah bukan menantu idaman, Chaewon sedar diri dan biarlah Jungkook saja yang pergi bimbang kehadirannya tidak disukai terutama Tuan Jeon.

"Weee!!" sorak Chaerin tika bermain gelongsor.

Chaewon hanya tersenyum melihat anaknya bermain sambil makan ayam goreng, sesekali mengawasi Jungwon yang duduk di kerusi bayi.

"Eh, macam kenal je perempuan yang makan dengan baby tu..." ujar seorang wanita yang duduk selang beberapa tempat dari Chaewon.

"Bukan Chaewon ke tu?"

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now