...sambungan Bab 63

23 4 0
                                    

...

AYUMI bermasam muka di butik pengantin tersebut. Dia tidak sukakan keadaannya sekarang, tetapi dia tidak mempunyai pilihan lain. Dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka. Kalau diikutkan hatinya, dia mahu melarikan diri dari rumah. Tetapi, macam mana dia akan hidup atau di mana dia akan tinggal sedangkan dia tidak ada kawan?

Ayumi menyalahkan dirinya kerana sifat sombongnya itu. Kalau dia tidak begini, mungkin dia akan mempunyai kawan yang baik. Kawan yang baik, huh? Tiba-tiba sahaja dia teringatkan tentang Yurina, Henna, Tina dan Mina. Mereka masih ingat dia ke? Adakah mereka merindui dia? Atau mereka gembira dia meninggalkan kumpulan itu? Mungkin mereka gembira.

Selepas hari esok, dia akan berkahwin dengan Ezzat Afgan. Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Macam manakah dia mahu menjadi seorang isteri sedangkan dia belum bersedia? Ayumi menggenggam baju pengantin di pahanya. Mereka sedang mencuba baju pengantin di butik tersebut.

Tanpa dia sedari, air matanya mengalir kerana ada banyak benda yang bergelodak dalam hatinya. Tentang NS, tentang ibu bapanya, tentang perkahwinan dan tentang Khai. Dia baru jatuh suka kepada lelaki itu, tetapi sekarang dia perlu paksa diri dia untuk mencintai lelaki yang dia langsung tidak sukai.

Kemudian, dia dapat rasakan seseorang sedang mengesat air matanya menggunakan tangan. Mata yang dipejam tadi dibuka semula, kemudian dia terus memegang tangan itu dan menekan tangan tersebut ke meja kerana pada waktu itu dia sedang duduk di kerusi meja yang berada dalam butik.

"Aaahhh!" lelaki yang bakal menjadi suaminya itu mengaduh kerana sakit dengan tindakan tidak diduga oleh Ayumi.

"Kau dah kenapa!? Kenapa sentuh-sentuh aku, jantan keparat dan tak guna!" marah Ayumi lantang sehingga pekerja butik dan pelanggan yang berada di situ terperanjat dan mengangakan mulut kerana terkejut.

"Maaf, sayang. Abang tak sengaja, abang cuma mahu mengesat air mata sayang yang keluar tu." Afgan menerangkan sambil menarik tangannya kembali dan kemudian mengusap tangan itu.

"Sayang-sayang! Siapa sayang-sayang kau tu!"

"Lah, sayanglah. Sayangkan nanti akan jadi isteri abang, dah tak lama dah lusa tu." Afgan mengenyitkan mata kerana mahu menggatal dengan bakal isterinya.

Ayumi menggigit bibir. Suka hati sahaja Afgan menyentuhnya tanpa izin, tidak seperti Khai. Selepas dia memarahi Khai disebabkan sesuatu yang dia tidak suka, Khai tidak akan terus membuatnya. Tetapi, lelaki ini sudah banyak kali sengaja menyentuhnya, mentang-mentanglah mereka akan menikah juga akhirnya.

Bukan itu sahaja, Khai juga tidak suka menyentuhnya sesuka hati dan betul-betul menghormatinya sebagai perempuan bermaruah walaupun sikapnya lebih lembut berbanding lelaki lain. Tetapi, itulah yang unik tentang Khai dan yang dia suka mengenai Khai. Dia suka sifat Khai yang sangat menghormati dan budiman dengan semua perempuan.

Disebabkan Khai lembut, jadi Ayumi selalu memberitahu dirinya bahawa dia perlu melindungi Khai. Oleh sebab itulah, dia juga berlatih dengan kuat untuk melindungi Khai dan orang yang dia sayang. Dia tidak kisah melindungi Khai.

Apa salahnya? Dia kuat dan Khai lemah. Apa salahnya yang kuat melindungi yang lemah? Tak salah, kan? Tidak semestinya lelaki yang selalu perlu melindungi perempuan, perempuan juga boleh kalau perempuan lebih kuat dari lelaki, kan? Entahlah, malaslah dia nak fikir.

"Sayang nampak cantik sekali." Kata Afgan sambil menangkap gambar Ayumi yang belum bersedia itu.

"Kau tangkap gambar aku?"

"Ya, sebagai kenangan untuk anak cucu kita nanti. Sayang cubalah panggil abang, kita kan dah nak nikah. Biasa-biasakanlah sekarang, nanti senang."

"Pergi mampus! Aku tak akan panggil kau macam itu sehinggalah kau betul-betul jadi laki aku! Sudahlah! Lambat lagi ke!? Aku nak baliklah." Kata Ayumi garang sambil menyilangkan tangan dan kakinya di kerusi itu.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now