...sambungan Bab 64 (Bhg akhir)

35 7 2
                                    

Selepas Mazhe berlalu pergi, Nek Chu pula yang datang ke situ. Niat hatinya mahu berjumpa dengan Ayuri. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Cik Ayuri, kawan sejak kecil Khai.

"Ayuri sihat?" tegurnya.

Ayuri tersenyum dan mengangguk, tadi dia sudah bersalaman dengan Nek Chu, cuma tidak sempat bertanya khabar sahaja kerana situasi agak kalut.

"Ya Nek Chu. Kenapa belum makan lagi?" soalnya, saja berbasa-basi.

Dia pun bukannya suka sangat bercakap banyak dengan Nek Chu. Kalau tidak ia mengingatkan dia akan perangai dan layanan lamanya terhadap Mina dan yang lain sebelum ini. Yalah, dia dulu sangat sombong dengan mereka, siap panggil Mina dan Tina perempuan miskin lagi. Haih! Menyesal kalau teringatkan hal itu balik. Tak apa, sekarang dia mahu berubah. Sedikit demi sedikit.

"Cantik sangat Ayuri pakai tudung."

"Ahaha, terima kasih."

Nek Chu tersenyum lagi. "Nek Chu baru makan sebenarnya, tapi tak apalah, kalau Nek Chu nampak bakal besan Mazhe makan, Nek Chu ikut. Makan sama-sama baru meriah."

"Dengan orang macam Nek Chu tak sangat kut." Celah Zull secara tiba-tiba.

Elok pula dia berdiri, tadi dah macam rupa tenggiling kena cabut nyawa. Nek Chu terus berpaling ke arah Zull. Ayuri dan Mina juga sama. Dah kenapa cakap macam itu? Fikir mereka berdua.

Budak ni memang suka sangat naikkan darahnya, kan. "Oh, kamu pun ada di sini rupanya. Maaflah ya, tak perasan sebab mata saya ni hanya boleh melihat orang-orang baik saja."

"Baik ke orang tu sampai sanggup upah orang untuk campak anak orang lain ke dalam sungai?" sindir Zull.

Ya, dia sudah tahu dalang yang membuat perkara itu kepadanya. Apa susah, dia minta tolong Tuan Khairi melihat CCTV yang terdapat di kawasan itu. Walaupun kejadian itu tidak diawasi oleh CCTV, tetapi ada sebuah van berwarna hitam kelihatan menuju ke arah jambatan tersebut yang menepati masa kejadian, pukul 10.30 malam.

Dia sendiri sudah menemui uncle yang menolaknya dan siap mengorek rahsia lagi. Uncle itu siap mengaku selepas diugut akan dimasukkan ke dalam penjara semula sebab dia baru sahaja keluar 3-4 bulan yang lepas. Eh, tahu pula takut. Mungkin tawaran Nek Chu agak banyak, itu yang dia kelabu mata.

Nek Chu tak tahu yang dia sedang bermain dengan api. Ingat Zull ini senang kena pijak ke? Zull bekas penyiasat genius kut. Benda-benda macam ni memang celah gigi dialah. Hehehe! Well, sekarang dia ada sesuatu yang boleh memeras ugut Nek Chu. Ingat Nek Chu sahaja ke yang boleh main kotor? Dia tak tahu budak lelaki umur 18 tahun ini lebih licik darinya. Ahahahaha! Ahahahaha! Fikir Zull dengan senyuman sinis di hadapan Nek Chu.

"Ka-kamu, kita bercakap tempat lain sekejap." Kata Nek Chu dengan wajah cuak dan suara yang terketar-ketar.

Lantas, dia berlalu pergi ke tempat yang sunyi dan tersembunyi sedikit. Ada perkara yang dia perlu selesaikan dengan budak tak guna itu! Zull mengikut di belakang. Ayuri dan Mina terkebil-kebil di situ?

"Dicampak ke dalam sungai? Huh, Nek Chu ni belum bertaubat lagi ke? Nek Chu tak tahu ke Nek Chu sedang bermain dengan orang yang salah? Entahlah labu, nasiblah kena 'game' dengan Zull. Baru buku bertemu ruaslah agaknya." Bisik hati Ayuri dan malas untuk masuk campur urusan Nek Chu dan Zull.

Kalau lawan Nek Chu orang lain, mungkin dia akan masuk campur dan menyokong orang itu kerana dia tidak mahu perkara sama yang berlaku kepada Mama Elena terjadi kepada orang lain lagi. Tetapi, kalau dengan Zull, tak apa kut sebab budak itu lebih sewel daripada Nek Chu. Hm...

Dia tak adalah kenal sangat hati budi Zull, tetapi sepanjang Zull jadi pekerja, KPS dan rakan sekelasnya, adalah juga sifat-sifat Zull yang dia faham. Budak itu bukannya pandai duduk diam. Selagi dia boleh lawan kalau dia kena pijak, dia lawan. Cikgu Arif dan Cikgu Azrell pun dia berani lawan. Bukan kaleng-kaleng budak itu. Selagi boleh redah, dia redah. Ayuri tersenyum. Hehehe.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now