Special One-Shot RAYA

821 63 33
                                    

Aku tahu raya dah lama, raya haji pun dah lepas tapi... Nehh~

Enjoyy~

.

.

.

.

"AAAAARGHHHH!! CEPAT BOBOIBOYYY!! CEPATT!!"

"BOBOIBOY BLAZE BIN AMATOO! MANA KAU REMBAT SELIPAR JEPUN AKU?!"

"JADI ABANG JANGAN KEDEKUT! PINJAMLAH GEMPA PUNYA DULUU!!"

" LILI-CHANNN!! PINJAM MOTORR TERIMA KASIHH~"

"HOVERBOARD KAU MANAA??!!!"

"ABANG GEMPAAAA!! TOLONGGG!! KETUPAT NI TERBELITTTT!!!"

" ICEEEE!! DASAR ADIK DERHAKA! BANGUNLAH WOI! NAK HANGUS DAH LEMANG TU!! "

"AAAAAAAAAAAAAAA KEDAI DAH NAK TUTUPPPPPPP!! KEDAI NAK TUTUOOOPPP!!!"

Villa penginapan Geng Kokotiam pada malam itu yang awalnya aman damai menjadi huru-hara sebaik sahaja pengunguman raya ter'awal' diumumkan di kaca televisyen.

Manakala Ying, Yaya dan Fang hanya memandang sweatdrop saudara elemental dan Gopal yang dah meroyan macam gaji bulan ni kena tunda.

"Haih.. tula kan dah suruh beli baju raya awal-awal. Kan dah.." omel Yaya yang tengah buat biskut. Kawasan dapur dah sepenuhnya milik Yaya sebab tak ada siapa yang berani nak masuk kawasan yang wujudnya biskut Yaya. Biskut puaka tu!

Ok, mari kita tengok satu-satu apa yang sedang dilakukan mereka.

Bermula dengan Gempa yang tengah kacau rendang daging dalam periuk besar, sambil tumbuk lada sulah.

Halilintar pula sedang memotong segala jenis bahan yang nak digunakan untuk masak lodeh esok pagi. Bak kata Gempa, siapkan bumbu nya malam ni, esok baru masak.

Thorn pula elok anyam ketupat sambil tolong buka daun palas yang terbelit pada badan Solar. Solar pula strunggel nak lepaskan diri.

Ice pula dengan kepala yang berbenjol sebab dipukul Gempa ,tengah kipas lemang yang hampir nak terbakor sebab dia tidur tadi.

Ice : TER! Ter-tidur okeeeyy??

Manakala Taufan, Blaze dan Gopal dan merempit pergi expo Raya dengan motor Hali. Jangan contohi anak anak ini ya? Naik motor hanya dua orang sahaja dalam satu masa!

Yaya seperti yang anda tahu, dia tengah buat biskut puaka keramat dia tu. Gempa dah mengharamkan semua orang terutamanya Taufan daripada jejak kawasan Yaya. Karang dia termakan biskut Yaya bertukar jadi Beliung siapa nak jaga??

Manakala Ying dan Fang tengah gaduh pasal nak letak lampu liplap ketupat atau lampu liplap kerbau dekat depan rumah. Senang cerita mereka berdua tengah hias rumah laa nak raya kan?

"IShhhh!! Depan rumah letak kerbau buat apa?!" Marah Ying .

"Apa?? Okey lah tu letak depan pintu, kerbau comel apa??" Fang mempertahankan ideanya.

"Eeeee! Lu memang tak ada test ke apa? Baju semua bukan main Budak OO'D budak O'OD! " budas Ying balik.

Ok biarkan mereka berdua kat situ.

"Gem.. yang dah siap ni nak taruk mana?" Tanya Ice sambil tangannya peluk seberkas lemang yang sempat diselamatkan.

"Lemang taruk dekat tikar mengkuang Thorn. Sebelah meja. Esok pagi baru belah-belah lemang tu" jawab Gempa.

Ice pun berjalan sambil peluk lemang tu.

"Woiii!!! Adik bertuahh! Aku kata letak dekat tikar mengkuang! Bukan pokok perangkap daun mengkuang!! " Gempa melenting lagi bila Ice masukkan lemang lemang tu dalam pokok perangkap periuk kera karnivor Thorn. Ya Allah.... naik darah tinggi aku macam nii!

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now