5

15K 560 15
                                    

Putera Aiden

Aiden memasuki ruang lobi Hospital Utama Vinna dengan diiringi beberapa orang dari pihak hospital. Sejujurnya dia kurang gemar acara keramaian begini namun dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya rasa terpanggil untuk menyertai acara sebegini. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Hatinya seakan meronta ronta perlu datang ke sini. Mungkin kerana isi kajian rahsia yang menjadi isu pergaduhan mulut antaranya dan Putera Amar.

Putera Amar enggan menyertai mereka. Protes mungkin.

Ayahnya Raja Evan sudah pun masuk ke Grand Auditorium Hospital, menunggu Putera Aiden yang baru sahaja sampai.

Dari jauh kelihatan sekumpulan manusia juga baru sahaja masuk ke Grand Audi, ada yang berlari lari dan ada juga yang memegang buku sambil berjalan.

Tiba tiba Aiden terbau sesuatu yang manis. Vanilla dan strawberry. Oh ada unsur mint juga. Sedapnya bau ini. Aiden menghirup udara manis itu sedalam dalamnya.

Sesuatu dalam dirinya menjadi aktif. Seluruh sistem badannya. Jantungnya berdegup kencang. Hormon seksualnya meningkat. Seolah olah resah mencari sesuatu. Atau seseorang.

"Mate kau ada kat sini," suara serigala dalaman halus memberitahu.

Aiden tersentak dan terpana.

Mate aku disini.

Lantas Aiden mengorak langkah mencari sumber bau manis itu. Bau itu seolah olah datang dari dalam Grand Audi.

Aiden masuk ke Grand Audi dengan rasa penuh teruja bercampur gelisah. Satu Audi terdiam sunyi apabila dia memasuki Audi itu. Terdengar suara suara halus juga berbunyi sepanjang dia berjalan ke kerusi utama yang disediakan. Dia tahu mereka sedang memerhati dirinya namun dia tidak kisah semua itu. Baginya yang lebih penting Luna nya berada dalam Audi ini. Dalam satu Audi yang sama dengannya.

Kelihatan Raja Evan sedang berborak mesra dengan Beta Haris yang merupakan Pengarah Hospital ini di kerusi utama barisan hadapan.

Mata Aiden melilau sekeliling Audi mencari sesuatu mengikut nalurinya. Dia tak tahu mengapa tapi dia seperti tertarik ingin melihat satu sudut di hadapan tepi kanan sana.

Dia terpana.

Seorang gadis berkulit cerah berambut perang hazelnut menarik perhatiannya. Hidung mancung terletak dan bermata galak. Rambutnya diikat secara ponytail, sedikit rambut di biarkan melintang di tepi muka.Dia sedang ketawa bersama rakan rakannya.

Cantik sungguh dia.

Terasa seluruh Audi sunyi. Seperti hanya ada dia dan si gadis itu. Namun gadis itu langsung tidak berpaling kepadanya. Seperti tak menyedari kehadirannya.

Rakan lelaki di sebelah sedang menunjukkan sesuatu kepada gadis itu sambil berbisik. Tiba tiba Aiden terasa ingin mengamuk.

Berani dia duduk begitu rapat sekali dengan si cantik itu.

Naluri serigalanya seakan mahu menerkam gadis itu. Membawanya lari ke satu tempat sunyi mendakapnya erat dan tidak mahu melepaskan ke mana mana. Tetapi akal manusianya menghalang.

Melepaskan? Tidak sama sekali. Dia hak aku. Bisik Aiden sambil mengenggam tangannya erat.

Namun ada satu perkara yang tinggal untuk kepastian .Matanya. Renungan matanya.

Bagaikan diseru, gadis itu memandang tepat ke arahnya. Mata coklat hazel itu benar benar menaikkan ghairahnya kali ini.

Disaat ini lah naluri serigalanya berkata ,

Aiden, itu mate kau!

———————————/////////////——————————

Aurora Lilly

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now